Permohonan Semakan Senarai Program Latihan Sip Plus 2020
PERMOHONAN & SEMAKAN SENARAI PROGRAM LATIHAN SIP PLUS 2020
APA ITU PROGRAM LATIHAN SIP PLUS 2020
Program Latihan SIP Plus dikhususkan kepada orang berinsurans yang telah berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan(SIP) dan disahkan kehilangan pekerjaan oleh PERKESO
Program latihan dikendalikan oleh Penyedia Latihan yang dilantik oleh PERKESO.Pelbagai jenis kursus yang ditawakan termasuk kursus secara atas talian.
Terma dan syarat ini adalah terpakai kepada Orang Berinsurans yang telah berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan disahkan kehilangan pekerjaan oleh PERKESO untuk mengikuti kursus latihan oleh Penyedia Latihan yang telah dilantik oleh PERKESO tertakluk kepada perubahan terma dan syarat dari masa ke semasa.
BACA : BANTUAN INTERIM TUNAI RM600 SEBULAN BAGI PEKERJA HILANG PEKERJAAN
JUMLAH ELAUN KURSUS SEHARI
Elaun latihan sebanyak RM30 sehari
JENIS-JENIS KURSUS
Kemahiran Insaniah
Teknologi Maklumat
Keselamatan &Kesihatan Pekerjaan
Kewangan
Hospitaliti & Pengurusan
INFO BERKAITAN KURSUS LATIHAN
Waktu latihan 9:00 pagi hingga 5 petang
SENARAI KURSUS LATIHAN VAKASIONAL EIS PERKESO
Anda boleh semak senarai kursus latihan yang disediakan disini.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN SIP PLUS
Untuk permohonan kursus, sila layari www.perkeso.gov.my
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN SIP PLUS
Muat turun disini.
CARA ISI BORANG PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN SIP PLUS
Borang permohonan latihan yang lengkap hendaklah diisi dan dikemukakan oleh Orang Berinsurans dengan diperakukan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO dan seterusnya diemelkan ke:
[email protected].
Borang permohonan latihan ini terbahagi kepada beberapa bahagian utama. Berikut adalah bahagian yang perlu dilengkapkan :
MAKLUMAT ORANG BERINSURANS
BUTIR-BUTIR LATIHAN VOKASIONAL (Kod Kursus,Nama Kursus,Tempoh Bulan/Hari,Nama Penyedia Latihan,Senarai Pekerjaan yang diminati)
PERAKUAN ORANG BERINSURANS
Saya mengakui bahawa maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan berjanji akan mematuhi semua syarat dan garis panduan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan arahan yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh PERKESO dari masa ke semasa. Saya juga memahami bahawa, PERKESO boleh menggantung bayaran insentif latihan ini pada bila-bila masa sekiranya didapati terdapat pemalsuan ataupun didapati tidak menjalani kursus dengan sebaiknya.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk sebarang pertayaan, sila emel
[email protected]
Atau hubungi 03-80915167/5150/5146
The post PERMOHONAN & SEMAKAN SENARAI PROGRAM LATIHAN SIP PLUS 2020 appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/permohonan-semakan-senarai-program-latihan-sip-plus-2020.html