Perniagaan Gaya Pos Sumber Pendapatan Sampingan




Perniagaan Gaya pos sumber pendapatan sampingan

Berikut ini dinyatakan langkah-langkah terbaik dan hasil daripada kajian dan juga pengalaman pakar-pakar usahawan secara gaya pos di seluruh dunia.

Anda boleh mengikuti kaedah yang diberikan di samping anda membuat kajian dan juga ujian untuk mendapatkan pengalaman dan kaedah yang terbaik. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik di dalam sebarang usaha ialah dengan melalui proses CUBA dan GAGAL. Setelah mendapat satu kegagalan dan jika kita dapatmengatasi masalah yang berbangkit yang menyebabkan kegagalan tersebut,sudah tentu kita akan mengetahui kelemahan tersebut.Dengan itu kita menjadi lebih baik, bijak dan boleh dengan mudah mengatasi masalah tersebut. Pengalaman tersebut akan memajukan lagi perniagaan kita walaupun ianya diusahakan secara kecil pada peringkat awal ini. Selamat mencuba dan cubalah dengan sungguh-sungguh supaya hasilnya adalah yang terbaik.

1. Bacalah semua subjek dan perkara mengenai perniagaan gaya pos dan gunakanlah segala pengetahuan tersebut untuk membina perniagaan untuk sumber pendapatan sampingan anda itu.

2. Pada peringkat awal adalah lebih baik jika anda memulakan perniagaan ini secara sambilan terlebih dahulu sehinggalah anda sudah mulai memperolehi keuntungan sebenar. Kemudian kembangkanlah perniagaan untuk sumber pendapatan sampingan anda itu sehinggalah anda boleh menjadikannya sebagai satu kerjaya sepenuh masa


3. Anda mestilah tekun melakukan kerjaya baru anda itu sehinggalah anda berjaya memperolehi sumber pendapatan sampingan. Berikan peluang kepada diri anda untuk mencuba dan melakukannya sehingga berjaya. Jadikan halangan dan kegagalan terdahulu sebagai batu loncatan untuk membina kejayaan


4. Belilah barang keperluan alat-alat tulis seperi resit-resit, bil-bil, rubber stamp, adhesive label, letter head, sampul surat dan jika mampu beli sebuah mesin taip atau komputer. Ini dapat menghasilkan satu kerja yang bermutu dan lebih professional


5. Rancanglah tempat atau kawasan untuk anda beroperasi supaya ianya mudah dilakukan. Contohnya seperti alamat untuk urusan gaya pos supaya ianya boleh berjalan lancar dan mudah dihubungi


6. Binalah perniagaan anda yang berhubung kait dengan cara meningkatkan sumber pendapatan sampingan kewangan, atau money-making plan. Bacalah mengenai cara pengiklanan dan pengurusan dan segala maklumat berkaitan dengan kaedah ini supaya ia dapat membantu anda memperolehi pulangan yang lumayan. Berikan perkhidmatan yang terbaik dan berikan kepada pelanggan anda pilihan yang terbaik sekali


7. Pilihlah produk atau perkhidmatan yang menarik minat dan hati anda dan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Produk yang paling baik untuk dijual secara gaya pos ialah berupa maklumat berkaitan masalah meningkat sumber pendapatan sampingan kewangan


8. Periksalah bahan-bahan bercetak yang boleh anda beli, pastikan anda boleh mendapat bahan bercetak yang boleh dicetak dan dijual semula.Dengan itu anda boleh mencetaknya semula dan menjualnya tanpa menghadapi masalah bekalan. Ini adalah cara terbaik untuk menjalankandan memulakan perniagaan gaya pos


9. Pastikan pesanan daripada pelanggan anda boleh berikan tepat pada masanya dengan kualiti yang terbaik dan mereka cukup berpuas hati dengan perkhidmatan anda


10. Tawarkan kepada pelanggan anda beberapa produk susulan selepas mereka membeli produk yang pertama dan kirimkan surat jualan ataupun katalog yang bermutu kepada mereka


11. Tawarkan kepada pelanggan anda JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN untuk produk-produk yang tidak diberikan tawaran istimewa atau tidak diberikan harga potongan


12. Gunakan bahan bercetak yang bermutu, jangan gunakan katalog dan surat jualan yang fotokopi dengan kabur dan kotor. Bahan bagi sesuatu produk yang anda jual akan memberikan kesan terus atau reflek kepada anda sendiri sebagai usahawan


13. Sentiasalah rekodkan barang-barang yang anda gunakan, begitu juga dengan iklan-iklan yang anda siarkan. Rekodkan yang mana satu telah menghasilkan jualan yang baik dan yang mana pula tidak menghasilkan jualan yang sepatutnya. Dengan itu jika ada masalah anda boleh membuat perubahan dengan mudah


14. Di dalam iklan yang anda siarkan, gunakanlah perkataan MAKLUMAT PERCUMA- untuk keterangan lanjut sila berikan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri dan sebagainya yang boleh membantu jualan produk anda. Jangan meminta bayaran melebihi RM1 atau RM2 bagi iklan sekecil 1x2 inci yang anda buat


15. Buatlah seberapa banyak iklan di dalam beberapa banyak penerbitan seperti akhbar atau majalah yang anda ketahui jumlah edarannya melebihi 10,000 naskah setiap kali


16. Tukarlah penerbitan yang tidak berkesan supaya anda boleh mencapai sasaran jumlah pembaca yang besar untuk melihat iklan anda


17. Gunakanlah idea yang diberikan oleh pembekal kerana iklan-iklan mereka ditulis dan dihasilkan oleh pakar di dalam bidang iklan


18. Jangan menulis sebarang iklan sebelum anda mengkaji sepenuhnya, dan sebelum anda mengetahui subjeknya. Sebaiknya anda belajar dan kajilah mengenai iklan dari pesaing atau pengiklan lain


19. Jangan bimbang dan takut untuk mendapatkan bantuan dari pakar penulis iklan atau professional yang mengetahui cara untuk meningkatkan pesanan


20. Kebanyakkan surat jualan atau pun katalog yang disertakan borang pesanan dan menawarkan produk yang berharga sekitar RM20 kebawah akan menghasilkan jualan yang lebih baik


21. Buat iklan anda di dalam penerbitan yang mana para pembacanya mempunyai minat untuk membaca iklan-iklan seperti yang anda siarkan


22. Jika anda mempunyai kadar kiriman melebihi 300 pucuk surat, anda boleh memohon permit untuk bulk mailing atau franking di pejabat-pejabat pos


23. Hantarkan pesanan kepada pelanggan anda dengan segera. Paling minima dalam masa kurang daripada 15 hari. Dan mestilah menggunakan kadar bayaran pos yang betul


24. Beritahu kepada pelanggan anda jika pesanan mereka terpaksa dihantar lewat kerana masalah bekalan dan sebagainya


25. Jadilah peniaga yang jujur. Jika ada pesanan yang dikembalikan semula berikan wang mereka semula.Perkara-perkara yang disenaraikan dibatas adalah merupakan kaedah yang boleh membantu meningkatkan pendapatan anda dengan lebih drastik lagi


Anda tidak perlu mempelajari kaedah perniagaan yang begitu kompleks dan rumit seperti kaedah pengurusan korporat. Anda juga tidak perlu membelanjakan wang yang begitu banyak untuk mengaji pekerja, menyewa premis perniagaan (kedai) atau menyewa pejabat untuk menjalan perniagaan gaya pos anda


Anda boleh melakukan kerja-kerja ini di rumah, boleh dilakukan di bilik tidur,di dapur rumah anda atau di mana-mana sudut rumah anda. Anda boleh melakukannya dengan selesa, anda boleh menikmati keseronokkan hidup sebenar dengan masa lapang yang banyak, mendapat sumber pendapatan sampingan yang lumayan


Perniagaan menjual maklumat secara gaya pos memang sangat menguntungkan.Jika anda mempunyai hanya satu produk seperti laporan atau panduan, dan jika dilakukan secara terus menerus dan tetap ianya boleh menghasilkan pendapatan sampingan minima sebanyak RM3,000 sebulan.Kami pasti anda boleh melakukannya dan boleh menjadi seorang yang berjaya dan kreatif.

Nasihat kami ialah jika anda sudah berkemampuan,belilah sebuah komputer untuk meningkatkan lagi pengurusan dan kerja anda. Sekian dari kami, selamat maju jaya dan salam bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nabilagro.blogspot.com/2010/06/perniagaan-gaya-pos-sumber-pendapatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perikanan Ternakan Ikan Sangkar Sumber Pendapatan Sampingan

Perikanan Ternakan Ikan Sangkar Sumber Pendapatan Sampingan

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 91 hits
Perikanan Ternakan ikan sangkar sumber pendapatan sampingan Ternakan Ikan Sangkar sumber pendapatan sampingan Latarbelakang Projek Ternakan Ikan Sangkar Projek Ternakan Ikan Sangkar ini dipilih memandangkan Daerah Pekan mempunyai kawasan ya...
Jana Pendapatan Sampingan Hanya Dengan Klik

Jana Pendapatan Sampingan Hanya Dengan Klik

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 74 hits
Jana Pendapatan Sampingan dengan klik dan pendaftaran percuma Jana Pendapatan Sampingan blog Klik sini untuk daftar
Wanita Persoal Siasatan Kes Pukul Sumber Istana Pahang Nafi Kaitan Kerabat

Wanita Persoal Siasatan Kes Pukul Sumber Istana Pahang Nafi Kaitan Kerabat

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 186 hits
N Faizal Ghazali amp Haspaizi ZainSelepas hampir dua tahun menunggu keadilan seorang wanita warganegara Republik Kyrgyzstan tampil mempersoalkan siasatan kes pukul yang dilaporkannya sejak Disember 2023 Shaparova Mia 34 mendakwa dicederakan...
Cara Tingkatkan Pendapatan Adsense Di Blog

Cara Tingkatkan Pendapatan Adsense Di Blog

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 66 hits
Cara Tingkatkan Pendapatan AdSense di Blog JMBELOG Panduan ringkas praktikal Isi Kandungan Versi BM 10 Cara Tingkatkan Pendapatan AdSense Matlamat Kenaikan CTR RPM Fokus SEO UX Penempatan Iklan Tools Auto Ads Experiments Analytics Pilih nic...
Pos Malaysia Run 2025 Kembali Jom Laju For Fun Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir Rm10 000

Pos Malaysia Run 2025 Kembali Jom Laju For Fun Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir Rm10 000

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 172 hits
Assalammualaikum semua Sebagai penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional serta pemegang mandat tunggal perkhidmatan pos sejagat di Malaysia Pos Malaysia Berhad terus komited mendekati rakyat melalui inisiatif yang memupuk gaya hidup ...
Take Back Courier Waste And Get Rewarded By Pos Malaysia

Take Back Courier Waste And Get Rewarded By Pos Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 101 hits
Turn Your Courier Trash into Cool Rewards Got a drawer full of bubble wrap and old courier bags Time to clear it out and make it count The Pos Malaysia Take Back Programme is back and it s your chance to score exclusive eco friendly goodies...
Virgoun Orang Yang Sama Chord

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Siapa Calon Pm Pembangkang

Hiso8888 17 August Hiso8888 Top 58 By Evie

5 Theme Parks In Malaysia For Adventure Lovers

Puma X Ros Drop Metallic Speedcat Launches This August

Cuti Panjang 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Berakhir Kita Syamel

Mu Vs Arsenal The Gunners Curi Tiga Poin Berharga Di Old Trafford Arteta Angkat Bicara

Popular Blog Yang Diharapkan

Perikanan Ternakan Ikan Sangkar Sumber Pendapatan Sampingan

Jana Pendapatan Sampingan Hanya Dengan Klik

Pantun Selamat Pagi Indahnya Senyuman Hari Baru