Jatuh Dari Van Kanak Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Ibu Kekasih Didakwa Cuai
Pada usia tiga tahun, anak sedang membesar dan telatahnya pasti mencuit hati. Sebagai ibu ayah, inilah fasanya kita menyaksikan anak kesayangan menjadi semakin aktif dan bijak. Dengan umur begini, mereka masih kecil dan hanya mahu bermain. Kadang-kadang apabila bermain, mungkin berlaku kejadian yang tidak diingini sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.
Seperti yang dipetik dari portal Sinar Harian, seorang wanita dan kekasihnya yang dituduh mengabaikan kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kematian telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
Mengikut pertuduhan, Noraini Haron, 42, dan Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, dengan niat bersama sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Nuraireen Afeeya Muhammad Padzli telah mengabaikan kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan kematian.
Artikel Lain:
“Rupanya Dah Sebulan Bayi Tak Bernyawa” Hannah Delisha Sedih, Trauma Lalui Pengalaman Keguguran!
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!
Madammu Belanja 1000 Pasang Baju Raya Baru, Tersentuh Hati Ramai Tak Mampu Beli!
Perbuatan kejam itu dilakukan tertuduh dari 18 Mac hingga 24 Mac 2024 di sebuah rumah di Taman Mayung di Port Dickson.
Susulan daripada itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syafina Mohd Radzuan tidak menawarkan jaminan kerana menyifatkan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius. Noraini yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana tidak bekerja dan mempunyai tiga anak anak termasuk mangsa. Manakala Mohd Khairul memberitahu, dia hanya bekerja sebagai pembantu bengkel dan mempunyai enam orang anak serta menanggung ibu bapa.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dengan syarat perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan. Sebutan semula kes untuk laporan forensik 2 Mei depan.
Terdahulu, polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Bandar Sunggala, Port Dickson bagi membantu siasatan membabitkan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Jatuh Dari Kenderaan
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan dari Hospital Port Dickson pada 24 Mac memaklumkan mangsa dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.
Sebelum ini media melaporkan polis menerima laporan daripada Hospital Port Dickson, Ahad lepas yang memaklumkan mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 15 Mac kira-kira jam 8.30 malam ketika suspek yang dipercayai teman lelaki kepada ibu mangsa ingin membuka pintu van semasa berhenti di sebuah kedai, dalam perjalanan dari Taman Anggerik ke Taman Mayung, Telok Kemang.
Ekoran daripada kejadian tersebut, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan lebam di beberapa bahagian anggota badan dan mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
The post Jatuh Dari Van, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia. Ibu & Kekasih Didakwa Cuai appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/jatuh-dari-van-kanak-kanak-3-tahun-meninggal-dunia-ibu-kekasih-didakwa-cuai/