Permohonan Rumah Selangorku Projek Terkini


PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU (Semakan Status & Projek Terkini) Kepada warga penduduk Selangor yang ingin memiliki rumah sendiri, anda boleh cuba membuat permohonan Rumah Selangorku yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan bagi tahun 2023, semoga membantu.
APA ITU RUMAH SELANGORKU Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang direka untuk menyokong golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk orang Selangor. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga yang layak dalam negeri tu.
Di bawah skim ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya. Ia dikendalikan  oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi perumahan negeri itu sendiri.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RUMAH SELANGORKU Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon :
Berumur lebih dari 18 tahun Warganegara Malaysia Penduduk Selangor Belum lagi memiliki hartanah Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000 Satu permohonan saja untuk setiap isi rumah Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon CARIAN PROJEK HARTANAH TERKINI RUMAH SELANGORKU Nak tengok projek terkini Rumah Selangorku?Pemohon boleh menyemak senarai projek  yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
PROSES PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU Anda ingin memohon? Ketahui semua proses-proses berkaitannya;
Pendaftaran Pengguna Pengguna boleh melayari portal dan mendaftar sebagai pengguna. Hantar Permohonan Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan. Proses Kelulusan Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa. Muat Naik Dokumen Muat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan. Surat Tawaran Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman. Pindah Ke Kediaman Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan. Kepada yang ingin buat permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit hendaklah buat PENDAFTARAN SPRN(TEDUH) terlebih dahulu
DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN RUMAH SELANGORKU Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:
Salinan kad identiti Sijil lahir anak-anak/tanggungan (jika berkenaan) Salinan Sijil Perkahwinan atau dokumentasi yang serupa (jika berkaitan) Surat Pengesahan dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah untuk pemohon bekerja sendiri (jika berkenaan) Slip gaji, penyata bank, atau pengesahan pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah (jika berkenaan) Akuan berkanun dari Pesuruhjaya Sumpah untuk pasangan tidak bekerja (jika berkenaan) Penyata KWSP/EPF (jika berkenaan) Salinan bil utiliti Permohonan Baru Program Rumah Mesra Rakyat(RMR) atas talian(online) kini dibuka dan diaktifkan.
SENARAI HARGA & JENIS RUMAH SELANGORKU Jenis unit dan saiz rumah yang ada pada Rumah Selangorku terdiri daripada pelbagai pilihan, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan pemohon masing-masing.
Umumnya, harga rumah di bawah skim ini adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST. Ia juga bergantung kepada
Jenis, Keluasan (antara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.) lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan. GARIS PANDUAN PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki. Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim. Hanya permohonan yang lengkap sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Sekiranya status pemohon telah Ditawarkan Rumah, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya: Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan; Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan; Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin; Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri; Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja; Penyata KWSP (jika ada); dan Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status Senarai Menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU. CARA DAFTAR RUMAH SELANGORKU Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS iaitu:
Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS https://ehartanah.lphs.gov.my/ Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku. Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS  https://ehartanah.lphs.gov.my CARA LOG MASUK RUMAH SELANGORKU Selepas daftar, anda boleh log masuk  menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
CARA PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU Pemohon boleh membuat permohonan secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS belum dibuka. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU Berikut adalah cara buat semakan status permohonan:
Pergi ke laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/index.php?opt=stcheck_idcheck Pilih tab ‘Semak Status’ Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan. Klik butang ‘Semak’ Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Permohonan Berjaya / Tidak Berjaya Proses pemilihan adalah berdasarkan sistem merit. PERMOHANAN TIDAK BERJAYA RUMAH SELANGORKU Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad. Jika permohonan tidak berjaya, pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun. PERMOHONAN BERJAYA RUMAH SELANGORKU Pemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon. Pemohon perlu mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS. Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya. Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun. SOALAN LAZIM RUMAH SELANGORKU Cara buat permohonan atau menyemak status permohonan?
Sila log masuk untuk membuat permohonan atau menyemak status dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan anda pada ruangan tersedia dan menekan butang (LOG MASUK). Saya pernah buat pendaftaran,bagaimana cara log masuk?
Bagi pengguna yang telah berdaftar pada sistem sebelum ini, sila log masuk menggunakan kata laluan yang sama. Sila pastikan yang kata laluan anda sentiasa selamat dan tidak dikongsi dengan pihak lain serta menukarnya dari semasa ke semasa bagi menentukan akaun anda tidak digodam dan butiran diri anda tidak disalahgunakan oleh pihak ketiga. Bagaimana jika saya terluka kata laluan?
Jika anda terlupa kata laluan anda, anda boleh klik pada `Lupa Kata Laluan?` dan kata laluan anda akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan sebelum ini. Sekiranya anda masih mengalami masalah, sila hubungi atau hadir di kaunter khidmat pelanggan LPHS bagi mendapatkan bantuan.. MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN Sebarang pertanyaan mengenai skim ini sila hubungi LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke [email protected], [email protected]
ARTIKEL LAIN
RUMAH SELANGORKU 3.0 (Permohonan & Harga Dua Tiga Empat Bilik)
The post PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU Projek Terkini appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/permohonan-rumah-selangorku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiasan Rumah Selangorku 750 Kaki Persegi Dalam Gaya Minimalis

Hiasan Rumah Selangorku 750 Kaki Persegi Dalam Gaya Minimalis

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 188 hits
Minimalist deco Rumah Selangorku 750sf Simple2 deco je sebab ruang yang kecil especially ruang dapur Janji sedap mata memandang kan Hitam putih pilihan hati Kredit Amy Nur Fadzielah The post appeared first on
Titah Adendum Menteri Besar Pahang Sokong Permohonan Datuk Seri Najib Razak Isu Tahanan Rumah

Titah Adendum Menteri Besar Pahang Sokong Permohonan Datuk Seri Najib Razak Isu Tahanan Rumah

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Menteri Besar Pahang memfailkan afidavit menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan perintah tambahan dikatakan telah diperkenan oleh Yang di Pertuan Agong Ke 16...
Laksana Segera Tahanan Rumah Jika Benar Wujud Titah Najib

Laksana Segera Tahanan Rumah Jika Benar Wujud Titah Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 208 hits
Datuk Seri Najib Razak tidak bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Yang di Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1Malaysia Development Berhad dihadapi bekas Pe...
Anwar Cadangkan Pertimbang Tahanan Rumah Najib Hanya Selepas Kes 1mdb Selesai

Anwar Cadangkan Pertimbang Tahanan Rumah Najib Hanya Selepas Kes 1mdb Selesai

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 217 hits
Jika Agong meminta nasihat saya saya akan berkata Tuanku lalui proses itu Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan Yang di Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak selepas kes 1Malaysia Development...
Macam Muzium Seni Gantung Lukisan Harga Rm3 4 Juta Peminat Terkejut Lihat Saiz Rumah Jisoo Blackpink

Macam Muzium Seni Gantung Lukisan Harga Rm3 4 Juta Peminat Terkejut Lihat Saiz Rumah Jisoo Blackpink

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 111 hits
Ji soo BLACKPINK telah mendedahkan hiasan dalam rumahnya Artikel Berkaitan Beberapa hari yang lalu Ji soo BLACKPINK telah memuat naik beberapa keping gambarnya di media sosial Antara salah satu gambar yang dikongsi ialah gambar yang menunju...
Saya Datang Rumah Kang Dongwon Taeyeon Girls Generation Ditebak Sedang Bercinta

Saya Datang Rumah Kang Dongwon Taeyeon Girls Generation Ditebak Sedang Bercinta

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 157 hits
Kang Dong won muncul di rancangan radio MBC untuk mempromosikan filemnya The Plot Artikel Berkaitan Semasa rancangan itu DJ Kim Shin young menyebut Taeyeon bukan jenis yang sering muncul di rancangan radio Tetapi ketika dia muncul di sini d...
Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 321 hits
PERSATUAN PENGGIAT SENIREKA BARANG KEMAS adalah satu badan NGO di bawah KOPERASI NORRAS BERHAD Di mana PERSEKA akan mengadakan satu majlis untuk menghimpunkan ke semua pereka pemakai juga petukang barang kemas tidak kira orang perseorangan ...
Berbanding Bincang Soal Tahanan Rumah Najib Kabinet Lebih Perlu Iktiraf Pandangan Pmx Sebagai Pendirian Rasmi Kerajaan

Berbanding Bincang Soal Tahanan Rumah Najib Kabinet Lebih Perlu Iktiraf Pandangan Pmx Sebagai Pendirian Rasmi Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 201 hits
Susulan pandangan Anwar Ibrahim bahawa tahanan rumah kepada Najib Razak hanya patut dipertimbangkan selepas semua kes mahkamah berkaitan 1MDB yang sedang dihadapinya selesai Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan mungkin ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa