Permohonan Rayuan Haji Berikut Contoh Surat Rayuan



Atas permintaan ramai, di sini saya kongsikan surat rayuan untuk pergi haji yang saya hantar kepada Tabung Haji. Surat ini sekadar panduan sahaja ya. Banyak lagi contoh-contoh lain di Google. Surat saya ringkas saja.
Saya juga baru sahaja telefon Tabung Haji. Katanya rayuan belum dibuka lagi. Insyallah November 2017 baru dibuka bagi permohonan untuk tahun 2018.
Ada yang viral kata sudah dibuka untuk rayuan, itu TIDAK BENAR. Janganlah hantar surat sekarang. Memang tak akan dilayan. Sia-sia saja. Tunggu November nanti. Itu pun lebih baik telefon dulu Tabung Haji untuk sahkan semula ya.
Tempoh Tabung Haji akan terima surat rayuan kita biasanya bermula November sehingga bulan Rejab sahaja.
Contoh Kepala Surat Permohonan Rayuan Haji

Taiplah surat seperti ini. Bila surat dah siap, bolehlah pos kepada alamat seperti di dalam surat saya ini.
Atau hantar by hand terus ke cawangan Tabung Haji yang terdekat dengan korang. Saya hantar sendiri lebih puas hati. Kejap je hantar surat ni. Tak lama pun.
Surat ini saya TIDAK sertakan sekali dengan salinan kad pengenalan atau salinan buku simpanan Tabung Haji. HANYA SURAT SEMATA-MATA.
Jika ingin rayu bersama suami, buat 2 surat.
Saya cuma hantar sekali sahaja iaitu bulan Disember. Selepas itu saya tak ada hantar surat lagi. Bulan-bulan berikutnya saya hanya follow up by call. Setiap bulan saya call sampai operator tu kata, “Puan,puan tak perlu call dah ya. Puan tunggu je kami call puan. Kalau sampai raya ni tak ada panggilan, tak adalah tu. Puan cuba lagi tahun depan.”
Alhamdulillah. 2 minggu lepas raya dapat panggilan haji.
Contoh Rayuan dan Alasan

 
Fikirkan alasan yang munasabah dan jangan MENIPU alasan.
Kita nak pergi buat benda baikkan? Jadi tak baik pula kita mulakan perjalanan kita dengan tabiat yang tak baik. Sebab ada orang yang mereka-reka alasan.
Saya tak ada alasan yang kukuh. Jadi saya taip saja saya nak pergi awal sementara sihat dan muda. Kawan-kawan pun boleh taip macamtu kalau rasa tak ada alasan lain dah.
Antara alasan-alasan lain (boleh masuk sekali jika berkaitan) :
1. Ikut suami / ayah / abang / adik lelaki
Dalam kes ni, suami / ayah / abang / adik lelaki telah mendapat tawaran haji. Jadi jika kita ini isteri / anak perempuan / adik-beradik perempuan, kita cakaplah yang kita nak ikut mahram kita untuk pergi haji. Kita tak de mahram lain yang lebih sesuai. Untuk pergi haji, wanita WAJIB pergi bersama mahramnya iaitu samada suami / ayah / abang / adik lelaki.
2. Ingin menjaga ibu / ayah ada masalah kesihatan.
Jika ibu / ayah sudah pun dapat tawaran haji dan mereka ada masalah kesihatan, korang tulislah nak ikut sekali sebab nak jaga ibu ayah yang ada masalah kesihatan.
3. Sudah pergi kursus haji.
Andaikata sebelum ini korang pernah pergi kursus haji, sertakan sekali dalam tu. Jadi nampaklah yang korang usaha bersungguh-sungguh nak pergi haji. Macam saya,tak sempat pun nak pergi kursus haji. Tu yang tak letak dalam surat.
4. Ingin mengandung tahun berikutnya.
Ada juga saya baca orang buat alasan ni. Logik jugakan? Cakaplah anak-anak pun dah boleh berdikari dan korang merancang untuk mengandung pada tahun berikutnya. Jadi tahun 2018 memang nak sangat untuk pergi haji.
5. Ada plan lain pada tahun-tahun berikutnya.
Contohnya korang plan nak sambung belajar ke, jadi mohon nak pergi haji segera supaya urusan belajar korang nanti tak tergendala.
Ini antara cadangan alasan sahaja. Boleh tambah alasan lain jika mahu. Jika ini surat rayuan suami isteri, bahagian tandatangan bawah sekali suami dan isteri tandangan sekali ya.
Doa dan solat hajat
Selain hantar surat, usahakan dengan berdoa bersungguh-sungguh. Lebih cun kalau dapat tahajud dan buat solat hajat setiap malam.
Ustaz saya pernah cakap, “kalau kita tak tahajud setiap malam maksudnya KITA BELUM BETUL-BETUL NAK BENDA TU.”
Kita tak serius. Kita takat nak di mulut sahaja. Tapi dalam hati masih main-main atau ragu-ragu.
Yakinlah. Allah makbulkan doa kita. Walau pada kita rasa mustahil, benda tu pada Allah alahai kacang je. Buanglah perasaan kita yang risaukan banyak perkara yang membataskan hak kita padaNya.
DIA sayang kita. DIA pasti akan mudahkan kita.
Saya doakan kawan-kawan semua dijemput dengan mudah dan mulia oleh Allah swt untuk menunaikan haji dengan segera dan sihat. Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu rakan-rakan dalam usaha untuk melakukan ibadah haji.
Sumber: Siera Haiyi
Maklumat Lanjut Permohonan Rayuan Haji
Surat permohonan rayuan haji yang telah lengkap ditulis berserta bukti dokumen boleh terus dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui ;
Cawangan Pejabat Tabung Haji atau ; Email ke [email protected] Sekiranya anda ada persoalan lanjut tentang permohonan rayuan haji, anda boleh terus menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) di talian 03 6207 1919
The post Permohonan Rayuan Haji, Berikut Contoh Surat Rayuan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/permohonan-rayuan-haji-berikut-contoh-surat-rayuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fuziah Tiada Lagi Kuota Khas Surat Sokongan Tunai Haji

Fuziah Tiada Lagi Kuota Khas Surat Sokongan Tunai Haji

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 407 hits
Fuziah berkata pemberian surat sokongan untuk memudahkan permohonan mengerjakan haji juga dihentikan KUANTAN Amalan pemberian kuota kepada menteri dan Ahli Parlimen serta surat sokongan untuk mengerjakan haji telah pun dihentikan mulai musi...
Permohonan Tahfiz Ke Tingkatan 1 Di Sma Dato Haji Tan Ahmad Bagi Sesi 2019

Permohonan Tahfiz Ke Tingkatan 1 Di Sma Dato Haji Tan Ahmad Bagi Sesi 2019

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 1421 hits
JOM MASUK KE SEK MEN AGAMA DATO HAJI TAN AHMADPermohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 bagi aliran Tahfiz di SMA Dato Haji Tan Ahmad mulai pada Cara Untuk Membuat Permohonan 1 Mengisi borang permohonan secara online di 2 Menunggu hebahan temudug...
Seleweng Dana Tabung Haji Asyraf Wajdi Pergi Mana Soal Armada Bersatu

Seleweng Dana Tabung Haji Asyraf Wajdi Pergi Mana Soal Armada Bersatu

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 861 hits
Menteri menteri yang bertanggung jawab terhadap Tabung Haji Dato Seri Jamil Khir Baharom dan Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki Foto MalaysiaDatelineAngkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMN...
Laporan Tabung Haji Palsukan Buku Akaun

Laporan Tabung Haji Palsukan Buku Akaun

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 518 hits
Diterbitkan 2 Dis 2018 9 36 malamLembaga Tabung Haji didakwa memalsukan buku akaun untuk menunjukkan prestasi yang baik untuk mewajarkan pembayaran dividen 6 25 peratus yang diumumkan menjelang pilihan raya umum ke 14 sudah dibuat lapor Sin...
Pemuda Umno Sokong Polis Siasat Penyelewengan Bod Tabung Haji

Pemuda Umno Sokong Polis Siasat Penyelewengan Bod Tabung Haji

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 493 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO mendesak pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh pihak Tabung Haji terhadap bekas pengurusan kanan institusi kewangan Islam itu Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi...
Pas Sambut Baik Siasatan Kes Tabung Haji

Pas Sambut Baik Siasatan Kes Tabung Haji

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 421 hits
Diterbitkan 2 Dis 2018 5 29 petangPAS menyambut baik sekiranya salah guna kuasa atau kes rasuah dilaporkan dan disiasat demi mengembalikan integriti negara kata timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim PAS j...
Report Tabung Haji Cooked Books To Justify Pre Ge14 Dividend Payment

Report Tabung Haji Cooked Books To Justify Pre Ge14 Dividend Payment

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 399 hits
Lembaga Tabung Haji allegedly cooked its books to justify paying a dividend of up to 6 25 percent ahead of the 14th general election according to a report by Singapore s Straits Times The report quoted a senior official as saying that Tabun...
Tabung Haji Kekurangan Rm4 Bilion Wang Pendeposit

Tabung Haji Kekurangan Rm4 Bilion Wang Pendeposit

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 525 hits
KUALA LUMPUR Tabung Haji kekurangan RM4 bilion wang pendeposit berbanding asetnya sejak tahun 2017 menurut laporan Sunday Times Angka tersebut dipetik media Singapura itu melalui penyata kewangan TH bagi tahun 2016 Laporan itu mendakwa jura...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025

Subsidi Yuran Kanak Kanak Autisme 2025 Semakan Permohonan