Permohonan Sekolah Khusus 2025


Semakan Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2025 / 2026 (PKSK)
INFO KPM: Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Ogos 2024. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian.
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sekolah Menengah Teknik (SMT) Kolej Vokasional (KV) Maktab Tentera Diraja (MTD) Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan info semakan kemasukan ke Sekolah_Khusus bagi sesi 2025 / 2026 yang diumumkan oleh KPM.
Apakah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)? PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Apakah Sekolah Khusus? SEKOLAH BERASRAMA PENUH (STEM)
Pelaksanaan kurikulum di SBP (STEM) adalah untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Murid juga digalakkan untuk meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum sedia ada.
Di SBP ini, menawarkan mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Murid juga akan mengikuti mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Geografi, Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi. Di Samping itu, murid juga akan wajib mengikuti satu (1) mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis dan Bahasa Korea yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing.
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA)
Pelaksanaan kurikulum di SBP (Agama) adalah bertujuan untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Kurikulum di SBP (Agama) ini juga akan memberi pendedahan kepada murid untuk sentiasa membawa diri ke arah pemantapan iman, pemikiran logik, dan pembentukan disiplin diri yang terpuji. Semua murid juga diharap mampu membina akal dan fikiran ke tahap Mujadalah Wa Mubahasah.
SBP (Agama) ini menawarkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, dan Pendidikan Islam. Manakala bagi mata pelajaran wajib yang ditawarkan adalah seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Geografi, Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi serta Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik. Di samping itu, murid juga akan mengikuti satu (1) mata pelajaran tambahan yang wajib iaitu Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran tambahan pilihan iaitu Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman atau Bahasa Perancis yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing.
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PAKEJ TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)
Matlamat utama pelaksanaan TMUA di SBP adalah untuk melahirkan golongan profesional, teknokrat dan usahawan hafiz yang mengamalkan ajaran islam (mutadayyin) dan memiliki pelbagai kemahiran ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Pelaksanaan TMUA dia SBP diharap dapat melahirkan modal insan yang :
i. Menghafaz 30 juzuk Al-Quran;
ii. Profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, berketrampilan, berwibawa dan berkepemimpinan;
iii. Memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif; dan
iv. Boleh menjalinkan hubungan dengan Allah Taala, sesama manusia dengan kejadian alam berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Program TMUA ini menawarkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam. Mata pelajaran wajib yang akan murid ikuti ialah Hifz Al-Quran, Maharat Al-Quran, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi serta Pendidikan Seni. Di samping itu, murid juga akan diwajibkan mengikuti mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman atau Bahasa Perancis yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) – ALIRAN AGAMA
Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. SMKA telah berkembang kepada 50 buah sekolah sehingga kini.
Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini beberapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baharu.
Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Allahyarham Dato Haji Mohamed Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.
Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.
Kebanyakan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) misalnya mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang lengkap. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyarakat semasa.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) – TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA)
Berdasarkan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, Kementerian Pelajaran Malaysia komited di dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya di dalam pasaran kerja berteraskan nilai Islam yang kukuh. Pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah mengumumkan Model Pendidikan Islam Ulul Albab diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014.
Idea yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia II, YB Datuk Seri Idris bin Jusoh ini mula dilaksanakan secara rasminya di SMK Agama Kuala Lumpur bermula pada 16 Januari 2014 dengan pengambilan pertama seramai 150 orang murid dan 15 orang guru. TMUA merupakan gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Program Ulul Albab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.
Sehingga tahun 2022, TMUA telah berkembang pelaksanaannya kepada 11 buah sekolah di SMKA dan 4 buah sekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Maklumat lanjut:
SBP : https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/info_sbp.cfm SMKA : https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/info_smka.cfm Pilihan Pakej Matapelajaran Pilihan pakej mata pelajaran adalah seperti berikut:
Jenis Sekolah KhususPakej Mata Pelajaran yang ditawarkanSekolah Berasrama Penuh (SBP)Sains
Agama
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Agama
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Syarat Permohonan Sekolah Khusus / PKSK 2025 Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia Mendaftar dalam sistem APDM KPM Murid Tahun 6 Tahun Sesi 2024 Berumur 12 tahun atau Lahir pada 2 Januari 2012 – 1 Januari 2013 Murid Tingkatan 3 Sesi 2024 Berumur 15 tahun atau Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010 Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian. Pemohon dikehendaki mengisi dan menyemak semua MAKLUMAT yang diperlukan BETUL dan TEPAT. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA). Tarikh Penting Permohonan Sekolah Khusus / PKSK Tarikh permohonan PKSK 2023 bagi sesi kemasukan 2024 / 2025 telah diumumkan oleh KPM seperti berikut:
Sehubungan dengan itu, PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
Pentaksiran adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Tingkatan 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos – 8 September 2024 Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 13 September – 17 Oktober 2024 Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 13 September – 3 Oktober 2024 Cara Permohonan Sekolah Khusus 2025 Permohonan untuk kemasukan boleh di akses secara online melalui:
Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my Tingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Panduan asas permohonan adalah seperti berikut:
Mohon maklumat PBD yang terkini daripada Guru Kelas Murid Kemaskini maklumat di SPATKPM, iaitu Modul Pengurusan Murid* (jika perlu) Mengisi permohonan dan memastikan medan wajib telah diisi Cetak borang permohonan yang telah lengkap sebagai rujukan Modul Pengurusan Murid merupakan satu sistem yang menyimpan maklumat murid yang bersekolah di bawah Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) dan Sekolah Swasta yang menggunakannya.
Maklumat lanjut, sila rujuk : https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/panduan.cfm
Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2025 Pendaftaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 adalah pada sekitar bulan Mac 2025 bagi ambilan pertama.
Tarikh Rayuan Bagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Sila rujuk: Rayuan Sekolah_Khusus 2024 & Tarikh Pendaftaran Online
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah_Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): https://www.moe.gov.my/
Permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan semakan pusat pentaksiran boleh dilakukan di pautan berikut:
Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/ Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-sekolah-khusus-sbp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-sekolah-khusus-sbp

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Karangan Pksk Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Contoh Karangan Pksk Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 92 hits
Bagi adik adik tahun enam atau tingkatan tiga yang bakal menjalani Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus berikut merupakan panduan penulisan dan contoh karangan buat panduan anda Untuk mengetahui lebih lagi tentang pksk dan penulisan karanga...
Konvensyen Kebangsaan Program Transformasi Sekolah 2025 Kali Ke 4 Tahun 2 Pertukaran 4th Kalinya

Konvensyen Kebangsaan Program Transformasi Sekolah 2025 Kali Ke 4 Tahun 2 Pertukaran 4th Kalinya

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 138 hits
Konvensyen Kebangsaan Program Transformasi Sekolah 2025 Kali Ke 4 Tahun 2024 The post Konvensyen Kebangsaan Program Transformasi Sekolah 2025 Kali Ke 4 Tahun 2 Pertukaran 4th Kalinya appeared first on
Permohonan Sbp 2025 Tingkatan 1 4 Syarat Dan Cara Mohon

Permohonan Sbp 2025 Tingkatan 1 4 Syarat Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 153 hits
Adakah anda berminat untuk mengettahui cara permohonan SBP bagi tahun 2025 Sekolah Berasrama Penu atau singkaannya SBP merupakan salah satu sebuah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia selain Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Seko...
Princeton Milano Junior Diaper Bag Direka Khusus Untuk Memudahkan Modern Parents Bawa Barang Baby

Princeton Milano Junior Diaper Bag Direka Khusus Untuk Memudahkan Modern Parents Bawa Barang Baby

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum Asalnya beli nak bagi kat Huwainaa last last mama pakai pergi office Princeton Milano Junior Diaper Bag tgh hot skrg nie tau Princeton Milano Junior Diaper Bag direka khusus untuk memudahkan modern parents bawa barang baby n...
Yb Fadlina Cuba Tengok Tengok Apa Pencapaian Sekolah Pengetua Ini

Yb Fadlina Cuba Tengok Tengok Apa Pencapaian Sekolah Pengetua Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 91 hits
M FAIRUL AL QASAS Dasyat betul level pengetua ni Tak reti guna otak kah untuk berfikir analisis isu Desa HMKalau Pengetua sekolah otak hanya mampu berfikir setara ni bayangkan bagaimana anak anak murid Sewenang wenangnya dihasut dengan peny...
Bendera Pusaka Bakal Disimpan Pada Ruang Khusus Di Istana Negara Ikn

Bendera Pusaka Bakal Disimpan Pada Ruang Khusus Di Istana Negara Ikn

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 83 hits
Bendera pusaka dan naskah proklamasi akan dibawa oleh Pasukan Pengibar Bendera Pusaka tahun 2023
Dukung Maju Pilgub Sulsel Kaesang Beri Pesan Khusus Ini Kepada Adik Mentan Amran Sulaiman

Dukung Maju Pilgub Sulsel Kaesang Beri Pesan Khusus Ini Kepada Adik Mentan Amran Sulaiman

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 128 hits
Kaesang menyebut rekomendasi dukungan kepada Andi Sudirman Fatmawati diberikan karena meyakini kedua pasangan tersebut pasti menang
Duduk Perkara Ahli Waris Segel Sd Inpres Di Makassar Usai Menang Gugatan Berujung Siswa Tak Bisa Ke Sekolah

Duduk Perkara Ahli Waris Segel Sd Inpres Di Makassar Usai Menang Gugatan Berujung Siswa Tak Bisa Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 132 hits
Penutupan SD Inpres Pajjaiang dilakukan hingga tiga hari karena menunggu hasil perundingan antar ahli waris
Prabowo Gibran Diminta Bentuk Kementerian Khusus Haji Mengurai Permasalahan Umat

Prabowo Gibran Diminta Bentuk Kementerian Khusus Haji Mengurai Permasalahan Umat

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 149 hits
Kementerian Khusus Haji diyakini mampu menjawab permasalahan yang selama ini terjadi tiap musim haji
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash