Perniagaan Online Cara Islam
Bismillah,
Saya tak sempat menulis pada hari isnin lepas yang biasanya menjadi jadual saya menulis di blog ini. Hari sabtu di penghujung cuti sekolah tu saya dan keluarga dalam rancangan untuk berkelah. Itu pun telah diberitahu awal-awal lagi oleh adik yang mengajak saya. Dua ke tiga hari sebelum tu hujan, jadi saya tak berapa yakin nak berkelah. Tapi pagi hari tu cuaca nampak baik dan saya meneruskan rancangan untuk ke Mersing sahaja. Yang pandu kereta adik ipar saya. Huhu.. syok betulla jadi penumpang sekali sekala. Tapi di persimpangan tak tahu nak pilih nak ke Tanjung Leman ke Air Papan. Untuk makluman, Air Papan berada di Mersing tapi sebelah utara manakala Tanjung Leman yang biasa dulu akhbar Berita Harian buat pertandingan GP Joran tu di sebelah selatan. Adik saya cakap, takpelah kita ke bandar je dulu...
Sampai di bandar terus ke jeti Mersing. Adik ipar saya keluar tanya petugas di kaunter tiket nak ke Pulau Tioman. Kemudian dia bincang dan kami mengambil keputusan untuk ke Pulau Tioman aje memandangkan ibu, adik saya, anak dan anak saudara saya belum pernah ke Pulau Tioman. Jadi, beli tiket, tunggu feri untuk bermalam sehari semalam je kat sana. Gambar-gambar masa kat sana? Hehe.. itu pun tak sempat nak upload. Jadi gambar yang sama d itempat yang sama saya pinjam dulu dari member kat internet ni
Di pendekkan cerita balik ke sini, kerja banyak nak dibuat. Itu sebab tak sempat nak menulis hari Isnin tu.. Hehe.. ini cuma alasan tak menulis je.. Sebenarnya saya nak beri sedikit tips bagi rakan-rakan yang beragama islam yang mahu berniaga secara online..
Ulama-ulama sudah mengharuskan berjual beli secara online atau berniaga di internet ni. Cuma apa yang penting sebagai peniaga, perkara pokok itu wajib dijaga. Islam menggalakkan umatnya berniaga. Tetapi islam tidak suka kepada penipuan dan penindasan. Biarlah ia jelas walaupun hanya dilihat di skrin komputer sahaja
Baiklah, kita ambil satu contoh. Katakanlah anda mahu menjual sebotol losyen untuk kulit. Jika secara konvensionalnya kita dapat pegang, belek-belek, dapat melihat berapa kuantiti kandungan dan sebagainya yang dapat dilihat pada botol tersebut. Kita dapat tengok dengan jelas botol losyen tersebut. Begitu juga jika mahu menjual secara online. Berapa kandungannya, bahan-bahan yang digunakan hendaklah dijelaskan kepada bakal pembeli. Sekurang-kurangnya apa yang dilihat pada botol losyen itu, maka itu jugalah kita perlu detailkan.
Saya dulu masa berniaga di Ebay pun siap buat perbandingan saiz dengan saiz air tin walaupun dah beritahu berapa saiz atau kuantiti supaya pembaca dapat lihat kesan visual saiz sebenar barang yang kita nak jual
Buatlah janji dengan betul berkenaan barang yang dijual. Lain pula jika membuat kenyataan seperti waktu penghantaran dan berapa hari sampai produk itu ke tangan pembeli. Mengikut pengalaman saya, kita tidak mampu atau tidak boleh memberitahu secara tepat berkenaan tempoh kiriman itu sampai pada waktunya. Jadi buatlah satu kenyataan yang selamat agar pembeli tidak menunggu dengan penuh pengharapan akan hari sampainya barang tersebut
Rasanya sampai sini dulu buat kali ini sebab kepala rasa macam nak pening je ni.. Huhu.
Adios..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2013/04/perniagaan-online-cara-islam.html