Pernah Dengar Kisah Pak Man Telo Ya Mlm Pertama Pernah Wujud Di Malaysia




Di musim pandemik COVID19 sekarang ini dan pada musim PKPB di beberapa buah negeri telah menyebabkan skim cepat kaya (MLM) tumbuh bak cendawan. Perkara ini berlaku disebabkan segelintir rakyat Malaysia terdesak untuk mencari pendapatan yang lumayan dalam masa yang singkat. MLM semakin canggih pada masa kini mengikuti peredaran masa sebagai contoh, scammer-scammer ini telah bina aplikasi dimana mangsa boleh download dan hasilkan duit melalui smartphone masing-masing. Antara aplikasi yang tengah 'hot' sekarang ini adalah Like Share, Wemedia, Ezjob, IshareFans, dan pelbagai lagi yang mungkin penulis tidak tahu



Minggu depan skim i-Sinar akan mula menemui semua pencarum-pencarum KWSP dan boleh keluarkan 10k daripada akaun 1. Pada masa ini berhati-hatilah gaiss, gunakan wang yang anda keluarkan nanti dengan perkara yang lebih berfaedah seperti membeli Iphone 12 Pro Max, PS5, Yamaha MT-15 cash ke, atau benda lain yang nampak didepan mata. Sebelum tu jom kita baca pengasas yang cipta skim MLM ni.



KISAH PAK MAN TELO.. SKIM CEPAT KAYA PERTAMA DI MALAYSIA...




Sekadar untuk mengingatkan kita tentang perkara yang telah lepas agar dapat menjadi satu iktibar buat kita semua. Ini bukan untuk mencemuh sesiapa tetapi sememangnya semua orang telah mengenali siapa beliau dan seharusnya kita berwaspada dalam setiap langkah yang kita ambil dengan mengimbau sejarah bagaimana tertubuhnya skim seperti ini atau boleh dikatakan perintis MLM (dahulu skim cepat kaya).


LAMA sebelum wujudnya skim cepat kaya berasaskan internet yang kini diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan, wujud satu skim cepat kaya yang lebih ‘dahsyat’ serta menggemparkan negara pada awal 1990.


Kesan skim cepat kaya berkenaan menyebabkan ia terus diingati sehingga kini dan mungkin akan dikenang sebagai antara pelopor kewujudan skim cepat kaya dalam sejarah Malaysia.


Skim Pak Man Telo yang diasaskan Osman Hamzah menerusi syarikatnya, Pestama Enterprise, dipercayai dimulakan sekitar 1970-an di Taiping, Perak.


Apa yang menjadikan Skim Pak Man Telo sebagai ‘lagenda’ dalam sejarah skim cepat kaya atau pelaburan piramid di negara ini adalah ia disertai lebih 50,000 pelabur dengan nilai pelaburan mencecah sehingga RM99 juta.


Osman yang lebih dikenali ramai dengan gelaran ‘Pak Man Telo’ pada asalnya hanyalah seorang penduduk biasa yang bekerja sebagai wartawan sambilan Bernama di Taiping.


Tanpa sebarang latar belakang pendidikan mengenai pengurusan wang, dia memberanikan diri menceburi bidang berkenaan dengan mengasaskan skim pelaburan yang kompleks serta bernilai jutaan ringgit.


Pak Man Telo pernah memberitahu, yang dia mempunyai satu pasukan besar menjual barangan pengguna iaitu tembikar Cina selain terbabit dalam urusan hartanah, tetapi tidak tahu langsung mengenai pasaran kewangan mahupun komoditi.


Selain itu, lelaki terbabit turut mendakwa yang syarikatnya terbabit dalam perniagaan pengeluaran makanan, barang plastik dan elektrik, komputer, kasut, perhotelan, hartanah dan pemilikan saham beberapa syarikat utama.


Ketika zaman kemuncak skim berkenaan, Pak Man Telo menjanjikan pulangan dividen yang lumayan iaitu sehingga 12 peratus setiap bulan menyebabkan ramai pelabur mula menyertai skim berkenaan dengan harapan ingin mengaut keuntungan segera.


Maka tersebarlah cerita itu sehingga ke negeri lain dan semakin ramailah penduduk - dari pegawai kanan kerajaan, pesara, ahli perniagaan sehinggalah penduduk kampung di pedalaman - menyertainya.


Bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari yang kegiatan Pak Man Telo bertentangan dengan undang-undang negara.


Lalu selepas lama memantau kegiatan lelaki itu, Bank Negara menahan Pak Man Telo dan pada 11 Januari 1990, dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengambil wang orang ramai tanpa lesen sah mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.


Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 1 Oktober dan 23 November 1989 dan serbuan pihak berkuasa turut merampas RM1.7 juta daripada lelaki terbabit.


Pada Mac 1990, Pak Man Telo mengaku bersalah atas kesalahan itu dan Mahkamah Tengah Taiping menjatuhkan hukuman denda RM250,000 atau satu tahun penjara kepadanya. Beliau membayar denda itu secara tunai.


Tiga bulan kemudian, sekali lagi syarikatnya diserbu Bank Negara atas kesalahan sama.


Bermula dari kejadian itu jugalah, kalangan pelabur Skim Pak Man Telo mula resah apabila mendapati kadar bayaran dividen skim berkenaan terpaksa diturunkan daripada 12 peratus kepada hanya lima peratus.


Lebih membimbangkan mereka apabila kedengaran ada pelabur yang tidak lagi memperoleh bayaran dividen.


Pak Man Telo tampil menjelaskan kedudukan sebenarnya pada September 1990. Katanya, tindakan mengurangkan kadar dividen itu terpaksa dilakukan berikutan masalah ‘krisis Teluk’ yang dihadapi dunia ketika itu.


Faktor lain disebabkan penyelewengan ejen syarikatnya di mana ejen terbabit membuat kutipan dan membayar dividen kepada pelabur secara sendiri, tanpa merujuk kepada pengurusan syarikat.


Tindakan Bank Negara menyerbu syarikat itu serta merampas dokumen penting termasuk rekod keahlian juga dijadikan alasan kepada penurunan kadar dividen berkenaan.


Merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan skim pelaburan berkenaan, ramai ahli mula berkumpul di halaman rumah lelaki terbabit hampir setiap hari dan mendesak supaya wang pelaburan pokok mereka dipulangkan segera.


Kekecohan yang semakin tidak terkawal itu menyebabkan Pak Man Telo menghentikan sementara kegiatannya dan berjanji akan kembali memulakan operasi secara ‘halal’ pada 2 Januari 1991.




Melihat pelabur masih mengunjungi rumahnya setiap hari, Pak Man Telo memberi ‘ceramah’ yang antara lain berbunyi: “Kita akan jalankan operasi seperti dilakukan Bank Islam; kita tidak boleh melabur RM1,000 dan mengharapkan pulangan berlipat ganda kerana itu membabitkan unsur riba; riba itu diharamkan Islam.”


Bagaimanapun, pada tarikh dijanjikan iaitu Januari 1991, pelabur mula memenuhi perkarangan rumah Pak Man Telo untuk menuntut janji. Akan tetapi seperti sebelumnya, lelaki itu gagal membayar dividen dengan pelbagai alasan.


Akhirnya pada 11 April 1991, polis menyerbu pejabat Pak Man Telo di Taiping dan dia dibawa ke Ipoh, untuk membantu siasatan berhubung skim itu.


Pada masa sama, kemarahan pelabur memuncak dan ramai yang mencari Pak Man Telo di pejabat dan rumahnya untuk mendapatkan kembali wang mereka.


Pak Man Telo kemudian dikenakan tindakan buang daerah di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu mengikut Ordinan Darurat.


Dia tidak lama di Terengganu apabila pada 17 Julai 1991, pegawai Bank Negara menahannya. Dia kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Taiping untuk kali kedua pada 17 Julai atas dakwaan menerima deposit tanpa lesen daripada Kementerian Kewangan antara 1 Januari hingga 31 Oktober 1990.


Pada pagi hari pertama perbicaraan iaitu 2 Mac 1992, Pak Man Telo yang sebelum itu mengaku tidak bersalah, menukar pengakuannya kepada bersalah.


Dalam rayuannya, peguam bela tertuduh berkata, Pak Man Telo yang sudah berusia 65 tahun ketika itu menyesali perbuatannya, malah dia dan keluarga merana kerana dipulaukan masyarakat.


Akhirnya, dalam keadaan mahkamah yang penuh sesak, hakim menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM500,000 atau tambahan penjara setahun lagi jika beliau gagal membayar denda.


Pak Man Telo gagal membayar denda dan beliau terpaksa menjalani hukuman penjara selama dua tahun bermula tarikh dia ditahan iaitu 17 Julai 1991.


Pengasas skim cepat kaya dibuang daerah di Kuala Berang


KEMARAHAN orang ramai terhadap Pak Man Telo akibat gagal membayar dividen yang dijanjikan menyebabkan sekumpulan enam lelaki bertindak menculik anak lelakinya pada 1991.


Mereka mengurung anak lelaki terbabit di Hotel Tropicana, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur mulai jam 8.10 malam 28 Februari hingga jam 11.30 pagi, 5 Mac 1991 bertujuan memaksa Pak Man Telo mengembalikan wang RM426,767 yang mereka labur dalam skim itu.


Enam lelaki terbabit berjaya ditahan dan dihadapkan di mahkamah tetapi hanya empat daripada mereka yang disabitkan kesalahan. Keempat-empat lelaki itu hanya dikenakan hukuman ringan, iaitu denda RM100 atau tiga bulan penjara.


Hukuman ringan itu diberi kerana hakim bersimpati terhadap keempat-empat tertuduh yang kehilangan wang disebabkan Pak Man Telo.


Kemarahan mangsa Pak Man Telo terus membara dan ramai yang mengambil tindakan saman terhadapnya. Seramai 175 pelabur pada Mac 1991, memulakan tindakan saman terhadap lelaki itu bersama enam pihak lain iaitu isteri, dua anak lelaki dan dua anak perempuan serta menantu lelakinya bagi menghalang mereka mengeluar atau memindahkan wang RM1.4 juta yang didakwa milik pelabur berkenaan.


Ia diikuti 284 pelabur pada April 1991 menyaman Osman dan enam pihak lain bagi mendapatkan semula RM3.5 juta wang milik mereka. Sekumpulan pelabur lain seramai 180 orang pula mendakwa kerugian RM2.2 juta, juga mengambil tindakan sama.


Pak Man Telo mengakhiri tempoh hukuman penjara dua tahun pada 17 November 1992. Kira-kira jam 10.10 pagi selepas bersalam dengan pegawai Penjara Taiping, dia dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda polis untuk perjalanan ke Kuala Berang, Terengganu kerana dikenakan perintah buang daerah.


Selepas itu, kisah Pak Man Telo mula tenggelam dan orang ramai semakin melupakannya. Pak Man Telo pula menyepikan diri bersama isteri kedua dan seorang anak lelaki di Terengganu.


Dia menyara hidup dengan membaiki radio dan televisyen. Pada usia 70 tahun, Pak Man Telo meninggal dunia akibat sakit tua pada 22 Disember 1997 sekali gus berakhirlah riwayat seorang lelaki yang menjadi antara pelopor skim cepat kaya di negara ini.


Seperti juga pepatah ‘harimau mati meninggalkan belang’, nama Pak Man Telo terus disebut-sebut sehingga kini seolah-olah gelaran itu begitu sinonim dengan kegiatan skim cepat kaya di negara ini.


Sumber : http://badruddinghazali.blogspot.com


#likeshare #isharefans #wemedia #ezjob #mlm


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://johanharith.blogspot.com/2020/11/pernah-dengar-kisah-pak-man-telo-ya-mlm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Pertama Ant Man And The Wasp Quantumania Yang Menampilkan Paul Rudd Sebagai Scott Lang

Gambar Pertama Ant Man And The Wasp Quantumania Yang Menampilkan Paul Rudd Sebagai Scott Lang

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 441 hits
Pengarah Peyton Reed sebelum ini telah mengumumkan bahawa produksi Ant Man and The Wasp Quantumania telahpun selesai pada November tahun lalu dan kini proses penggambaran semula sedang dijalankan Setakat ini tiada sebarang seni promo telah ...
Tak Tekan Butang Rekod Bekas Pd Running Man Kongsi Kisah Song Jihyo Kim Jongkook Di Nevis Swing

Tak Tekan Butang Rekod Bekas Pd Running Man Kongsi Kisah Song Jihyo Kim Jongkook Di Nevis Swing

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 239 hits
Dalam episod terbaru YouTube milik Kim Jong kook dia telah menjemput bekas PD Running Man iaitu Hwan Jin Sambil menjamah makanan sambil mereka berkongsi cerita mengenai kenangan merakam program tersebut dahulu Antara kisah yang menarik perh...
Kisah Aneh Sergei Ponomarenko Akhirnya Time Traveler Memang Wujud

Kisah Aneh Sergei Ponomarenko Akhirnya Time Traveler Memang Wujud

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 214 hits
Pada April 2006 seorang anggota polis dari Kiev menahan seorang lelaki yang mendakwa bahawa beliau sedang berada di tempat yang sama tarikh yang sama tetapi pada tahun yang berlainan Berdasarkan kisah yang diceritakan oleh lelaki misteri in...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Made In Gaza Trak Bomba Pertama Buatan Rakyat Palestin Sendiri

Terima Kasih Rakyat Malaysia Made In Gaza Trak Bomba Pertama Buatan Rakyat Palestin Sendiri

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 421 hits
Terima Kasih Rakyat Malaysia Made In Gaza Trak Bomba Pertama Buatan Rakyat Palestin Sendiri Dengan kerjasama NGO Cinta Gaza Malaysia bersama sama MyAqsa Defenders Pertahanan Awam Palestin kini akhirnya berjaya memiliki trak bomba pertama bu...
Keluarga Malaysia Pak Long Mail

Keluarga Malaysia Pak Long Mail

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 231 hits
Ini baru betul Keluarga Malaysia More www zunar my keluargaMalysia
Tak Pernah Lagi Malaysia Jadi Negara Separiah Macam Ini

Tak Pernah Lagi Malaysia Jadi Negara Separiah Macam Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 274 hits
MOHD SHAH RIMWisma Putra lembab Menteri lembab macam siput negara lain dah arahkan rakyat dan diplomat meninggalkan Ukraine nilah nasib rakyat Msia dibawah rejim kerajaan sekarang KERANA ITU RAKYAT PERLU SERAHKAN MANDAT PADAPAKATAN HARAPAN
T11c29 Malam Pertama Di Kuching Sarawak Malaysia

T11c29 Malam Pertama Di Kuching Sarawak Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 186 hits
Aktiviti kami pada malam pertama di Kuching adalah kesinambungan dari aktiviti pada petang tadi Kami berjalan balik ke kereta menyusuri tepi sungai melalui Kuching Waterfront Agak meriah juga suasana pada waktu malam di mana manusia bersiar...
Gadis Ini Pernah Dilihat Bersama Remy Ishak Siapa Fatin Diana Buat Kali Pertama Dia Menjadi

Gadis Ini Pernah Dilihat Bersama Remy Ishak Siapa Fatin Diana Buat Kali Pertama Dia Menjadi

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 441 hits
Di sebalik jenama yang pernah menyaksikan aktor pujaan ramai Malaya Remy Ishak menjadi duta produk minuman Origina di belakangnya ada tunjang seorang wanita bujang dan muda yang menjadi penggerak jenama itu Wanita berusia 28 tahun bernama F...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran