Makan Roti Canai Sarang Burung Di Bukit Bunga Kelantan Kedai Roti Canai Ciktah
Makan Roti Canai Sarang Burung Di Bukit Bunga | Kedai Roti Canai CikTah | Hai Korang! Kalau korang pembaca blog luqman zakaria, mesti perasan aku pernah post pasal kedai roti canai sebelum ini. Jadi, buat peminat roti canai yang berada di sekitar Bukit Bunga artikel ini adalah untuk korang.
Baca Juga : Kedai Roti Canai Pangkal Petai Machang KelantanKedai Roti Canai Cikgu Tanah Merah Kelantan
Kedai Roti Canai Ciktah ini berada berdekatan dengan Pejabat MTD Bukit Bunga, Kampung Nibong Tanah Merah. Kalau nak senang korang waze sahaja "Pejabat MTD Bukit Bunga" nanti confirmed korang akan nampak kedai ini.
Kedai Roti Canai Ciktah dibuka bermula jam 6.30 pagi sehingga makanan habis dijual. Selain roti canai, dorang juga ada menjual nasi lemak. Jadi, kalau korang bawa anak anak makan dekat sini tapi dorang tak nak makan roti canai tak ada masalah sebab ada nasi lemak
Roti Canai Cotek
Roti Canai Sarang Burung
Roti Canai Sarang Burung
Alhamdulillah memang sedap roti canai dia. Puas hati dan kenyang aku makan. Aku order dua roti canai untuk share dekat korang. Satu roti canai sarang burung dan roti canai cotek. Makan satu jer pun dah kenyang terpaksa bungkus satu bawa balik rumah. Korang juga boleh cuba Roti canai sarang burung special. Dia akan letak cheese dekat atas roti canai sarang burung tuh.
Untuk korang yang duduk dekat area berdekatan tuh bolehlah singgah makan pagi dekat kedai Roti Canai Ciktah. Semoga perkongsian aku kali ini dapat membantu korang yang sedang mencari kedai menjual roti canai di sekitar Bukit Bunga Kelantan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2022/06/kedai-roti-canai-bukit-bunga.html