Garnier Malaysia Lancar Program Pendidikan Sekolah Di Seluruh Negara Di Bawah Inisiatif Green Beauty
GARNIER MALAYSIA LANCAR PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’ | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan ke SMK Darul Ehsan untuk inisiatif Garnier Malaysia yang menginginkan Green Beauty di pupuk sejak dari bangku sekolah. Pada pendapat Ruby, ia adalah program yang bagus untuk melahirkan generasi yang menyayangi bumi. Mulakan dengan sesuatu yang sering digunakan seperti plastik.
Setiap hari kita menggunakan plastik, walaupun kita cuba mengurangkannya dengan membawa bekal makanan sendiri, botol air sendiri. Tetapi peratusan yang menggunakan plastik masih ramai. Setelah menggunakannya, tidak pula dibuang dalam tong kitar semula. Maka, ia akan bersama dengan sisa sampah lain dan sukar untuk diasingkan dan di kitar semula.
Green Beauty dari Garnier Malaysia bukan sahaja dengan isi kandungan produk yang selamat. Malah, pada 2019, formula baru syampu dan penjagaan rambut mereka mencapai purata 91% terbiodegradasikan. Menjelang 2025, Garnier akan mencipta formula baru yang berprestasi tinggi untuk rambut dan kulit anda, yang dikuasakan oleh Green Sciences, seperti bioteknologi.
Garnier berjaya menjimatkan 3670 tan plastik penggunaan pertama pada tahun 2019. Penghujung 2020, botol Fructis akan diperbuat daripada 100% plastik yang dikitar semula di Eropah dan Amerika Syarikat.
Menjelang 2025, semua produk kami akan diperbuat daripada 100% plastik yang dikitar semula dan 100% akan boleh dikitar semula, boleh diisi semula atau boleh diguna semula. Tahniah Garnier Malaysia! Semoga inisiatif ini berjalan lancar dan sukses
GARNIER MALAYSIA LANCAR PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’Garnier Malaysia mengumumkan pelancaran program pendidikan sekolah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada inisiatif hijaunya di bawah kempen ‘Green Beauty’. Pelancaran tersebut diadakan di SMK Darul Ehsan di Selayang Baru dan dihadiri oleh Puan Hajah Marpuaton binti Sastero, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan I.S.Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).
Puan Nurhana binti Mat Rabu, Assistant Education Officer (Co -curriculum), Gombak District; Chris Chan, Head of Garnier Malaysia; Hanane Saidi, General Manager of Consumer Product Division, L'Oréal Malaysia; Puan Hajah Marpuaton binti Sastero, Deputy Director of School Management Sector, Selangor State Education Department; Pn Norlia bt Abu Bakar, Principal of SMK Darul Ehsan; dan I.S. Shanmugaraj, Executive Director of the Malaysian Nature Society.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen Garnier Malaysia untuk memupuk generasi Hero Hijau yang seterusnya melalui pendidikan. Green Beauty adalah inisiatif global Garnier melibatkan pendekatan menyeluruh ke arah kelestarian.
Komitmen ini mempunyai sasaran besar menjelang 2025 untuk mengurangkan impak keseluruhan Garnier terhadap alam sekitar secara menyeluruh. Matlamat kelestarian 2025 termasuklah memastikan produk tidak dihasilkan daripada plastik baharu, dan menukar bungkusan bagi memastikan semua bahan boleh diguna semula, dikitar semula dan boleh dikompos.
Hanane Saidi, General Manager of Consumer Product Division, L'Oréal Malaysia
Dengan mengambil langkah-langkah hijau dalam setiap perjalanan operasi jenamanya, Garnier juga komited memastikan tapak industrinya adalah neutral karbon menjelang 2025. Garnier juga berhasrat memperkasa 1,000 komuniti melalui program Penyumberan Perpaduan (Solidarity Sourcing).
Bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan inisiatif ini di peringkat tempatan, Garnier Malaysia bekerjasama dengan MNS untuk menjalankan program pendidikan sekolah yang bermatlamat mendidik 1,000 guru dan beribu-ribu lagi pelajar tentang kitar semula, guna semula dan cara-cara untuk menangani pencemaran plastik. Para pelajar juga turut diperkasa untuk mengamalkan pengetahuan kitar semula yang dipelajari melalui tong sampah kitar semula yang disediakan oleh Garnier.
Inisiatif ini dimulakan dengan pameran bergerak jelajah yang interaktif, dipenuhi pelbagai aktiviti dan bengkel pendidikan yang menyeronokkan di SK Subang Bestari 2 dan SMK Seksyen 4, Bandar Kinrara. Acara ini menerima banyak maklum balas positif daripada pelajar dan guru.
Chris Chan selaku pemimpin Garnier Malaysia berkata, “Pencemaran plastik terus menjadi isu di Malaysia. Melalui inisiatif Green Beauty, kami ingin memainkan peranan sebagai sebuah jenama kecantikan yang lestari dalam mewujudkan impak, tidak kiralah kecil atau besar, ke arah kesejahteraan alam sekitar dalam jangka masa panjang. Kami percaya terhadap kuasa pendidikan dan program pendidikan sekolah ini akan memupuk pencinta alam sekitar yang akan menjadi generasi Hero Hijau yang seterusnya demi Malaysia yang lebih bersih dan lebih hijau.”
“Garnier sangat berbesar hati dapat berganding bahu dengan MNS untuk melaksanakan inisiatif ini memandangkan mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang meluas bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan dan kesan inisiatif, sekaligus membolehkan kami sama-sama mencapai keseluruhan matlamat yang ditetapkan,” tambah Chan.
SMK Darul Ehsan telah dipilih untuk pelancaran ini memandangkan sekolah tersebut cukup dikenali dengan pelaksanaan inisiatif hijau yang pelbagai di kalangan pelajar dan komuniti. Antara inisiatif hijau yang dilaksanakan di sekolah ini termasuklah membina rumah hijau, sistem tadahan air hujan, menyediakan kelas agrikultur dan hortikultur, dan juga hab pengumpulan untuk minyak masak dan fabrik terpakai.
Sekolah tersebut juga dikenali dengan pelaksanaan ‘Eco-Brick’, dimana botol plastik diisi padat dengan sisa buangan plastik untuk digunakan sebagai bahan binaan bagi menghasilkan dinding penebat atau perabot luar.
I.S.Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia berkata, “Program pendidikan sekolah di seluruh negara ini bertepatan dengan matlamat dan tujuan kami ke arah mendidik pelajar bagi mewujudkan minat mereka terhadap kitar semula dan pengurusan sisa buangan plastik.Bengkel interaktif dan menyeronokkan adalah cara untuk memperkenalkan topik sebegini kepada kanak-kanak sekolah dan kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Garnier Malaysia untuk merealisasikan masa hadapan yang lestari dan alam sekitar yang lebih hijau.”
Selain menjalankan program sekolah di seluruh negara ini, Garnier Malaysia dan MNS juga dalam perancangan untuk melaksanakan aktiviti pembersihan di lima pantai terpilih di negara ini. Aktiviti pembersihan pantai yang pertama telah diadakan pada 25 Mei lalu di Pantai Remis, Kuala Selangor dengan kehadiran 80 peserta.
BULATAN SEMPURNASemasa program ini berlangsung. Ruby tertatok melihat karya seni dari barangan kitar semula iaitu botol plastik. Penutupnya di jadikan bulatan (hitam) langit cerah (putih) dan dimensi matahari (kuning, peach dan oren). Kemudian bahagian lautan dan pokok melalui botol air minuman dan di warnakan (putih, hijau dan biru). Sangat menarik! Paling best adalah hasilnya seakan hidup. Tahniah!
MENGENAI GARNIERGarnier adalah jenama kecantikan global yang memenuhi permintaan pasaran kesihatan dan kecantikan sebagai pakar penjagaan rambut dan kulit. Sejak 1904, Garnier menawarkan produk kecantikan yang inovatif dan berkesan yang diinspirasikan dan diperkaya oleh alam semulajadi. Kini, Garnier memulakan langkah hijau ke arah Green Beauty (Kecantikan Hijau), yang merupakan inisiatif menyeluruh ke arah kelestarian.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Green Beauty oleh Garnier, sila layari www.garnier.com.my/green-beauty.
FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/07/garnier-malaysia-lancar-program.html