Kenapa Usahawan Baru Masih Gagal Buat Duit Online


Kenapa masih ramai yang gagal buat duit online walaupun dah lama terlibat dalam kerja-kerja pemasaran atas talian?
 
Sebagai penulis advertorial yang dah agak lama menulis untuk pelbagai jenis bisnes, saya perasan terdapat satu bentuk pemikiran yang begitu ketara.
 
Ramai usahawan, terutamanya yang baru bermula, gagal buat duit online bukan disebabkan produk mereka teruk, tapi sebab ada banyak lubang kecil yang mereka mungkin terlepas pandang.
 
Semua ini secara tak sedar, memberi kesan terhadap cara berfikir dan cara mereka melaksanakan strategi.
 
Hari ini, kebanyakkan dari kita mempunyai akses kepada internet dan tak ada masalah kalau nak online 24 jam sehari.

Tapi sayangnya, aktiviti online kita tu langsung tak berjaya diterjemahkan dalam bentuk pendapatan.
 
Catatan disini hanya sebuah perkongsian pengalaman dan pendapat.
Ia bukannya sebuah fakta mutlak yang langsung tak boleh disanggah.
 
Saya bukan nak judge sesiapa.
Atau nak pukul secara rata.
 
Anda baca dan cuba hadamkan.
Kalau ada manfaat, sila amalkan dalam kehidupan dan rutin perniagaan anda.

 
Kalau anda tak setuju dan berbeza pandangan, pun tak ada masalah.
Saya harap anda sudi kongsikan pandangan anda pula.
Saya pun teringin nak belajar sesuatu yang baru, yang mungkin saya terlepas pandang.
 
Dalam artikel ini, ada satu perbincangan yang ingin saya bawakan.
 
10 Sebab kenapa usawan baru susah nak buat duit online Anda mungkin usahawan yang masih baru.
Tapi saya percaya, anda bukannya seorang yang tak tahu apa-apa.
 
Boleh jadi sebelum ini, anda pernah bekerja makan gaji sama ada disektor awam ataupun syarikat swasta.
 
Tapi disebabkan bidang keusahawan ini adalah bidang yang baru bagi anda, anda mungkin tersilap langkah atau sekadar terlepas pandang.
 
Posting ini, kita akan cuba kenalpasti, apakah kesilapan lazim yang sering dilakukan, dan kita juga akan bincangkan apakah langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki kesilapan tersebut.
 
(1) Tak faham produk sendiri Kalau ada orang bertanya,
“Produk atau perkhidmatan awak ini sebenarnya menyelesaikan masalah apa?” 
 
Adakah anda mampu menjawab pertanyaan tersebut secara spontan dan lancar?

Soalan ini sebenarnya cukup mudah.
Terlalu mudah.
Tapi jangan tak percaya, ada ramai yang tak berjaya nak jawab dengan jelas.
 
Pertama sekali, kenapa anda pilih untuk jual atau promosikan produk anda ini sekarang?
Individu yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan ini sebenarnya ada pelbagai latar belakang dan ragam.
 
Ada yang menjual sesuatu produk sebab ikut-ikut orang lain.
Mungkin seseorang yang dia kenal dan hormati pernah mencadangkan produk tersebut.
 
Sesuatu produk itu juga mungkin dipilih sebab ianya sedang trending, viral, high demand, in season dan banyak lagi.
Pada saya, itu semua hanya jawapan berlapik, yang membawa maksud tersirat, iaitu  “aku jual sebab nak buat duit.”
 
Jawapan itu tak salah pun.
 
Tapi, kalau anda sendiri tak tahu,
Produk tu bagus ke tidak?
Sesuai untuk siapa?
Apa masalah sebenarnya yang ia selesaikan?
 
Ini adalah satu petanda yang anda sebenarnya sedang menjual dalam kegelapan.
 
Kejar untung tak salah.
Nak buat duit pun tak ada masalah.
 
Tapi, ada satu perkara yang kita semua perlu sedar.
Pelanggan pada hari ini semakin bijak.
 
Maklumat dihujung jari.
Mereka boleh semak media sosial.
Mereka boleh cari maklumat dengan bantuan search engine sama ada Google, Bing, Yahoo dan sebagainya.
Mereka juga boleh terus bertanya dengan perisian chatbot AI seperti ChatGPT, Gemini, Grok dan sebagainya.
 
Mereka nak keyakinan dan takut buat kesilapan apabila membuat pembelian.
Kalau posting yang anda hasilkan sekadar iklan kosong, audiens akan terus skip dan abaikan kata-kata anda.
 
Bila anda jelas tentang fungsi dan kekuatan produk yang anda cuba perkenalkan, anda akan lebih yakin apabila menjual, dan pelanggan akan lebih selesa dan percaya pada anda.
 
Apa yang anda patut buat sekarang ini?
Duduk sekejap.
Fikir sedalam-dalamnya.
 
Siapa sebenarnya kumpulan pelanggan yang anda sasarkan?
Apa masalah mereka yang betul-betul mendesak dan memerlukan penyelesaian segera?
… dan bagaimana produk atau perkhidmatan anda ini boleh bantu mereka tanpa perlu nampak macam sedang menjual? 
 
Iklan yang terbaik selalunya bukannya iklan yang nampak terlalu jelas format iklannya.
Iklan yang bagus, datang dalam bentuk perkongsian pengalaman, penceritaan, lontaran pendapat atau penciptaan konten yang berguna.
 
Biar prospek atau audiens anda rasa, eh… posting ini macam untuk aku je.
Masa itulah mereka mula percaya dan lebih terbuka untuk membeli.
 
(2) Anggap asas bisnes tu tak penting Kalau bisnes anda masih baru, jangan tergesa-gesa nak buat iklan.
Lebih-lebih lagi kalau iklan tersebut memerlukan anda mengeluarkan sejumlah modal.
 
Tapi kalau setakat nak buat posting dekat media sosial, atau nak buat konten yang kita siarkan dalam platform kita sendiri, itu tak ada masalah.
Buatlah.
 
Anggap itu sebagai satu proses pembelajaran untuk kita jadi semakin faham tentang produk kita sendiri.
 
Kita kukuhkan dulu kefahaman kita terhadap perniagaan yang kita jalankan, seterusnya barulah kita mula menggunakan pendekatan yang memerlukan kos tertentu.
 
Kenapa iklan tak menjadi?
Kenapa ya, dah buat iklan berbayar tapi masih tetap tak ada jualan yang masuk!
 
Situasi ini selalunya berlaku sebab kita masih belum betul-betul kenal, siapa sebenarnya pelanggan sasaran kita.
 
Anda buat iklan lawa-lawa, tapi tak tahu siapa yang nak tengok iklan tu.
Mungkin anda kata, kawan-kawan dalam friend list anda akan tengok.
 
Itu tak berapa tepat.
Kalau profil mereka tak menepati ciri pelanggan yang patut kita sasarkan, iaitu minat dan masalah yang mereka hadapi tak sama dengan produk yang kita promosikan, ianya masih tetap tak akan berjaya berikan sebarang hasil.
 
Kita sepatutnya tujukan iklan kita kepada target audiens yang betul, barulah jualan akan terhasil.
 
Kemudian, dalam bab asas perniagaan ini juga, kita perlu tahu serba sedikit aspek pengurusan kewangan.
 
Ramai yang seronok bila jualan tinggi, dan duit pun masuk dengan mencurah-curah.
 
Tapi kalau kita masih lagi tak pandai nak bezakan antara untung kasar, untung bersih, apa itu aliran tunai dan perancangan kewangan jangka panjang, semua itu akan memberi kita masalah dikemudian hari.
 
Kalau asas kewangan tak cukup kuat, walaupun banyak jualan yang masuk, bisnes kita masih ada kebarangkalian untuk tersangkut di tengah jalan.
 
Tiba-tiba kita mula dikelilingi hutang, sama ada hutang kad kredit, hutang dengan pembekal dan sebagainya.
Paling teruk, kita boleh jatuh bankrap!
 
Pengurusan kewangan yang cekap inilah yang akan pastikan bisnes anda dapat bertahan untuk satu tempoh masa yang panjang.
Kita bukan sekadar ingin bertahan, sebaliknya kita juga ingin terus berkembang.
 
(3) Tak ada kesabaran nak belajar  Mungkin anda pernah dengar orang merungut macam ni.
“Saya dah buat bisnes ini dua minggu, tapi kenapa masih belum masuk jualan? Nak dapatkan RM1,000 pun susah!”
 
Ini adalah mentaliti biasa bagi ramai orang yang baru nak mula berniaga.
Mereka harapkan untung besar datang bergolek dalam masa yang singkat, seolah-olah bisnes ini macam mesin ATM yang boleh keluarkan duit bila-bila masa yang kita nak.
 
Hakikatnya, dunia bisnes tak semudah itu.
 
Bisnes ini memerlukan proses.
 
Anda perlu bina kepercayaan dengan pelanggan.
Bina kepercayaan ini pula bukannya satu proses yang mudah. Ia mungkin mengambil masa yang agak panjang.
 
Pelanggan perlu percaya dengan syarikat anda.
Pelanggan perlu percaya dengan produk yang anda jual.
Pelanggan juga perlu percaya dengan anda, selaku jurujual.
 
Proses membina jenama dan kepercayaan pelanggan memerlukan kesabaran dan usaha yang konsisten.
Sebab tu, kita mulakan bisnes waktu kita belum terdesak.
 
Bila kita tak terlalu tertekan untuk dapat duit cepat, mindset kita akan lebih tenang.
Kita ada masa yang mencukupi, untuk pelajari mana-mana bahagian yang kita masih lemah atau belum faham sepenuhnya.
 
Dengan ketenangan itulah, tindakan kita akan jadi lebih berstrategi dan tidak terlalu dipengaruhi oleh emosi.
Pelanggan tak beli?
Tenang.
 
Pelanggan tak puas hati dan minta refund?
Bertenang, dan uruskan dengan sebaik mungkin.
 
Jarang ada model perniagaan yang sempurna.
Selalunya akan ada perkara yang kita perlu perbaiki.
 
Kalau ada sesuatu yang kita tak tahu atau belum tahu, carilah masa untuk belajar.
Jangan main serkap jarang atau main langgar je.
 
(4) Terlalu ghairah nak tekan iklan berbayar Iklan berbayar yang saya maksudkan disini ialah iklan seperti
a. FB Ads
b. Youtube Ads
c. Google Ads
d. Tiktok Ads

Tak salah kalau nak pasang iklan berbayar.
Tapi kalau boleh, cuba pastikan dulu yang anda memang ada ilmu berkaitan dengan strategi dan teknik penulisan iklan terlebih dahulu.
 
Pastikan, “anda tak kosong”.
 
Ramai yang fikir, bila run iklan, duit akan masuk secara automatik.
Formula mudahnya, lagi ramai audiens tengok iklan anda, maka lagi ramai yang akan berminat nak beli produk yang anda iklankan.
 
Hakikatnya, kalau anda tak tahu cara tulis ayat iklan, tak faham siapa target sebenar audiens anda.
Anda bukannya beriklan, tapi lebih kepada sedang bakar duit.
 
Saya rasa ini bukan salah anda seratus peratus.
Saya pun tahu, diluar sana memang ada sifu bisnes, atau individu tertentu, yang selalu tunjukkan hasil iklan yang mereka jalankan.
 
Mereka belanjakan RM500, tapi boleh dapat sales hingga RM20,000!
Bagaimana kalau anda cuba buat benda yang sama.
 
Anda kecilkan sedikit risiko.
Kalau sifu belanjakan RM500, kita yang bilis-bilis ini, cuba belanjakan RM100 je dulu.
Manalah tau, kita boleh dapat paling kurang RM4,000
 
Sifu atau individu seperti ini, bila dia buat perkongsian seperti itu, sebenarnya ada sesuatu yang dia nak.
Mungkin dia nak jual ebook.
Dia nak jual kelas, seminar, coaching dan sebagainya.
 
Memang dia tunjuk, yang dia baru belanjakan RM500.
Tapi dia tak tunjuk pun, mana satu template atau ayat iklan yang digunakan.
Apa pula produk yang dijual tu?
 
Silap-silap, RM100 yang anda belanjakan untuk iklan berbayar tu nanti, satu jualan pun tak masuk.
Bila disemak, rupa-rupanya konten iklan anda tunggang langgang.
 
Iklan anda serabut.
Mesej yang anda cuba sampaikan langsung tak jelas.
 
Anda tak fokus kepada satu penyelesaian yang spesifik.
Benda ini selalu berlaku kepada individu yang menjual produk kesihatan.
Atau sebarang produk yang mempunyai lebih dari satu manfaat.
 
Dalam satu iklan tu kalau boleh semua jenis khasiat dia nak masukkan.
 
Selain itu, gaya penyampaian anda mungkin terlalu umum dan tak menyentuh emosi pelanggan.
 
Eh… banyak lagi perkara kalau nak disentuh.
Headline yang anda gunakan mungkin tak menarik.
Sekali imbas, ia langsung tak ada elemen pemikat jualan.
 
Kalau ada disertakan gambar, gambar yang anda gunakan sama ada tak ada kaitan atau langsung tak menarik.
Sekarang ini, di zaman Artificial Intelligence (AI) sepatutnya dah tak ada lagi masalah gambar tak menarik.
 
Kemudian, kita juga perlu lihat dari segi ayat promosi yang digunakan.
Biasanya kita gunakan istilah copywriting.
 
Copywriting yang digunakan tu, tak bolehlah nampak terlalu menjual, sampaikan orang yang baca pun rasa alergik dan terus scroll.
 
Usahawan yang baru, kerap kali menyangka, lagi banyak info lagi bagus.
Tapi ia tak semestinya begitu.
 
Dalam zaman ledakan maklumat seperti sekarang ini, prospek cepat lost bila mesej terlalu laju, dan masuk bercampur-campur.
 
Ayat yang terlalu panjang, especially macam peenulisan blog saya ini, juga berisiko untuk ditinggalkan dan tidak dibaca oleh audiens.
Tapi nak buat macam mana.
Ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan.
 
Mustahil untuk saya terangkan konsep yang agak panjang, dengan hanya menggunakan beberapa patah perkataan.
 
Matlamat saya adalah untuk memberi penerangan supaya ia lebih jelas. Tapi, kalau saya letakkan fokus nak jual sesuatu, saya akan tulis seberapa ringkas yang boleh.
 
Habis tu, sekarang macam mana?
Belajarlah dulu sedikit sebanyak asas copywriting.
Fahamkan konsep funnel.
Kenalpasti perjalanan pelanggan sebelum mereka betul-betul bersedia untuk buat pembelian.
 
Bukan nak minta anda belajar sampai jadi pakar.
Sekurang-kurangnya, anda belajar sampailah satu tahap yang mana anda sendiri tahu dan sedar, apa yang anda sedang lakukan.
 
(5) Masih keliru antara ciri dan manfaat Kalau dalam bahasa Inggerisnya, Features vs Benefits.
 
Ciri-ciri produk ini merujuk kepada “apakah ciri unik yang ada pada produk tersebut“.
Manfaat produk pula adalah “apa yang produk tersebut boleh lakukan untuk pelanggan“.
 
Saya nak berikan contoh, kalau kita menjual produk jam tangan G-Shock.
 
Bila kita nak sebut tentang ciri-ciri jam tangan ini, kita akan nyatakan perkara-perkara seperti
a. Jam tangan diperbuat dari material yang tahan lasak
b. Ada rekaan atau design yang nampak tough
c. Ada pelbagai fungsi selain menentukan waktu
 
Apabila kita nak ceritakan dari segi manfaat pula, kita akan beritahu yang jam tangan ini
a. Jam ini memberikan ketenangan fikiran sebabnya ia tak mudah rosak walaupun ketika melakukan aktiviti lasak
b. G-Shock ada model yang kita boleh yakin dari segi ketepatan waktu kerana ia berhubung dengan menara radio
c. Model G-Shock tertentu beri nilai jangka panjang, terutama yang dikuasakan oleh kuasa solar
 
Bateri tak akan habis dan jam juga tak akan rosak!

Memang hebat jam ini.
 
Sebagai usahawan, yang mungkin nak mula menjual jam tangan jenama G-Shock, boleh pertimbangkan untuk sasarkan golongan yang bekerja dalam suasana yang ekstrem, seperti di pelantar minyak, tapak pembinaan dan sebagainya.
 
Ataupun sasarkan golongan yang gemarkan lakukan aktiviti lasak, seperti mendaki gunung, menyelam dan sebagainya.
 
Apa yang penting, anda tahu bagaimana untuk cerita dari segi ciri dan juga manfaat.
 
(6) Tak ada flow dalam pendekatan menjual Ataupun kita katakan, anda tidak mempunyai funnel jualan yang jelas.
 
Ada orang dia salah sangka, kalau dia bagi diskaun untuk masa terhad, pelanggan akan terus buat pembelian.
Tapi tak semestinya begitu.
 
Ada ramai juga pelanggan yang lepas kita dah bagi diskaun, dia terus senyap dan hilang.
Langsung tak hargai diskaun yang kita beri tu.
 
Ada pelanggan, bila dia baca posting iklan kita, dia kata berminat dan nak buat booking.
Tapi tunggu punya tunggu, dia masih tetap tak buat bayaran.
Hanya berminat, tapi tak buat bayaran.
 
Ada prospek yang tanya panjang lebar mengenai produk yang kita promosikan.
Kita sangkakan, dia berminat nak beli.
Tapi akhirnya dia juga turut senyap.
Kemudian pada satu hari, kita dapat tahu dia dah beli produk yang sama… dari orang lain.
 
Selama ini kita diajar, fast action fast result.
 
Tapi bila kita cuba buat cepat, dengan alasan tak nak buang masa bakal pelanggan dan masa kita, tiba-tiba prospek kita tu terus senyap dan menghilangkan diri.
 
Masalah sebenar?
Boleh jadi anda cuba menjual dengan terlalu cepat.
 
Prospek masih belum faham apa kelebihan dan manfaat kalau beli dari anda.
Atau boleh jadi prospek masih belum betul-betul percaya anda.
Tapi anda dah tergesa-gesa nak minta prospek beli.
 
Zaman sekarang ini, bukannya susah nak cari barang yang kita nak.
Bakal pelanggan boleh beli dari Lazada, Shopee, Tiktok dan banyak lagi.
Setiap satu platform itu juga ada lebih dari seorang penjual.
 
Pelanggan tu tadi tak rugi pun kalau tak beli dari anda.
Tapi anda?
Mungkin sebaliknya.
 
Bayangkan, masa dan tenaga yang dah terbuang dek kerana melayan pertanyaan dia.
Alih-alih dia beli dari orang lain, sebab dia merasakan anda agak menekan-nekan untuk suruh dia beli.
 
Apa yang sebenarnya perlu dilakukan?
Jawapannya adalah bina journey.
Atau flow.
Atau dikenali juga dengan istilah funnel.
 
Kita mulakan dengan membina kesedaran (awareness ).
Bila audiens dah sedar kewujudan kita, barulah mereka boleh buat keputusan sama ada mereka minat (interest) atau tidak dengan konten kita.
Kemudian kita cipta keinginan (desire) pada diri audiens untuk mula mendekati kita. Sama ada kita ajak mereka berinteraksi dengan konten kita, melalui like, share, komen dan sebagainya.
Apabila kita sudah mula mendapat kepercayaan bakal pelanggan, barulah kita mereka untuk bertindak (action) dengan membuat pembelian.
 
Konsep dia, lebih kurang sama macam yang dibincangkan dalam Jurus Pemikat Jualan.

Apa itu funnel?
Bayangkan sebuah corong yang besar.
 
Dekat mulut corong yang besar itu, adalah tempat dimana audiens yang anda sasarkan mula masuk. Bukan semua orang yang masuk dalam corong tersebut, akan meneruskan perjalanan hingga ke pintu yang bawah.
 
Ada yang terhenti dipertengahan, kerana merasakan tawaran anda kurang relevan dengan kemahuan dan juga keperluan mereka.

Akhirnya nanti, individu yang keluar melalui mulut corong yang kecil itu nanti, itulah yang akan jadi pelanggan anda.
 
Konsep funnel ini bukan hanya terpakai dalam bidang jualan semata-mata.
Bagi mereka yang mungkin ada terfikir nak jadi social media influencer, sebenarnya boleh dapat manfaat kalau faham konsep funnel yang kita bincangkan disini.
 
Untuk model influencer marketing, pertamanya kita akan bina jenama peribadi (personal brand) dan dari situ kita akan mula membina pengaruh.
 
Ianya tak jauh berbeza.
 
i. Awareness
Kita wujudkan kesedaran terhadap kewujudan kita melalui kandungan yang kita hasilkan.
Tak kisahlah sama ada kandungan dalam bentuk artikel ataupun video.
 
ii. Interest
Kita fokus untuk hasilkan konten yang menarik dan bermanfaat.
Dari situ kita cuba tarik minat orang lain untuk mula mengikuti perkongsian yang biasa kita lakukan di media sosial.
 
iii. Consideration / Desire
Audiens kita akan mula memberi interaksi terhadap kandungan yang anda hasilkan.
Mereka akan mula tekan like, mungkin ada yang akan mula komen.
 
iv. Action
Seterusnya mereka akan mula menjadi pengikut setia.
Mereka mula rasa kenal dan dekat dengan diri anda.
 
Jadi kalau matlamat anda bukanlah semata-mata nak buat jualan, sebenarnya strategi funnel ini masih tetap berkesan.
Anda hanya perlu sesuaikan mengikut keadaan dan situasi anda.
 
(7) Cepat give-up dengan rejection Anda dah buat iklan dan posting yang cukup gempak, lengkap dengan formula copywriting yang cukup perisa… tapi… sale tetap sendu.
 
Dalam dunia online marketing, video marketing ataupun social media marketing, biasanya kita tak nampak secara berdepan, pelanggan kata tidak atau tak minat dengan tawaran kita.
 
Kita tak nampak atau dengar mereka tolak tawaran kita.
Tapi kita tahu yang kita kena reject, bila mereka selalu abaikan apa yang kita tawarkan.
Rejection yang kita perlu hadapi majoritinya adalah dalam bentuk macam tu.
 
Ini kitaran biasa yang usahawan lalui.
a. Buat iklan, posting ataupun konten.
b. Tak ada view dan enggagement
c. Tak ada sales
d. Rasa kecewa
e. Terus berhenti
 
Kalau anda dalam situasi macam ni, bertenang.
Sabar dulu.
Jangan terus mengalah, sebabnya anda tidak keseorangan.
Bukan anda seorang yang rasa dan lalui semua itu.
 
Kita lihat dari sudut yang positif.
Bila anda kena reject, atau iklan anda tak menjadi, umpan anda tak mengena, itu bukan bermaksud anda telah gagal sepenuhnya.
Anggaplah ini sebagai satu petanda, yang anda perlu ubah dan perbaiki sesuatu dalam strategi yang anda gunakan.
 
Penolakkan ini adalah lumrah.
Ia sebahagian daripada perniagaan. Lagi cepat kita terima hakikat, lagi mudah untuk kita bergerak ke hadapan.
 
Kalau kita anggap, setiap kali kita buat posting, iklan atau konten, terus orang tak sabar-sabar nak beli, maka bisnes ini cukup senang.
Dah tentu ramai yang senang-senang jadi kaya.
 
(8) Nak untung, tapi tak nak melabur Pernah tak dengar ayat macam ni?
“Saya nak buat bisnes, tapi saya tak nak keluar modal. Ada yang free tak?” 
 
Modal RM300, tapi potensi pendapatan yang boleh dihasilkan adalah sehingga RM10,000 setiap bulan.
Kemudian ada seorang ini kata,
“Kalau macam tu, boleh pinjamkan saya RM300 tu? Nanti bila dah dapat RM10,000 setiap bulan tu, saya bayarlah balik.” 
 
Kalau anda merupakan salah seorang yang berfikiran macam tu, sebenarnya lebih baik anda fikirkan semula realiti sebenar bidang perniagaan.
 
Takut kalau-kalau kefahaman anda berbeza, dengan apa yang sepatutnya.
 
Saya tak nafikan.
Memang seronok kalau semua benda kita boleh dapat secara percuma.
 
Nak ilmu bisnes?
Boleh dapat percuma.
Boleh baca blog, tengok Youtube ataupun tanya pada ChatGPT, Gemini, dan sebagainya.
 
Orang jual ebook panduan ataupun kelas berbayar.
Semua itu anda pandang sepi sahaja.
 
Bisnes bukannya suatu magik yang boleh hasilkan duit dengan sekelip mata tanpa perlu usaha dan pelaburan.
Ia adalah sebuah perjalanan yang memerlukan komitmen dan pelaburan.
 
Pelaburan yang dimaksudkan disini, bukannya terhad setakat duit semata-mata.
Memanglah duit tu penting, tapi bila kita katakan pelaburan ia juga datang dalam bentuk yang lain.
 
Pelaburan dari segi masa.
Pelaburan dari segi tenaga.
Pelaburan dari segi komitmen.
 
Kalau saya dengar ayat macam yang nombor dua tu,
“kalau betul bisnes ni boleh berikan untung sampai ribu-ribu ringgit, pinjamkanlah dulu duit modal tu. Nanti dah untung saya bayarlah balik…” 
 
Kita automatik tau, yang dia langsung tak minat nak buat bisnes.
Orang macam ini, memang biasanya tak akan komited terhadap bisnes yang dijalankan.
 
Sebab bisnes ini bukan semata-mata tentang letak duit dan tunggu duit tu berkembang sendiri.
 
Konsep letak duit dan tunggu pulangan ini lebih kepada konsep pelaburan.
Kadang-kadang kesilapan ini berpunca daripada orang yang memperkenalkan sesuatu bisnes itu kepada kita.
 
Saya anggap ini sebagai, orang tak faham bisnes cuba perkenalkan bisnes kepada orang lain yang juga tak faham bisnes.
Habis tertukar, istilah “perniagaan” dengan istilah “pelaburan”.
 
(9) Obses sangat dengan cara mudah Kita semua sukakan jalan pintas, kan?
Ada cara mudah, buat apa nak buat kerja susah-susah. Betul tak?
 
Saya rasa jalan pintas ini bagus, dengan syarat kita memang tahu jalan jauh, atau jalan biasa yang kita perlu tuju.
Kita pilih jalan pintas, sebab nak mudah dan nak cepat … tapi selamat.
Yang jadi masalah, bila kita cuma tahu jalan pintas, tanpa kita ketahui jalan yang biasa.
 
Kalau dalam konteks perniagaan, ada ke tidak shortcut atau cara mudah untuk melakukan sesuatu?
Pada saya, jawapannya memang ada.
 
Anda rasa susah nak buat marketing dan tak ada masa nak cipta konten?
Cara mudah, anda dapatkan khidmat freelancer atau pekerja sepenuh masa untuk bantu anda buat kerja-kerja tersebut.
 
Anda tak pandai nak bina ayat iklan, copywriting dan sebagainya?
Senang je.
Boleh laburkan sedikit duit untuk beli koleksi ayat skrip jualan dan template iklan.
 
Ataupun pada hari ini, boleh minta bantuan perisian AI untuk tolong fikirkan.
Sudah tentu, anda perlu tahu menggunakan prompt yang betul untuk boleh gunakan perisian tersebut tanpa sebarang masalah.
 
Shortcut ini sebenarnya hanya berkesan untuk orang yang dah tahu jalan.
Mereka dah berpengalaman dalam dunia bisnes, dan sekurang-kurangnya mereka tahu asas perniagaan, pernah rasa fasa kejatuhan dalam dunia perniagaan, barulah mereka ini dapat manfaatkan dengan menggunakan shortcut dengan lebih berkesan.
 
Untuk usahawan yang baru bermula, sebaik-baiknya anda hentikanlah mencari cara mudah, jalan pintas dan sebagainya.
Bimbang anda dijadikan sasaran mudah scammer nanti.
 
Sepatutnya pada peringkat masih baru ini, kita cuba cari ilmu yang betul, yang dapat mengajar kita cara menjalankan sesebuah perniagaan dengan lebih bersistematik.
 
Kita belajar dari asas.
Fahamkan setiap langkah yang perlu dilakukan dan seterusnya kita praktikkan secara konsisten.
 
Pada peringkat permulaan, memang kita akan rasa semua ini lambat.
Tapi anda tak pernah ke dengar kata bidalan, biar lambat asalkan selamat.
 
(10) Banyak cakap, tapi tak ada tindakan Kita semua ada impian.
Kita nak bisnes yang bakal kita jalankan itu maju dan terus berkembang.
Kita mahukan pendapatan yang lumayan.
Kita nak capai status bebas dari segi kewangan.
 
Setiap perniagaan yang berjaya, ia bermula dengan satu cetusan idea.
Dari situ, kita mula kembangkan idea tersebut menjadi satu strategi lalu membentuk pelan tindakan yang boleh dilaksanakan.

Sekarang ini pelan tindakan pun dah ada.
Apa seterusnya?
Ya.
Tindakan.
 
Ini satu masalah yang biasa dihadapi oleh mereka yang masih baru.
Mereka tersangkut dekat fasa tindakan.
 
Mereka bukannya tak tahu apa yang perlu dibuat.
Cuma meraka tak buat.
 
Kenapa boleh jadi macam ni?
Boleh jadi ada macam-macam perkara.
 
Pertama, kita fikir terlalu besar, sampai rasa susah sangat nak mula.
Kedua, kita takut buat silap. Bila kita buat silap, orang akan nampak kelemahan kita dan seterusnya orang akan mula bercakap hal yang tak elok pasal diri kita.
Ketiga, kita mungkin nak tunggu semuanya dah sedia dan sempurna. Kita rasa macam kita perlu sediakan semua benda dan tunggu persediaan betul-betul sempurna, baru nak mula.
 
Akhirnya, idea tinggal idea.
Semangat dan motivasi sebelum ini mula pudar.
Kita sendiri yang bunuh impian kita, tanpa kita bagi peluang untuk ia berkembang.
 
Sepatutnya, apa yang kita perlu lakukan?
Jawapan saya, jangan tunggu esok atau lusa.
Tak perlu bertangguh.
 
Mulakan dengan langkah kecil tapi konsisten.
Sebagai contoh, hari ini kita cuba tulis satu konten ringkas untuk mula mempromosikan produk atau servis kita.
 
Tak perlu sempurna.
Kalau orang tak layan posting kita pun tak apa.
 
Apa yang lebih penting sebenarnya, ada sesuatu yang kita siarkan.
 
Tindakan kecil ini, memang nampak remeh.
Tapi bila kita buat setiap hari, ia akan mula membina momentum.
 
Dari satu konten, ia berkembang menjadi 10, 100 dan seterusnya beribu-ribu konten.
Konten dalam blog saya ini juga lebih kurang sama.
Ia bermula dengan hanya satu konten.
Sekarang ini, kalau anda semak dibahagian arkib blog ini, anda akan dapati ada seribu lebih artikel telah saya siarkan.
 
Tapi itu semua merupakan hasil kerja bertahun-tahun lamanya.
Bukannya pada hari pertama buat blog, saya terus ada artikel sebanyak itu.
 
Kesimpulan Saya rasa cukup panjang perbincangan kita kali ini.
 
Nasihat saya disini, saya juga tujukan pada diri saya sendiri.
Jika anda merasakan apa yang saya kongsikan disini ada manfaatnya, silalah praktikkan untuk kegunaan anda sendiri.
 
 
The post Kenapa Usahawan Baru masih Gagal buat duit online? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/kenapa-gagal-buat-duit-online/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 217 hits
5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru Mad Unicorn siri mini dari Thailand yang kini trending di Netflix bukan sekadar drama hiburan biasa Ia adalah adaptasi kisah benar di sebalik kejayaan syarikat kurier Thunder Express ...
Dah Lama Cuba Hamil Tapi Gagal Mungkin Pcos Tapi Masih Ada Harapan

Dah Lama Cuba Hamil Tapi Gagal Mungkin Pcos Tapi Masih Ada Harapan

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 163 hits
Ramai wanita tak sedar mereka mungkin menghidap PCOS satu keadaan hormon tak seimbang yang selalu buatkan haid jadi kucar kacir jerawat tak surut surut berat badan susah turun dan yang paling meresahkan susah nak hamil Tapi jangan terus giv...
Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 199 hits
Artikel dan keseluruhan portal media asing Asia Sentinel yang sebelum ini terkenal sebagai penyokong kuat Pakatan Harapan kini telah disekat oleh kerajaan Madani termasuk artikel terbaharunya yang ditulis oleh bekas ketua pengarang Hong Kon...
Pas Mahu Tunjuk Pandai Urus Ekonomi Tapi Negeri Sendiri Pun Gagal

Pas Mahu Tunjuk Pandai Urus Ekonomi Tapi Negeri Sendiri Pun Gagal

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 128 hits
SITI NUR ZAWANINaib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar membidas tindakan Pas yang cuba tunjuk pandai dalam hal ekonomi negara sedangkan pentadbiran di negeri negeri yang dikuasai mereka pun masih dibelenggu pelbagai masalah asas Katanya Pas ...
Hiburan Gagal Bayar Pinjaman Persahabatan Rm5 28 Juta Jovian Mandagie Diisytihar Muflis

Hiburan Gagal Bayar Pinjaman Persahabatan Rm5 28 Juta Jovian Mandagie Diisytihar Muflis

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 143 hits
Kerana gagal membayar pinjaman persahabatan daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan berjumlah RM5 28 juta Mahkamah Tinggi mengisytiharkan pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie muflis Menurut Harian Metro keputusan
Mana Sg4 Jangan Kata Negara Teduk Jika Kamu Gagal Di Sg4

Mana Sg4 Jangan Kata Negara Teduk Jika Kamu Gagal Di Sg4

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 114 hits
DATA TAK PERNAH TIPU NAK MUNDUR PILIH PN PAS MELINGKUP LA Mana SG4 Lepas tu sembang ekonomi malaysia tak bagus ekonomi negeri sendiri pun hidup segan mati tak mauLepas tu senang nak ambil selangor dengan tukar alamat mengundiCamni nak bagi ...
Pru 16 Mca Sedia Bertanding Gunakan Lambang Sendiri Jika Rundingan Agihan Kerusi Dalam Gabungan Gagal

Pru 16 Mca Sedia Bertanding Gunakan Lambang Sendiri Jika Rundingan Agihan Kerusi Dalam Gabungan Gagal

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 124 hits
KUANTAN Anggota MCA tidak perlu gusar akan peluang parti itu untuk bertanding sekiranya rundingan kerusi dalam gabungan tidak membuahkan hasil Ini kerana parti itu bersedia menggunakan lambang sendiri dalam pilihan raya Setiausaha Agung MCA...
Lakonan Saya Teruk Termasuk D P The Penthouse Choo Youngwoo Akui Pernah 100 Kali Gagal Uji Bakat Lakonan

Lakonan Saya Teruk Termasuk D P The Penthouse Choo Youngwoo Akui Pernah 100 Kali Gagal Uji Bakat Lakonan

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 180 hits
Bukan senang kan untuk Choo Young woo berada di mana dia berada sekarang sebagai seorang pelakon Artikel Berkaitan Baru baru ini Choo Young woo telah tampil dalam program You Quiz on the Block di mana dia sempat membuka cerita tentang kesuk...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Research To Reality Encouraging Innovation For Sustainability At Qassim University

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Join The Movement Global Initiative Launches For World Brain Day 2025

Tak Sepadan Dengan Teaser Ketua Penerangan Pas Sindir Pengumuman Pmx Biasa Sahaja

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

Mb Kedah Sanusi Nor Kata Dia Belum Sedia Jadi Naib Presiden Pas