Contoh Karangan Pksk Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
Bagi adik-adik tahun enam atau tingkatan tiga yang bakal menjalani Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), berikut merupakan panduan penulisan dan contoh karangan buat panduan anda.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang pksk dan penulisan karangan yang baik, pastikan anda terus membaca sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu PKSK?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Format Ujian PKSK
Untuk pengetahuan calon yang bakal menjalani PKSK ini, ujian ini terbahagi kepada tiga (3) komponen penting iaitu:
Bahagian A : Kecerdasan Insaniah – 20%
Bahagian B : Kecerdasan Intelek -70%
Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%
Pada bahagian C calon perlu memilih salah satu tajuk daripada tiga tajuk yang diberikan. Calon tingkatan satu perlu menulis karangan minima 100 patah perkataan, manakala, calon tingkatan empat perlu menulis minima 250 patah perkataan.
Setiap calon yang menduduki ujian PKSK ini akan diberikan tempoh selama 45 minit untuk menulis karangan tersebut. Jadi pastikan anda menggunakan masa anda dengan baik.
Struktur Karangan PKSK
Struktur karangan bagi ujian PKSK ini adalah sama seperti struktur karangan yang telah dipelajari oleh calon di sekolah, iaitu:
Pendahuluan/Pengenalan
Pendahuluan/pengenalan ditulis untuk memperkenalkan secara umum berkaitan tajuk karangan.
Pendahuluan/pengenalan ditulis secara ringkas dan umum melibatkan tiga sehingga ayat sahaja.
Karangan yang baik adalah apabila penulis mampu memberikan pendahuluan/penganalan yang menarik.
Isi
Isi merupakan elemen penting dalam karangan kerana ia menjawab persoalan yang diberikan.
Isi perlu disusun secara teratur dan saling berkait antara satu sama lain.
Setiap isi mestilah ditulis dalam bentuk perenggan.
Isi utama mestilah didahulukan dan kemudiannya disertai dengan isi-isi yang lain.
Penutup
Penutup menjadi kesimpulan atau rumusan sesuatu karangan.
Murid boleh memberikan pendapat sendiri secara umum di bahagian penutup mengenai tajuk karangan.
Baca Karangan Bahasa Melayu: Format & Contoh Karangan untuk ketahui lebih lagi.
Contoh Soalan Karangan PKSK
Berikut merupakan antara contoh-contoh soalan karangan yang akan diberikan sewaktu ujian PKSK nanti:
Bagaimana cara untuk mencegah Covid-19?
Bagaimana cara untuk menyesuaikan diri dalam norma baharu Covid-19?
Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah siber dalam kalangan remaja?
Apakah aktiviti anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Ceritakan pengalaman anda belajar secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Bagaimana untuk terus hidup sekiranya anda terdampar di sebuah pulau yang tiada penghuni?
Bagaimana didikan agama boleh mengurangkan masalah sosial?
Bagaimana hubungan keluarga boleh mengurangkan masalah sosial?
Bagimana pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan masalah sosial?
Pengurusan diri di asrama
Bagi anda yang ingin mendapatkan buku persediaan menghadapi ujian PKSK, anda boleh klik Di Sini.
Contoh Karangan PKSK
Berikut merupakan beberapa contoh karangan yang baik, yang boleh anda jadikan panduan dalam penulisan anda nanti.
KaranganDownload
Anda juga boleh mendapatkan isi dan contoh penulisan karangan di artikel di bawah:
Langkah Mengatasi Jenayah Siber: Isi Penting & Contoh Karangan
Karangan Kesan Pencemaran Udara
Karangan Kesan Pembuangan Sisa Domestik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/contoh-karangan-pksk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=contoh-karangan-pksk