Persamaan Serangan Virus Covid 19 Dan Hiv


Di atas kertas, dikatakan wujud banyak persamaan yang ada di antara virus penyebab wabak SARS pada tahun 2003, SARS-CoV-1 dan 'adiknya', SARS-CoV-2 yang menjadi penyebab jangkitan Covid-19.


Penyelidikan dan rekod semasa wabak SARS melanda ditambah dengan kajian ke atas jangkitan wabak MERS pada tahun 2012 diharap mampu memberikan kita petunjuk jelas apakah risiko berhadapan Covid-19. Itu pandangan majoriti penyelidik pada mulanya.

Bagaimanapun, hari demi hari pendapat itu nyata disanggah satu per satu, kerana SARS-CoV-2 mula menampakkan sifat sebenarnya yang nyata berbeza berbanding jangkitan virus corona sebelumnya.

Salah satu penemuan terbaharu adalah berkaitan kemampuannya menyerang sistem imuniti tubuh badan kita dalam melawan jangkitan.

Beberapa kajian peringkat awal berjaya menunjukkan bahawa SARS-CoV-2 mempunyai kemampuan yang hampir serupa seperti virus HIV; penyebab utama penyakit AIDS di seluruh dunia.

Kewujudan simptom di luar jangkaan

Pada peringkat awal, apa yang kita tahu tentang virus SARS-CoV-2 adalah virus itu mempunyai 79.5% persamaan dengan virus SARS-CoV-1 yang datang sebelumnya.

SARS-CoV-2 menyerang tubuh melalui reseptor yang digelar angiotensin-converting enzyme 2 atau ACE2 sebagai pintu masuk, menjalani proses inkubasi selama 5 ke 6 hari sebelum mula menyebabkan jangkitan.

Simptom jangkitan yang kelihatan pada pesakit juga berbeza mengikut tahap jangkitan, sama ada ringan, teruk atau kritikal.

Antara simptom-simptom yang kerap berlaku adalah pneumonia iaitu jangkitan pada paru-paru, cirit-birit, sesak nafas atau dyspnea serta kerosakan organ-organ dalaman dan itu adalah perkara-perkara asas yang kita tahu tentang jangkitan Covid-19.

Apa yang membimbangkan, wujud trend di mana berlakunya kadar peratusan pesakit yang menampakkan simptom lymphocytopenia; penurunan kadar sel darah putih dalam darah mula dilaporkan dalam jumlah kes lebih kerap.

Berbanding dengan dua virus lebih awal, hanya virus penyebab jangkitan MERS didapati mempunyai keupayaan serupa dan SARS-CoV-1 tidak menampakkan petanda mampu menyerang sel darah putih.

Ini merupakan satu perbezaan yang sangat besar dan penemuan ini, mengejutkan penyelidik yang menjalankan kajian.

Membunuh sistem imuniti

Kemampuan menyerang sel darah putih atau 'T lymphocytes', lebih popular diklasifikasikan sebagai 'sel T' (T cells) merupakan sesuatu yang tidak dijangka mampu berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun, disebabkan oleh pertambahan jumlah laporan tentang pesakit Covid-19 mengalami masalah kekurangan sel T, penyelidik daripada Universiti Fudan di Shanghai dan New York Blood Centre di Amerika Syarikat bekerjasama menjalankan kajian, bagi mengenalpasti punca berlakunya sel darah putih rendah dalam tubuh pesakit.

Sel T memainkan peranan yang sangat penting dalam tubuh badan kita, membolehkan sistem imuniti badan kita mengenalpasti sebarang bentuk jangkitan virus seterusnya mengaktifkan pembentukan antibodi dalam melawan jangkitan.

Apabila seseorang mengalami simptom lymphocytopenia, tubuh mereka tidak lagi mampu menyediakan sistem pertahanan badan sendiri, menyebabkan jangkitan mampu merebak tanpa dapat dikawal secara semulajadi oleh tubuh.

Situasi yang berlaku sama seperti jangkitan yang dihadapi pesakit AIDS.

Terkorban bersama virus

Apa yang membezakan cara serangan dalam kes jangkitan AIDS dengan Covid-19 adalah faktor ketahanan virus yang melakukan serangan.

Virus HIV menyerang sel T, mampu membunuh sel T tanpa mengorbankan dirinya sendiri sebaliknya akan menjadikan sel T sebagai perumah bagi membolehkan virus membiak lebih pesat.

Situasi itulah yang menyebabkan jangkitan HIV pada seseorang manusia kekal berlaku sepanjang hayat dan hanya boleh diperlahankan tanpa mampu disembuhkan (setakat ini).

Bagi virus SARS-CoV-2 pula, kajian yang dijalankan mendapati, apabila virus tersebut menyerang mana-mana sel T, virus dan sel T yang diserang akan sama-sama reput mengakibatkan seseorang mengalami penurunan jangkitan tetapi dalam masa yang sama kehilangan sistem imuniti tubuh.

Sel T yang diuji dilaporkan mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi terhadap kehadiran SARS-CoV-2, tetapi menampakkan sifat sebaliknya apabila didedahkan kepada virus SARS-CoV-1 penyebab jangkitan SARS, walaupun kedua-duanya menyerang sel melalui reseptor ACE2 yang serupa.

Disebabkan inilah semakin ramai pakar perubatan mengatakan punca kematian pesakit Covid-19 bukan saja disebabkan masalah pernafasan seperti yang diketahui sebelum ini, sebaliknya mampu datang daripada bermacam punca lain.

Pesakit kehilangan sistem imunisasi semulajadi badan

Kadar sel T dalam badan sebelum ini memang sudah digunakan sebagai kayu ukur bagi petugas perubatan, dalam meramal tahap jangkitan yang berkemungkinan berlaku pada pesakit Covid-19.

Bagaimanapun, pada peringkat awal, tidak ada pihak menyangka kadar sel T yang rendah sebenarnya berkait dengan jangkitan virus novel itu.

Ini kerana banyak pihak menghubungkan kadar sel T yang rendah sehingga mampu menyebabkan kematian, berpunca daripada tahap kesihatan pesakit yang sudah agak uzur.

Kajian terbaharu ini mengenalpasti keupayaan virus SARS-CoV-2 menyerang sel T, mampu menjadi petunjuk pertama kepada kita; virus yang kita sangka kita kenal, bukanlah virus biasa-biasa sebenarnya.

Penemuan ini sedikit sebanyak memperkukuhkan beberapa laporan bedah siasat pesakit Covid-19 yang telah meninggal dunia sebelum ini, apabila didapati sistem imuniti tubuh pesakit telah rosak atau gagal berfungsi, tanpa ditemui apa sebabnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Satu-satunya Manusia Yang Sembuh Daripada Jangkitan HIVSambutan Hari AIDS Sedunia, World AIDS Day
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/05/virus-covid-19-seperti-hiv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibrah Wabak Virus Covid 19 Mengajar Manusia Tentang Disiplin Diri

Ibrah Wabak Virus Covid 19 Mengajar Manusia Tentang Disiplin Diri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 338 hits
Allah swt melalui virus covid 19 mengajar mendidik manusia berkaitan disiplin samada suka atau tidak untuk perbaiki diri agar hidup dengan lebih teratur dan pandai mengikut arahan Kebersihan Jangkitan virus covid 19 adalah berkait rapat den...
Hala Tuju Liga Malaysia Pasca Serangan Covid 19

Hala Tuju Liga Malaysia Pasca Serangan Covid 19

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 250 hits
Berikutan penangguhan Liga Malaysia disebabkan oleh pandemik COVID 19 terdapat kelab yang bertanding di Liga Malaysia mengalami masalah kewangan secara tidak langsung penangguhan ini menjurus kepada pemotongan gaji dan kontrak pemain juga a...
Virus Covid 19 Sekitar 2 Tahun Baru Ada Vaksin Hadkan Bawa Anak Ke Tempat Umum

Virus Covid 19 Sekitar 2 Tahun Baru Ada Vaksin Hadkan Bawa Anak Ke Tempat Umum

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 383 hits
Tiada prosedur operasi standard ditetapkan melarang ibu bapa membawa anak mereka ke pusat beli belah sebaliknya ia lebih kepada memberi nasihat untuk mengelakkan terdedah kepada bahaya dijangkiti Covid 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sab...
Warga Hindu India Buang Patung Dewa Ke Sungai Karena Tak Boleh Apa Apa Terhadap Virus Covid 19

Warga Hindu India Buang Patung Dewa Ke Sungai Karena Tak Boleh Apa Apa Terhadap Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 282 hits
Berita PSBB Indonasia menyiarkan Warga Hindu India Buang Patung Dewa Ke Sungai Karena Tak boleh Apa Apa terhadap Virus Covid 19 Mereka kecewa dengan dewa berkenaan MR Hanya yang Maha Berkuasa aje dapat membantu Untuk dapatkan berita daripad...
Covid 19 Tinggal Satu Zon Merah Di Selangor

Covid 19 Tinggal Satu Zon Merah Di Selangor

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 347 hits
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia membuat saringan Covid 19 terhadap warga asing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan susulan penularan wabak Covid 19 di PJ Old Town Petaling Jaya foto AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR Pusat Kesi...
Hipokrasi Politik Ketika Covid

Hipokrasi Politik Ketika Covid

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 220 hits
1 Semalam saya menulis mengenai keperluan mendahului Rakyat dan Negara Undi tidak percaya kepada Kerajaan perlu ditunda Kita taknak Kerajaan ada vacuum takut kalau bubar parlimen atau tukar kerajaan berapa lama pula rakyat kena tunggu Pada ...
Jangan Bawa Golongan Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid 19 Ke Tempat Awam

Jangan Bawa Golongan Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid 19 Ke Tempat Awam

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Tiga golongan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID 19 iaitu kanak kanak warga emas dan mereka yang ada penyakit kronik Justeru orang ramai diminta tidak membawa ahli keluarga mereka daripada golongan itu terutama anak anak yan...
Peniaga Pasar Awam Sekinchan Positif Covid 19

Peniaga Pasar Awam Sekinchan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 362 hits
Amirul Aiman HamsuddinSEORANG peniaga Pasar Awam Sekinchan Sekinchan disahkan positif Covid 19 Susulan itu Majlis Daerah Sabak Bernam menutup tiga petak gerai di pasar itu kelmarin Yang Dipertua MDSB Mohd Faizul Fitri Muslil berkata petak g...
10 Ebook Top Musim Pkp Covid 19

10 Ebook Top Musim Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 402 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Nampaknya PM kita baru je maklumkan PKP akan disambung lagi terus sampai 9 Jun 2020 Ini bermakna 2 bulan penuh kita akan berada dalam musim PKP sekaligus hari raya pun nanti kita sambut dalam musim PKP Mu...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Sekejap Tapi Bermakna Healing Di Qowiy Village Hulu Langat

Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket

Hobby Of Coins Collection Among The Younger Generations Nowadays