Pernah Jatuh Tersungkur Dr Rozmey Bangkit Dengan Produk Membantu Petani
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Betul kata orang kalau bangun daripada jatuh adalah lebih baik daripada tak rasa jatuh tapi bila terduduk tak mampu bangun. Ini bukan cerita kisah Maha tapi kisah perkongsian usahawan dahulu sangat terkenal dan berjaya. Sebut sahaja nama Dato' Dr Rozmey siapa tidak kenal. Dahulu terkenal dengan pengeluar produk kesihatan dan imej yang lain daripada orang lain.
Berkesempatan untuk beborak dan juga besama figura yang tidak kenal erti putus asa ini buat kita juga rasa bersemangat untuk berjaya sepertinya. Maha dan juga kawan-kawan berkesempatan untuk makan dan meluangkan masa bersama Dr Rozmey yang kini tampil lebih segar dan berani. Juga membawakan identiti yang tiada siapa sangka beliau adalah Dr Rozmey yang dahulu
Sembang punya sembang banyak yang Dr kongsikan kepada kami selain daripada kisah silam juga kepada kisah terbaru beliau. Setelah 2 tahun membuat kajian akhirnya kini Dr telah menghasilkan produk terbaru khas untuk membantu petani. DDR Bio Grow adalah produk baja organik kombinasi formula bio dan lautan yang dihasilkan menerusi penyelidikan serta kajian saintifik terknologi terkini
Kepakaran yang beliau ada digabungkan dengan rakannya seorang pakar kimia dalam polimer maka terhasillah produk baja yang bukan sahaja menambah hasil pengeluaran petani tapi juga mengawal serangan makhluk perosak tanpa memberi kesan sampingan kepada pengguna. Baja ini adalah baja polimer yang diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang ketam menerusi teknologi biosains dan fasiliti makmal terkini. Sempat juga Dr memberi perumpamaan kalau kita nak mengatasi masalah haiwan perosak kena atasi daripada habitatnya.
Baja ini kaya dengan NPK (unsur utama) dan trace element (unsur surih) yang membantu membentuk pertumbuhan akar dan penyerapan nutrien dalam tanah. Ia kaya dengan PGR (Plan Growth Regulator), penggalak dan pembesaran tumbuhan dan memperbaiki hasil tanaman serta meningkatkan hasil tanaman.
Beliau berkata bahawa baja ini terlah teruji secara terus kepada petani padi di Negeri Kedah dimana makhluk perosak seperti Siput Gondang, Tikus, Ulat Gulung dan banyak lagi perosak kepada pokok padi dapat dihapuskan. Ia juga dapat mengawal pembiakkan rumpai yang menjadi pesaing kepada anak padi
Sejak mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada awal tahun lalu DDR Bio Grow menerima sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan petani terutama pesawah. Kebanyakkan petani yang mencuba dan menggunakan baja ini menjadikan hasil pendapatan mereka meningkat sekali ganda daripada biasa dan secara langsung meningkatkan pendapatan mereka juga.
Maha tak pandai pasal pertanian walaupun anak peneroka Felda tapi bila dengar bahawa niat murni Dr dalam membantu usahatani untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi rasa ia satu perkara yang terpuji. Bukan keuntungan sahaja yang beliau utamakan tapi hasil kepada pengguna yang menjadi keutamaan semasa menghasilkan baja ini.
Buat masa ini baja ini sesuai untuk penggunaan petani berskala besar dan juga yang membuat secara persendirian. Harga di pasaran pun tidak begitu mahal menurut kata Dr, DDR Bio Grow didatangkan dalam saiz 1 liter RM65 sahaja dan untuk botol 4 liter pada harga RM199 sahaja. Juga boleh digunakan untuk petanian buah-buahan dan juga petanian sayur-sayuran kerana ia selamat dan tiada bahan kimia
Selain daripada produk baja Dr Rozmey juga ada mengeluarkan produk pewangi dan antibakteria, juga DDR Bioshield untuk makhluk perosak. Kalau korang rasa nak dapatkan info lanjut pasal semua produk ini juga nak mencuba baja keluarakan Dr ini boleh layari laman web beliau dan boleh terus berhubung dengan Dr Rozmey seperti detail di bawah
Laman web : https://www.ddragro.comFacebook : https://www.facebook.com/rozmeyagroWhatsapp : Bit.ly/ddrwstabletTel : 012 5688446
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/12/pernah-jatuh-tersungkur-dr-rozmey-bangkit-dengan-produk-membantu-petani.html