Perniagaan Tak Jejas Peniaga Syukur Pelanggan Faham Punca Roti Canai Naik Harga


 
Rata-rata peniaga mula menaikkan harga roti canai sebanyak 20 sen susulan kenaikan harga bahan mentah.PETALING JAYA: Peniaga yang mula menaikkan harga roti canai, bersyukur perniagaan mereka tidak terjejas kerana pelanggan memahami kenaikan itu disebabkan peningkatan harga bahan mentah.
Pemilik Restoran Mutiara D’Maju di Damansara Perdana, Abdul Rasyid Jennah, 32, menaikkan harga roti canai sebanyak 20 sen sejak awal bulan lalu, namun bilangan pelanggannya masih kekal seperti kebiasaan.
“Harga barang semua naik, tepung naik dalam RM1, susu, minyak masak dan marjerin naik mendadak, jadi memang terpaksa naik juga harga, tetapi mujurlah pelanggan pun faham kenapa kami naik harga,” katanya ketika ditemui FMT.
Nurul Efaa, 25, yang berniaga hampir tiga tahun berkata, ini kali pertama dia menaikkan harga roti canai dan ia sedikit sebanyak dapat membantu menampung kos pembelian bahan mentah yang turut mengalami peningkatan.

“Dulu, tepung RM2.20 boleh dapat, sekarang dah naik RM3.60, jadi kami memang naik harga, tapi tak banyak. Jadi, suka atau tidak kena terimalah, sebab barang pun mahal, kami bertahun tak pernah naik harga.”
Hasil tinjauan di premis menjual roti canai mendapati pelanggan tidak merungut mengenai kenaikan harga makanan itu kerana memahami situasi ekonomi semasa.
Pemilik Restoran Mutiara D’Maju, Abdul Rasyid Jennah bersyukur jumlah pelanggannya masih kekal seperti kebiasaan, walaupun harga roti canai dinaikkan.“Biasalah, bila harga barang naik, benda lain pun akan naik juga. Peniaga pun cari makan juga, kalau kekal harga sama, macam mana nak dapat untung,” kata pekerja kilang automotif, Abdul Rahman.
Penulis kandungan, Siti Nur Hajar, 27, pula berharap tiada peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga terlalu tinggi.
Siti Nur Hajar.“Perasan juga harga roti canai dah naik, kebanyakan naik dalam 20 sen, okeylah naik pun tak mendadak, tapi janganlah pula ada yang ambil kesempatan guna alasan harga barang naik untuk kenakan harga yang melampau,” katanya.
Meskipun merasakan tindakan peniaga lain menaikkan harga makanan itu wajar, tetapi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Lina masih mengekalkan harga roti canainya agar pelanggan mampu menikmati harga makanan lebih murah ketika kos sara hidup semakin tinggi.
“Kesian dekat pelanggan, kena fikir mereka juga…buat masa ini, warung saya masih kekal RM1 untuk roti canai biasa dan RM2 untuk roti telur.
“Walaupun kekalkan harga sama, saya yang dah berniaga dekat tujuh tahun lebih tidak pernah lagi kurangkan kuantiti makanan sebab saya tak sampai hati tengok pelanggan makan kuantiti yang sikit.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/perniagaan-tak-jejas-peniaga-syukur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Barang Keperluan Naik Harga Peniaga Roti Akui Bingung

Semua Barang Keperluan Naik Harga Peniaga Roti Akui Bingung

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 149 hits
Saya tersepit apabila hampir semua bahan mentah mengalami kenaikan kos ketara Bukan hanya tepung gandum malah lemak sayur dan mentega turut semakin mahal kata usahawan produk makanan Abu Khalil Isa Rahmat 45 Dia yang meneruskan leg
Roti Canai Mula Naik Harga Alasannya Harga Barang Mentah Di Pasaran Naik Mendadak

Roti Canai Mula Naik Harga Alasannya Harga Barang Mentah Di Pasaran Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 191 hits
Roti canai mula naik harga alasannya harga barang mentah di pasaran naik mendadakPengusaha dan penjual roti canai memberikan alasan mereka terpaksa menaikan harga makanan itu berikutan kenaikan harga barang secara mendadak di pasaran Pemili...
Harga Roti Canai Mungkin Naik Hingga 50 Sen Akhir Bulan Ini Kata Presma

Harga Roti Canai Mungkin Naik Hingga 50 Sen Akhir Bulan Ini Kata Presma

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 179 hits
Presiden Presma Jawahar Ali Taib Khan berkata setakat ini ahli persatuannya masih mengekalkan harga sama roti canai namun beliau menyatakan kebimbangan harga makanan itu mungkin naik sedikit pada hujung bulan ini PETALING JAYA Harga roti ca...
Peniaga Tiada Pilihan Terpaksa Mula Naikkan Harga Roti Canai

Peniaga Tiada Pilihan Terpaksa Mula Naikkan Harga Roti Canai

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 160 hits
Penafian Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan semata mata Kenaikan mendadak harga barangan di pasaran membuatkan pengusaha dan penjual roti canai tiada pilihan melainkan menaikkan harga makanan itu Pemilik Maam M
Ketegangan Di Ukraine Pun Jadi Punca Musang King Naik Harga Kata Peladang Durian

Ketegangan Di Ukraine Pun Jadi Punca Musang King Naik Harga Kata Peladang Durian

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 212 hits
Musim durian sudah kembali tapi Timbalan Menteri Pertanian dah bagi warning harga durian tahun ini dijangka naik sekali ganda Jadi kalau dihitung congak jika kebiasaannya Merak Jalanan pekena durian harganya RM45 RM50 sekilogram maka mu
Biasa Dengar Dak Para Walaun Dan Uncai Desak Pimpinan Umno Pas Dan Bersatu Berkaitan Harga Barang Naik

Biasa Dengar Dak Para Walaun Dan Uncai Desak Pimpinan Umno Pas Dan Bersatu Berkaitan Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 168 hits
Kenaikan harga barang makanan hari ini bukan perkara yang main main lagi kerana memang sudah ada keluarga yang sudah mencatu makanan harian Kita ada 72 orang menteri dan timbalan menteri yang di bayar jutaan ringgit tidak termasuk jawatan a...
Macam Ni Caranya Buat Roti Canai Homemade Lembut Sampai Petang

Macam Ni Caranya Buat Roti Canai Homemade Lembut Sampai Petang

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 152 hits
Buat pencinta roti canai mesti resah kan bila harga roti canai dah makin mahal Walaupun hanya roti canai kosong harga pun dah boleh tahan naiknya Apa kata kita belajar untuk buat sendiri roti canai homemade di rumah Nak makan pun senang tak...
Makan Roti Canai Sarang Burung Di Bukit Bunga Kelantan Kedai Roti Canai Ciktah

Makan Roti Canai Sarang Burung Di Bukit Bunga Kelantan Kedai Roti Canai Ciktah

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 633 hits
Makan Roti Canai Sarang Burung Di Bukit Bunga Kedai Roti Canai CikTah Hai Korang Kalau korang pembaca blog luqman zakaria mesti perasan aku pernah post pasal kedai roti canai sebelum ini Jadi buat peminat roti canai yang berada di sekitar B...
Selagi Hayat Dikandung Badan Pesara Tentera Kekal Jual Roti Canai 50 Sen Sejak 3 Dekad Lalu

Selagi Hayat Dikandung Badan Pesara Tentera Kekal Jual Roti Canai 50 Sen Sejak 3 Dekad Lalu

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 149 hits
Meskipun harga barang yang naik mendadak ketika ini seorang pesara tentera dari Kampung Padang Pak Amat Pasir Puteh kekal menjual roti canai dnegan harga RM0 50 sekeping
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari