Pernahkah Anda Ke Tugu Negara National Monument


Pernahkah anda ke Tugu Negara @ National Monument? Di tengah bandar Kuala Lumpur ada banyak tempat lawatan yang menarik dan percuma. Ya, tanpa bayaran masuk dan tempat meletak kenderaan juga percuma.
Berhampiran dengan bangunan Parlimen bersebelahan Taman Tasik, Tugu Peringatan Negara atau lebih dikenali sebagai Tugu Negara @ National Monument dibina sebagai sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Disiapkan pada 8 Februari 1966 Tugu Negara yang ada kini menggantikan lokasi asalnya bila di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, yang didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban

Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa Tugu Peringatan Negara ini merupakan simbol kemenangan penduduk Tanah Melayu melawan pengganas komunis dan kemenangan kepercayaan rakyat kepada negara. 
Sewaktu perasmiannya tiupan trompet yang sayu dimainkan ketika DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung menyingkap tirai kuning yang menutupi papan nama tugu. Serentak dengan itu bendera Malaysia dinaikkan perlahan-lahan ke puncak tiang yang dipegang oleh salah satu patung pada tugu tersebut

Tugu Negara pernah dibom oleh pengganas komunis pada 26 Ogos 1975. Kejadian jam lima pagi itu telah didengari sendiri oleh Tunku Abdul Rahman kerana kediaman rasminya berdekatan. Akibatnya satu patung jatuh, dua patung putus kepala dan rosak pada bahagian kaki. Lantai marmar di sekeliling kawasan tugu turut retak sepanjang 0.6 meter disebabkan jatuhan patung besar. Kerja membaikpulih Tugu Peringatan Negara dilakukan oleh Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Institut Teknologi Mara, Christoper Carney dan telah siap pada 11 April 1977


Deskripsi Tugu NegaraTugu Negara yang diperbuat daripada gangsa ini berbentuk tujuh patung lelaki mewakili askar Tanah Melayu yang berjaya dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Setiap satunya membawa watak yang melambangkan pimpinan, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, getir dan pengorbanan

Diiktiraf sebagai arca berkumpulan yang tertinggi di dunia, tugu setinggi 15 meter ini direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon atas permintaan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Pereka ini juga bertanggungjawab membina United States Marine Corps War Memorial (Iwo Jima Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Setelah beliau melihat tugu yang di Amerika itulah Tunku Abdul Rahman mendapat idea untuk pembinaan versi Malaysia pula

Didedikasikan kepada pejuang yang berani demi keamanan dan kebebasan. Semoga Allah merahmati mereka

Bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya, dan Tugu Negara


Bagaimana mendapatkan draf awal rupabentuk Tugu Negara?Sebelum tugu ini dibina, 60 orang askar dari Kem Sungi Besi dipanggil untuk pemilihan. Salah seorang askar yang disenarai pendek, Mat Shupur Khamis, menceritakan bahawa mereka diminta membuat gaya tertentu seperti diminta pereka bentuk. Untuk menghasilkan tugu seperti yang kita lihat hari ini maka mereka 'yang terkorban' terpaksa berada di dalam keadaan bertindih selama proses fotografi. Gambar terbaik dihantar kepada pengukir tugu di Amerika sana. Tugu ini dibuat di luar negara sebelum dihantar menggunaan kapal laut ke sini.

Entah berapa kali shoot lah agaknya tu kan? Bukan boleh shoot delete shoot delete seperti sekarang. Semua tahu teknologi fotografi dan videografi puluhan tahun dahulu sangat berbeza daripada sekarang.


Perbarisan HormatSejak 1963, secara tradisinya pada 31 Julai setiap tahun satu perbarisan hormat diadakan di Tugu Negara. Namun begitu Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbincang pada 6 hingga 7 Oktober 1987 telah membuat keputusan bahawa upacara meletakkan bunga dan bertafakur di hadapan Tugu Negara dianggap perbuatan syirik dan khurafat. Sehubungan dengan itu mulai 2010, lokasi sambutan Hari Pahlawan dipindahkan dari Tugu Negara ke Putrajaya. 
Sidang media tentang keputusan itu diberikan oleh Menteri Pertahanan dan Menteri Agama Islam ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Jamil Khir Baharom. Lama juga ambil masa untuk menghentikan upacara ini

*Syirik adalah salah satu daripada tujuh dosa besar yang tidak diampunkan Allah kecuali benar benar bertaubat.*

Tulisan yang cukup bermakna di Tugu Negara ini, Demi memperingati wira-wira yang menjaga keamanan dan kebebasan. Semoga mereka dirahmati Allah.Di pintu masuk kompleks tugu ini berdirinya tiang asal dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan yang penting kepada negara kita Malaysia (dahulunya Tanah Melayu/Malaya).

Bagaimana untuk ke Tugu Negara?
Paling mudah menggunakan teksi atau Grab.

Untuk yang mahukan penjimatan dan berjalan santai, sila naik KTM Komuter dan turun di Stesen Bank Negara. Berjalan terus ke arah Bank Negara dan ikuti sahaja papan tanda yang menunjukkan Jalan Parlimen atau Taman Tasik (Lake Garden). Perjalanan lebih kurang 15 minit. #dekatje


Tarikan pelancongan lain berdekatan Tugu Negara
Oleh kerana ia bersebelahan Taman Tasik, bayangkanlah kawasan hijau seluas 92 hektar yang menyejukkan mata. Selain Tugu Negara kita juga boleh melawat Taman Burung KL (KL Bird's Park), Taman Rusa, Taman Rama-Rama dan Taman Bunga Raya dan Orkid.

Masjid Negara, Planetarium Negara, Muzium Kesenian Islam, Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Tun Abdul Razak (rumah rasmi keluarga Dato' Seri Najib Razak ketika bapanya menjadi Perdana Menteri), Memorial Tun Huseein Onn dan Seri Perdana juga dalam kawasan besar ini.


Pelancong asing dah pergi ke sini... anda bila lagi? Jangan sampai mereka yang bercerita tentang Tugu Negara kepada kita pula nanti

Tugu Peringatan NegaraJalan Parlimen50480 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi: 8 pagi - 10 malam © copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/05/pernahkah-anda-ke-tugu-negara-national.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bengisnya Kejahatan Organ Saat Ribuan Tahanan Diambil Organnya Untuk Kepentingan Negara

Bengisnya Kejahatan Organ Saat Ribuan Tahanan Diambil Organnya Untuk Kepentingan Negara

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 235 hits
Sebuah RUU untuk mengekang perdagangan organ internasional telah menerima dukungan dengan suara bulat dari komite parlemen di Kanada Para anggota parlemen di Komite Tetap untuk Urusan Luar Negeri dan Pembangunan Internasional mengesahkan RU...
Berbaju Hitam Sempena Setahun Negara Di Bawah Regim Pemusnah

Berbaju Hitam Sempena Setahun Negara Di Bawah Regim Pemusnah

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR 9 Mei 8211 Orang ramai hari nie berbaju hitam tanda protes sempena genap setahun kerajaan Pakatan Harapan menjadi kerajaan yang tidak dapat menunaikan janji janji pada PRU ke 14 TheBlack905
Tak Perlu Ikut Arahan Saya Bebas Lakukan Apa Yang Terbaik Untuk Negara Tun M

Tak Perlu Ikut Arahan Saya Bebas Lakukan Apa Yang Terbaik Untuk Negara Tun M

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 358 hits
foto sumber internetWAWANCARA Sebelum kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU ke 14 lagi isu pengganti Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri hangat diperkatakan Ketika itu Presiden PKR Anwar Ibrahim masih dalam penjara Setahun berlalu da...
Setahun Ph Yang Mengecewakan Islam Ummah Dan Negara

Setahun Ph Yang Mengecewakan Islam Ummah Dan Negara

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 288 hits
PENDANG 9 Mei Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Suraya Yaacob berkata setahun Pakatan Harapan mencengkam kuasa ternyata jelas dapat di lihat Malaysia yang dibangga banggakan dulu bagaikan mundur ke belakang Jelas beliau bukan ...
Anwar Dakwa Hubungan Kaum Agama Makin Meruncing Selepas Ph Tadbir Negara

Anwar Dakwa Hubungan Kaum Agama Makin Meruncing Selepas Ph Tadbir Negara

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 363 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata hubungan kaum dan agama di negara ini semakin meruncing dalam usaha Pakatan Harapan menjelmakan reformasi yang didambakan melalui pemerintahannya Dalam perutusan khasnya sempena ulangtahun pentadbiran PH A...
Diplomasi Untuk Pengakuan Negara Papua Utusan Khusus Nfrpb Bertemu Presiden Negara Vanuatu

Diplomasi Untuk Pengakuan Negara Papua Utusan Khusus Nfrpb Bertemu Presiden Negara Vanuatu

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 289 hits
Utusan Khusus NFRPB Bertemu Presiden Negara Vanuatu Jayapura 7 Mei 2019 20 33 By Albertho Boikaway Perjalanan Duta Besar Keliling NFRPB dalam upaya diplomasi politik untuk Pengakuan Negara Federal Republik Papua Barat oleh PBB dan negara ne...
Perginya 3 Ulama Negara

Perginya 3 Ulama Negara

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 491 hits
Innalillahhiwainnailai hirajiun Saja nak pos di sini sebagai kenangan Tiga beradik yang HEBAT Harun Ishak dan Hassan Din Hebatnya ibu bapa mereka mendidik 1 Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco Amerika Syari...
23 Biasiswa Di Dalam Negara

23 Biasiswa Di Dalam Negara

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 216 hits
as salamMinta jasa baik semua pihak untuk disebarkan info penting agar ianya diketahui oleh semua rakyat Malaysia Berikut ialah 23 biasiswa di dalam negara yang sedang dibuka permohonannya 1 Sabah State Govt Scholarshiphttps afterschool my ...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


An Injustice That Biden Can Still Set Right

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Ww Koleksi Pokok Bunga Raya Di Laman Rumah

Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali