Permohonan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera 2020


Permohonan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) 2020. Adakah anda sedang merancang menubuhkan perniagaan dalam masa terdekat? Terdapat banyak bantuan dan geran yang pihak kerajaan sediakan untuk usahawan memulakan dan mengembangkan perniagaan Bumiputera.
Berita baik kepada golongan belia Bumiputera yang berminat menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang telah beroperasi kurang daripada tiga tahun. Terdapat Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) yang anda bakal miliki.


Untuk makluman menerusi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) akan meneruskan program Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) dengan memperuntukkan RM15 juta kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi tahun 2020.

Program ini yang berasaskan pertandingan itu menawarkan hadiah dalam bentuk Geran Pembangunan Perniagaan bernilai sehingga RM500,000 kepada usahawan belia Bumiputera berumur di antara 21 dengan 40 tahun.

Permohonan dijangka dibuka pada bulan April 2020 dan permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi SUPERB.

Apa Itu Program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera? Program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau lebih dikenali sebagai SUPERB adalah program berasaskan pertandingan business pitching yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan. Program ini yang pernah dilancarkan sejak tahun 2014 diwujudkan bertujuan untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka.

Usahawan permulaan yang berjaya menyertai program SUPERB berpeluang menerima hadiah berupa geran pembangunan perniagaan.

Permohonan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera 2020 (SUPERB)  Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Skim Permulaan Usahawan Bumiputera termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan proses pemilihan :

Syarat Kelayakan Program SUPERB 

Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 21 tahun hingga 40 tahun dan tidak muflis. Permohonan boleh dibuat secara individu atau menerusi syarikat yang ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan. Fasa projek:
i) Idea / Prototaip (Nilai geran perniagaan sehingga RM100 ribu); atau
ii) Pra Komersial / Komersial (Nilai geran perniagaan sehingga RM500 ribu)

Cara Permohonan SUPERB Online 
Semua permohonan SUPERB perlu dihantar melalui portal rasmi SUPERB secara dalam talian di https://superb.teraju.gov.my/. Daftarkan diri dan log masuk profil anda. Isikan permohonan program SUPERB anda dan Ahli Kumpulan (jika ada). Masukkan pautan YouTube video anda. Sila pastikan video anda berada dalam kategori "Unlisted". Sila salin pautan YouTube video anda dan tampal di borang permohonan anda. Semak terma dan syarat dengan teliti. Klik tanda 'tick' pada ruangan disediakan. Klik butang 'Hantar' dan selesai. 

Makluman Penting:

Anda dibenarkan menghantar seberapa banyak idea yang anda mahu. Permohonan akan diluluskan hanya satu sahaja.

Keputusan rasmi permohonan akan dimaklumkan menerusi emel yang berdaftar.

Proses Pemilihan Program SUPERB  Permohonan yang diterima akan disaring dan dinilai berdasarkan potensi, inovasi dan kebolehpasaran produk serta keupayaan perniagaan.

Permohonan yang layak sahaja akan disenarai pendek untuk bersaing di sesi "Business Challenge"
Idea perniagaan yang terpilih akan mara ke separuh akhir dan pemohon akan menjalani sesi "Boot Camp" sebelum melakukan pembentangan di hadapan Jawatankuasa Penilaian SUPERB.

Sekiranya layak ke peringkat akhir, pemohon dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka sekali lagi di hadapan juri profesional.

Untuk makluman lanjut tentang SUPERB, sila layari ke laman web rasmi SUPERB atau emel di [email protected]

Semoga perkongsian Permohonan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) 2020 ini membantu anda dalam proses menyertai dan memenangi geran pembangunan perniagaan SUPERB nanti.

Semoga berjaya!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rujukanniaga.blogspot.com/2020/03/permohonan-skim-permulaan-usahawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 150 hits
Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera Perhatian dan berita baik kepada belia belia di seluruh negara program TUBE telah mula dan boleh membuat permohonan bermula dari 15 Oktober 2020 Latar Belakang Program Tunas Usahawan Be...
5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 226 hits
5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru Mad Unicorn siri mini dari Thailand yang kini trending di Netflix bukan sekadar drama hiburan biasa Ia adalah adaptasi kisah benar di sebalik kejayaan syarikat kurier Thunder Express ...
Kes Telur Masam Michael Ang Selar Usahawan Dijangkiti Herpes Tak Rasa Malu Ke

Kes Telur Masam Michael Ang Selar Usahawan Dijangkiti Herpes Tak Rasa Malu Ke

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 227 hits
Pengarah terkenal Michael Ang selar tindakan seorang usahawan yang berseloroh mengatakan dijangkiti penyakit herpes di mulut disebabkan suaminya Michael Ang selar tindakan usahawan makanan Menerusi hantaran yang dibuat Michael Ang atau bias...
Betulkah Hanya Yang Tidak Ada Rasa Takut Ambil Risiko Sahaja Akan Berhenti Kerja Dan Jadi Usahawan

Betulkah Hanya Yang Tidak Ada Rasa Takut Ambil Risiko Sahaja Akan Berhenti Kerja Dan Jadi Usahawan

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 149 hits
Saya yakin yang anda pernah terbaca atau mendengar ungkapan seperti di bawah tentang menjadi seorang usahawan Kalau nak jadi seorang usahawan perlu berani ambil risiko Saya sering mendengarnya samada sebelum jadi usahawan dulu mahupun sekar...
Azam Baki Dilantik 2020 Oleh Pn Maimun Dilantik 2019 Oleh Ph Fadhli Shaari Hipokrit

Azam Baki Dilantik 2020 Oleh Pn Maimun Dilantik 2019 Oleh Ph Fadhli Shaari Hipokrit

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 106 hits
Sham Ghaz HATI HATI DENGAN MAMAT NI DIA KAKI AUTA TIADA FAKTA Fadhli Shaari pertikai Kerajaan tak sambung Tun Maimun tapi kekalkan Azam Baki Persoalan kami bila pula PAS mula jadi pejuang prinsip Fakta 1 Azam Baki dilantik oleh Perikatan Na...
Lebih Ramai Bukan Bumiputera Akan Masuk Sebagai Ahli Bersekutu Bersatu Pahang Dalam Masa Terdekat Ini

Lebih Ramai Bukan Bumiputera Akan Masuk Sebagai Ahli Bersekutu Bersatu Pahang Dalam Masa Terdekat Ini

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 160 hits
KUANTAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pahang menjangkakan lebih ramai bukan Bumiputera akan menyertai parti itu sebagai ahli bersekutu dalam masa terdekat Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang Datuk Abdul Khalib Abdullah berkata perke...
Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 179 hits
Usahawan tudung terkenal Haliza Maysuri mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dia melayan kucing peliharaannya seperti anak sendiri siap belikan hadiah mewah setiap kali ulang tahun Menurut Haliza kucingnya yang diberi nama Money memp...
Kenapa Usahawan Baru Masih Gagal Buat Duit Online

Kenapa Usahawan Baru Masih Gagal Buat Duit Online

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 203 hits
Kenapa masih ramai yang gagal buat duit online walaupun dah lama terlibat dalam kerja kerja pemasaran atas talian Sebagai penulis advertorial yang dah agak lama menulis untuk pelbagai jenis bisnes saya perasan terdapat satu bentuk pemikiran...
Ya Fikry Cakap Betul Peguam Sahkan Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai

Ya Fikry Cakap Betul Peguam Sahkan Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 165 hits
Peguam mewakili isteri Fikry Ibrahim Siti Khalizah Alihan iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razif memaklumkan anak guamnnya itu telah menarik semula permohonan cerai yang difailkan pada Mei lalu Ya apa yang Fikry cakap semalam adalah
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Why Dr M Was Right About Anwar

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

20 Contoh Menu Snek Sihat Sangat Mudah Disediakan