Pernahkah Kementerian Perpaduan Menilai Tentang Sekolah Vernakular


Pendidikan Cina terpenjara?

KENYATAAN sebuah pertubuhan pendidikan Cina bahawa sistem pendidikan negara terpenjara dalam struktur yang bersifat tunggal bukan sahaja meleset sekali, ia amat tidak bertanggungjawab. Ini kerana pendidikan Cina di dalamnya ikut dilindungi sebaik-baiknya pada setiap masa dari segenap sudut, termasuklah pendanaan selain perundangan semenjak sekian lama. Oleh itu, tidak benar sama sekali kenyataan bahawa pendidikan Cina tidak dapat berkembang dengan bebas kerana dipenjarakan oleh struktur tunggal, yak­ni susunan yang tidak mem­benarkan perkongsian lang­sung dengan yang lain untuk memajukan subbidang pen­didikan tertentu di negara ini.

Dalam hal pemenjaraan ini, pendidikan Cina digambarkan dihadkan perkembangannya kerana struktur yang satu itu bersifat eksklusif untuk tidak menerimanya sebagai sama rata dengan yang lain-lain, khususnya pendidikan nasional di sekolah kebangsaan. Sebagai simpati dan juga empati, sejarah pendidikan Cina selama 200 tahun di negara ini diungkit untuk diberikan arah baharu berikutan dakwaan ia dipenjarakan dalam struktur tegar yang tidak boleh dilenturkan langsung untuk menerima pendidikan Cina.

Sudah tentu dakwaan ini tidak benar sama sekali. Ini kerana walaupun pendidikan Cina bermasalah sepanjang 200 tahun ini, dahulu kepada penjajah Inggeris dan kini kepada kita semua, ia tidak pernah dikesampingkan dalam sebarang bentuk yang sesuai dengan taraf dan kelayakannya sebagai vernakular etnik Cina di negara ini.

Ini penting difahami etnik Cina kerana sebagai vernakular, ia bahasa natif etnik Cina dan tidak disekat untuk berkembang pada kedudukan dan peruntukan ini. Oleh itu, ia ikut dibenarkan digunakan sebagai bahasa ilmu di peringkat sekolah rendah sebagai institusi pendidikan kerajaan dan di peringkat sekolah menengah selaku entiti pendidikan swasta. Adakah ini tidak mencukupi lagi sebagai hanya sebuah vernakular? Sehubungan itu, sudah tentu ia tidak layak dilayani sama rata dengan pendidikan nasional.

Sebenarnya etnik Cina yang rakus dalam banyak hal didapati selalu mahu lebih daripada yang sepatutnya diberikan untuk didapati mereka. Selain melampau dalam konteks diberi betis hendak paha, mereka juga tidak mahu mengikuti resam tempat mereka datangi dengan menyesuaikan diri untuk menerima kelaziman tempatan bagi tidak melanggar budi pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

CABARAN
Sikap rakus yang tercermin pada banyak tindak-tanduk etnik Cina dalam memperjuang bahasa Mandarin kini diikuti etnik lain yang sebelum ini didapati bersikap lebih rasional tentang hal pendidikan dalam bahasa ibunda. Sehubungan itu, etnik bukan Melayu lain hendaklah berwaspada apabila diajak untuk bersama etnik Cina dalam memperjuang bahasa ibunda masing-masing bagi mengutarakan cabaran yang dihadapi. Dalam pada itu, mereka sebenarnya diperalat untuk tidak menjadikan etnik Cina punca tunggal dalam perjuangan pendidikan dalam bahasa ibunda.

Apakah cabaran sebenar yang dihadapi etnik bukan Melayu, khususnya Cina dan India dalam hal ini, lebih-lebih lagi yang disebabkan kerajaan? Ia tiada kerana dilayan bertepatan dengan tarafnya sebagai vernakular untuk diberikan sebarang kelayakan dalam dasar bahasa dan pendidikan di negara ini. Dalam pada itu, kemajuan bahasa Mandarin dan Tamil dalam konteks kepupusan tidak perlu dibimbangi etnik Cina dan India di negara ini. Ini kerana ia akan dikembangkan sepesat-pesatnya di tanah watannya di China dan India untuk disebarluaskan di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Dalam memperjuang penerusan sekolah vernakular, kebelakangan ini ia ikut disertai etnik peribumi pulau Borneo. Bukan sahaja langsung tidak kena pada tempatnya kerana landasannya berlainan, kelihatan mereka ini diperguna hidup-hidup untuk ikut pertikai masalah pihak lain secara membabi buta.

Sehubungan itu, bahasa Melayu serta bahasa peribumi Sabah dan Sarawak adalah serumpun bukan sahaja da­lam kawasan geografi sama, lebih penting lagi kese­muanya mempunyai sifat kebahasaan sama. Sehu­bungan itu, semuanya mempunyai perkaitan dengan bahasa Melayu walaupun menggunakan nama etnik seperti Bisayah dan Lotud di Sabah serta Kelabit dan Kenyah di Sawarak.

Tidak seperti bahasa Mandarin dan Tamil yang tidak akan pupus kerana akan terus dikembangkan di tanah watannya, pendekatan pendidikan bahasa peribumi ini yang sesetengahnya wujud dalam bentuk lisan sahaja adalah tidak sama. Oleh itu, tidak wajar ia dibahaskan sepentas untuk melestarikan sekolah vernakular.

Untuk itu, ia hendaklah dibincangkan dalam konteks kepupusannya yang akan membawa kepada pupusnya budaya. Dalam konteks begini, kehilangan bahasa akan ikut melenyapkan pertalian semula jadi penuturnya dengan sejarah dan segala pencapaian sebagai peradaban etniknya. Sehubungan itu, konsep diri yang merupakan jati diri etnik peribumi akan berubah, kalaupun tidak hilang. Dengan ini, etos etnik itu iaitu nilai, adat, peribahasa, tunjuk ajar, sapaan dan lain-lain yang wujud dalam bahasa itu sahaja perlu dipertahan agar tidak hilang dan digantikan dengan bahasa lain.

Dalam keadaan terdesak untuk melestarikan pendidikan Cina, beberapa pertubuhan Cina didapati sanggup melakukan perkara jijik seperti ikut melibatkan pihak lain untuk turut mempertahan bahasa ibundanya, sedangkan ia tidak sesuai langsung di pentas mereka. Oleh itu, hati-hati dengan undangan sebegini yang berupa tiada beban batu digalas, iaitu menanggung kesulitan pihak lain yang bukan pun masalah kita.

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/pernahkah-kementerian-perpaduan-menilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Merangsang Semangat Para Pelajar Datang Ke Sekolah Guru Wanita Di China Berpakaian Menjolok Mata

Demi Merangsang Semangat Para Pelajar Datang Ke Sekolah Guru Wanita Di China Berpakaian Menjolok Mata

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 242 hits
DEMI MERANGSANG SEMANGAT PARA PELAJAR DATANG KE SEKOLAH GURU WANITA DI CHINA BERPAKAIAN MENJOLOK MATA Sebuah fenomena unik terjadi di dalam dunia pendidikan di China di China justru diterapkan dasar yang memerlukan para guru tampil menarik ...
Bukan Semua Berita Buruk Tahniah Kepada Bekas Menteri Mampu Hantar Anak Masuk Sekolah Di Overseas

Bukan Semua Berita Buruk Tahniah Kepada Bekas Menteri Mampu Hantar Anak Masuk Sekolah Di Overseas

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 342 hits
Kes No 1 Anak diberi minum air rebus berasKUALA TERENGGANU Air rebus beras ganti susu anak kecil yang lapardidedahkan NGO Terengganu kisah sedih keluarga terpaksa meminta susu daripada jiran kerana anak kelaparan Ada juga yang memberi susu ...
Pemulih Pencari Kerja Tidak Dilupakan Graduan Dan Lepasan Sekolah Dapat Elaun Rm300

Pemulih Pencari Kerja Tidak Dilupakan Graduan Dan Lepasan Sekolah Dapat Elaun Rm300

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 160 hits
Oleh KERAJAAN akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata golongan tersebut boleh menda...
Adakah Anda Layak Memohon Jadi Guru Sekolah Kpm

Adakah Anda Layak Memohon Jadi Guru Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 307 hits
Bila KPM buka peluang jadi guru mengejut ni Macam macam pandangan kita boleh dengar Ada yang setuju Ada yang tak Ada juga saudara saya bertanya Sesuai tak kalau dia apply Sebagai guru Saya nak bercakap jujur dari hati Siapa nak apply Boleh ...
Mungkin Ini Penyebab Anak Sekolah Zaman Sekarang Makin Pusing Soal Ujiannya Aja Begini

Mungkin Ini Penyebab Anak Sekolah Zaman Sekarang Makin Pusing Soal Ujiannya Aja Begini

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 248 hits
Mulai sekarang kalau belajar tentang ilmu pengetahuan umum jangan nanggung nanggung ya
Sekolah Siap Gelar Ptm Pemkot Yogya Masih Tunggu Perkembangan Kasus Covid

Sekolah Siap Gelar Ptm Pemkot Yogya Masih Tunggu Perkembangan Kasus Covid

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 217 hits
Oleh karena itu Heroe yang juga Ketua Harian Satuan Tugas Penanganan Covid 19 Yogyakarta itu mengatakan perlu dipetakan pola persebaran kecepatan penularan hingga asal usul penularannya
Vaksinasi Segera Golongan Pendidik Bantu Buka Sekolah Lebih Cepat

Vaksinasi Segera Golongan Pendidik Bantu Buka Sekolah Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 180 hits
i Guru turut kemuka 5 isu utama pendidikan perlu ditangani ketika PdPR BANGI Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia hari ini mengetengahkan lima isu utama pendidikan yang perlu ditangani kerajaan ketika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Antara...
Pengalaman Berjalan Kaki Ke Sekolah 4 Dekad Lalu

Pengalaman Berjalan Kaki Ke Sekolah 4 Dekad Lalu

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 265 hits
Sapo dulu gi sekoloh jaley kaki Kalu peringkat budok2 sekoloh dulu tamboh2 yang tinggal sekitar kampung buleh kato kebanyakan dey merasa gi sekoloh jaley kaki Paling x dok pun jarey2 sekali jaley kaki jugok ko sekoloh kes basikal punoh atau...
Dari Gantung Sekolah Murid Elok Gantung Kerja Menteri

Dari Gantung Sekolah Murid Elok Gantung Kerja Menteri

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 346 hits
Cadangan untuk menggantung persekolahan pelajar yang tidak mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah merupakan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan dalam situasi pandemik Covid 19 ketika ini Ahli Parlimen Merbok Nurin Aina berkat...
Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Makanan Dari Bakal Kakak Ipar

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Drama Antara Dua Syurga


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Macam Baby Jadi Duta Bersama Dato Sri Siti Nurhaliza Akui Tak Kelip Mata Tengok Kulit Kim Soohyun

Antara Sembang Deras Dan Sembang Realiti

Siasatan Telah Dimulakan 5 Adun Sabah Sudah Dipanggil Untuk Berkenalan Dwngan Sprm

Kenangan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Di Universiti Sultan Zainal Abidin

Zikir Dikir Hafiz Hamidun Halim Yazid

Tips Pindah Rumah Di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah