Pernah Terfikir Kenapa Allah Tak Bagi Lagi 20 Tahun Bersama Arwah Shuib
Dalam hidup kita ni banyak sangat dugaan, cabaran dan bahagia. Ibaratnya rezeki setiap orang tak sama. Begitu juga dengan perjalanan hidup Shuib yang kini memikul tanggungjawab sebagai daddy dan ibu buat empat permata hatinya.
Berkongsi sisi hidupnya setelah hampir setahun pemergian arwah isteri, Siti Sarah Raisuddin, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, menganggap kini kekuatannya hanya dengan anak-anak.
Penerima Pa&Ma Best Papa Millenial 2022 ini yakin walaupun kehilangan orang kuat dalam hidupnya yang pernah bersusah senang bersama-sama selama ini, Shuib percaya Allah Maha Baik. Mungkin apa yang dilalui ini akan jadi inspirasi buat semua.
Bercerita dengan lebih lanjut ketika sesi live Pa&Ma Gala 2022, Shuib secara terbuka menyatakan isi hatinya, nak jadi seorang Shuib bukanlah mudah. Mengakui dirinya juga bukan seorang yang jenis suka duduk diam.
“Sebab itulah bila pergi kerja atau ke mana-mana memang sebolehnya nak bergegas balik rumah untuk jumpa anak-anak pula. Sekarang rutin hidup saya juga berubah tapi tetap bersyukur ahli keluarga sangat membantu uruskan anak.
“Masa mula-mula arwah pergi saya risau mengenai anak. Takut tak mampu urus, tapi kini saya lega semua ahli keluarga terdekat sangat mengambil berat dan anggap seperti anak sendiri.
“Saya tak pernah ungkit hidup sebagai ibu dan daddy sebab apa yang Allah bagi ujian, pasti ada pertolonganNya,” katanya.
“Tarikh 9 0gos 2021 gelap sekejap hidup saya..”
Ramai yang tanya saya, bagaimana saya kuat? Sebenarnya jika anda nak tahu, bila kita hidup berpasangan, semua orang tak mahu kehilangan orang yang dicintai. Perkara ini paling ditakuti.
“Biasa orang lelaki akan cakap biar saya mati dulu berbanding you pergi dulu..” Ini juga kata-kata saya pada arwah.
“Malah lepas pemergian arwah pernah terdetik dalam hati dan bertanya kenapa Allah tak belanja lagi 20 tahun untuk hidup. Memang rasa gelap sangat hidup saya waktu itu..
“Tapi bila saya fikir semula sampai bila nak macam ni tambah pula pandang muka anak, saya tekad kena lawan dan kini semangat itu makin kuat,” ujarnya.
Ada doktor psikiatri
Shuib juga mengakui orang tengok saya happy sedangkan saya kini ada doktor psikiatri. Setiap minggu saya jumpa untuk pastikan mental dan fizikal saya ok. Alhamdulillah ini cara saya untuk buat terbaik pada anak-anak.
“Saya tak nak mereka tengok saya lemah..saya tak nak saya sedih sebab saya kena lead mereka.. Hanya Shuib kenal siapa Shuib!
“Saya kena kurangkn masa bersendiri.. kena penuhkan aktiviti bersama-sama dengan anak..Ini cukup indah, tengok mereka membesar dan cuba penuhi apa yang anak nak. Ini saja pengubat kesedihan saya. Walaupun Sarah tak ada, Allah akan ubat kesedihan saya,” katanya dalam nada sebak.
“Anak-anak lebih kuat dari saya..”
Shuib juga memberitahu penerimaan anak-anak selepas ketiadaan ibu, mereka jauh lebih kuat darinya.
“Keadaan anak-anak saya ni lebih kuat dari saya..mereka selalu cakap ibu kat syurga, ibu buat apa kat sana, ibu tak rindu ke kat kita. Anak-anak boleh cakap sesama mereka dengan positif sekali. Bila saya tengok mereka, dari situ saya ambil semangat anak-anak.
“Masa 6 bulan pertama memang ya..sakit, rindu ibu, nak ibu..lepas 6 bulan nampak anak makin ok. Lagi satu saya sedih, saya tak boleh bagi sentuhan seperti ibunya. Contoh Talita dia rapat dengan ibu..
Seorang wanita perlukan sentuhan ibu..benda ni yang agak sukar. Itu yang saya kalah bila bab sentuhan sebab saya tak mampu nak realisasikannya. Lagi satu, bila nak rasa pegang tangan Sarah, saya akan pegang tangan Uwais ” luah Shuib
Pesanan untuk anak-anak
Jika daddy juga pergi dulu, Uwais, Talita, Mateen dan Ayash kena ingat hidup kita penuh kejutan Daddy pernah cakap kita sayang sangat ibu tapi Allah lebih sayang..macam juga daddy kalau Allah ambil kena reda..
Uwais abang sulung, ketua keluarga, lead family, perlu pastikan Uwais hebat, ketua hebat, abang yang baik untuk adik-adik.
Harapan ibu dan daddy selama ini pun, nak semua jadi soleh solehah, kita kena ikut perintah Allah. Dunia ni tak ada apa-apa pun..ini yang ibu selalu cakap” akhirinya.
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Pernah Terfikir Kenapa Allah Tak Bagi Lagi 20 Tahun Bersama Arwah…” – Shuib appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pernah-terfikir-kenapa-allah-tak-bagi-lagi-20-tahun-bersama-arwah-shuib/