Pernah Viral Mikail Rupanya Dilatih Dari Usia 2 Tahun Lagi Rapat Dengan Ayah


Kanak-kanak lelaki ini pernah viral suatu ketika dulu kerana menolak gajet dan memilih melakukan kerja-kerja rumah dan luar rumah. Pa&Ma kali ini berpeluang menemuramah ibunya berkongsi tip berguna.
Mikail Harith Mohd Hamdan pernah viral di media lantaran kegemarannya melakukan kerja rumah sendiri dan berdikari. [Artikelnya di sini: Tak Mahu Gajet, Memilih Untuk Berkhemah & Memancing. Kanak-Kanak 6 Tahun Ini Dikagumi Ramai]

REWARD, PUJI & THANK YOU
Kata ibunya yang bertugas sebagai seorang jururawat, Norliyanti Ramli anak keduanya itu memang sudah dilatih daripada usia 2 tahun lagi. Pada awalnya dia menggunakan sistem reward dan pujian serta ucapan terima kasih selepas Mikail berjaya melakukan sesuatu tugasan.
“Kami dedahkan dia dengan mainan-mainan lain contohnya lego, mewarna, menconteng, berenang, bermain di taman permainan, mengayuh basikal dan sebagainya,” kata ibu Mikail.
2 TAHUN SUDAH MULA AJAR BUAT KERJA RUMAH
“Saya mula melatih anak dr umur 2 tahun contohnya membuang lampin pakai buang sendiri ke dalam tong sampah. Letak botol susu ke dalam sinki atau atas meja selepas minum. Saya libatkan anak dalam kerja-kerja rumah, saya selalu ajak diorg buat sama,” katanya yang turut berkongsi apa yang dilakukan untuk melatih Mikail.

Umur 2-3 tahun
Pakai baju sendiri. 2. Baju kotor ke dalam bakul.
3. Kemas mainan.
4.Gosok gigi dan mandi sendiri tapi mesti di pantau
Umur 4-6tahun
Sapu sampah. 2. Kutip & masuk kan sampah dlm bakul.
3. Kemas katil sendiri.
4. Lap meja selepas makan.
5. Susun pinggan.
JAGA ADIK & URUS PAKAIAN SENDIRI
Pada usia 6 tahun Mikail sudah boleh menjaga adiknya yang masih bayi. Dia sudah boleh menguruskan pakaian sendiri, menggunakan mesin basuh, membancuh minuman, memasak nugget & kentang goreng menggunakan air fryer, menggunakan vaccum cleaner untuk membersihkan rumah, melipat pakaian dan menggosoknya.

KEMAS PAKAIAN SENDIRI & TAHU PACKING KALAU NAK BERCUTI
Mikail juga menurut ibunya boleh mengemas barang sendiri untuk bercuti atau pulanh ke kampung halaman. “Mama cuma bagi tahu berapa hari nak pergi dan tempat, Mikail boleh bawa pakaian dan peralatan yang sesuai dengan tempat,” kata Norliyanti.
Ibu ini turut mendedahkan yang Mikail turut mengambil tahu barangan di dapur. Mikail malah boleh mengingati senarai barang yang sudah habis dan perlu dibeli.
SYUKUR KERANA WAKTU TERDESAK ANAK BOLEH BERDIKARI & BANTU
Norliyanti mengimbau saat suaminya mengalami kecederaan akibat kemalangan jalanraya & dia sendiri masih belum kuat kerana baru melahirkan anak ketiga.
“Kami telah diuji pada awal tahun lepas di mana suami kemalangan dan perlu bertongkat selama 8 bulan. Saya pula berpantang tapi saya bersyukur anak-anak boleh uruskan diri sendiri. Boleh tolong tukar pampers baby, buat kan susu dan kemas rumah.”

HUBUNGAN RAPAT DENGAN SI AYAH
Mikail mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya. Kata Norliyanti, aktiviti outdoor anak beranak ini bermula dari usia Mikail 5 tahun. Dia mengakui setiap anak lelaki memang perlu mempunyai hubungan rapat dengan ayah.
“Sejak dari 5 tahun selalu ikut my husband. Mereka ada geng camping,memancing, tengok bola. Mikail pernah masuk hutan start dari 12 tengah malam dari camp site dan berjalan sampai camp pada pukul 4 pagi. Dia pandai gunakan masa dalam kereta untuk tidur dulu.

“Sebenarnya bapa kena jadi idola kepada anak lelaki. Sebab di luar anak lelaki tidak akan jumpakidola mereka. Di sekolah pun ramai guru perempuan. Anak lelaki lebih mudah terpengaruh dengan perangai bapa mereka,” kata Norliyanti.
TIDAK SIA-SIA, ILMU URUS DIRI & BERDIKARI BERGUNA PADA MASA DEPAN
“Bagi saya sangat penting untuk mereka berdikari sekurang-kurangnyanya mereka dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Contohnya kalau perlu duduk di asrama nanti. Mereka dah biasa basuh baju dan gosok baju, menjaga harta benda sendiri. Ini semua memudahkan urusan seharian,” kata Norliyanti.
Pada hemat ibu ini, anak lelaki juga penting diajar kerja-kerja rumah. Ia tidak akan sia-sia kerana boleh membantu meringankan beban isteri jika sudah berkeluarga.

The post Pernah Viral, Mikail Rupanya Dilatih Dari Usia 2 Tahun Lagi. Rapat Dengan Ayah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/budak-lelaki-viral-ini-rupanya-dilatih-buat-kerja-rumah-dari-usia-2-tahun-lagi-rapat-dengan-ayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejam Tak Dapat Ayah Anak Berusia 1 Dan 4 Tahun Sedang Tidur Ditetak Sampai Mati

Kejam Tak Dapat Ayah Anak Berusia 1 Dan 4 Tahun Sedang Tidur Ditetak Sampai Mati

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 382 hits
GAGAL mencari ayah anak pula dibunuh kejam Seorang lelaki bertindak menetak mati dua orang anak kepada musuhnya yang berusia 1 tahun 2 bulan dan 4 tahun Kedua dua anak malang itu mati di tempat kejadian Maklumat siasatan pembunuhan kejam ya...
Sekda Pemprov Jabar Mengaku Tak Pernah Ikut Rapat Bahas Meikarta

Sekda Pemprov Jabar Mengaku Tak Pernah Ikut Rapat Bahas Meikarta

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 199 hits
Sekretaris Daerah Jawa Barat Iwa Karniwa angkat bicara setelah namanya disebut meminta uang terkait pengurusan RDTR Meikarta sebesar Rp 1 miliar Ia menyatakan tidak pernah menerima atau meminta uang tersebut
Foto 10yearschallenge Viral Antara Selebriti Yakin Throwback Gambar 10 Tahun Lepas Memang Berbeza

Foto 10yearschallenge Viral Antara Selebriti Yakin Throwback Gambar 10 Tahun Lepas Memang Berbeza

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 371 hits
Tular di Instagram hari ini apabila hashtag 10YearsChallenge menjadi trending di media sosial Lantas perkara tersebut telah menarik minat para selebriti untuk berkongsi gambar mereka pada 10 tahun lalu dan membandingkan dengan gambar terkin...
Viral Kakek Di Sukabumi Mengaku Tuhan Dan Berusia Seribu Tahun

Viral Kakek Di Sukabumi Mengaku Tuhan Dan Berusia Seribu Tahun

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 272 hits
Saat hendak dimasukkan ke mobil ambulans Polres Sukabumi Kota Abud sempat memberontak karena takut disuntik Ia sempat berteriak jika tetap akan dibawa ke rumah sakit maka matahari akan runtuh
Kanak Kanak 4 Tahun Maut Selepas Makan Rambutan Pernah Ada Penyakit Asma Sebelum Ini

Kanak Kanak 4 Tahun Maut Selepas Makan Rambutan Pernah Ada Penyakit Asma Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 267 hits
Seorang kanak kanak perempuan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika sedang makan buah rambutan Kejadian mengejutkan itu dipercayai berlaku di Pasar Stutong Kuching sekitar jam 9 malam pada Ahad SESAK NAFAS SEBELUM PENGSAN Mangsa yan...
Ph Menang Rakyat Senang Tambang Bas Naik 10 Untuk Tahun Baru Cina Hancing Viral

Ph Menang Rakyat Senang Tambang Bas Naik 10 Untuk Tahun Baru Cina Hancing Viral

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 545 hits
Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia mendakwa kerajaan membenarkan kenaikan tambang bas sebanyak 10 menjelang dan semasa Tahun Baru Cina Presiden Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat memaklumkan perkara itu pa...
18 Tahun Pengalaman Dan Kini Digelar Pawang Ular Oleh Penduduk Kampung Rupa Rupanya Lelaki Ini Tanggung Sengsara

18 Tahun Pengalaman Dan Kini Digelar Pawang Ular Oleh Penduduk Kampung Rupa Rupanya Lelaki Ini Tanggung Sengsara

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 441 hits
18 Tahun Pengalaman Dan Kini Digelar Pawang Ular Oleh Penduduk Kampung Rupa rupanya Lelaki Ini Tanggung Sengsara18 Tahun Pengalaman Dan Kini Digelar Pawang Ular Oleh Penduduk Kampung Rupa rupanya Lelaki Ini Tanggung Sengsara
Misteri Wajah Manusia Pada Pokok Pinang Yang Pernah Viral Di Kepala Batas

Misteri Wajah Manusia Pada Pokok Pinang Yang Pernah Viral Di Kepala Batas

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 485 hits
KEWUJUDAN wajah persis manusia pada upih pokok pinang mungkin berkaitan dengan kecacatan sel fisologi pokok PADA September 2006 penduduk sekitar Pulau Pinang gempar selepas menyedari kewujudan wajah menakutkan pada upih pokok pinang berhamp...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik