Permohonan Pismp Ipg Kemasukan 2023
PERMOHONAN PISMP IPG KEMASUKAN 2023 (Untuk Menjadi Seorang Guru)
Kepada calon lepasan SPM tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan dan memilih kerjaya sebagai guru,boleh buat permohonan IPG online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi ambilan tahun 2022
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Tahun 2023 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Ia adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing!
APA ITU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)?
Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
TARIKH PERMOHONAN PISMP IPG ONLINE
Permohonan IPG Online (PISMP) dibuka mulai:
Fasa 1: 15 Mac sehingga 15 April 2023
Fasa 2: Akan Dikemaskini Kemudian
Nota: Bagi calon yang memohon PISMP FASA 2 dan yang belum menduduki e-UKCG FASA 1 ialah pada (Akan Dikemaskini Kemudian).
SYARAT KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN PISMP IPG
Berikut merupakan syarat kelayakan asas yang diperlukan:
Warganegara Malaysia.
Umur tidak melebihi 20 tahun
Sihat tubuh badan.
Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut: BM, Sejarah dan BI
Menenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan*
*Syarat-syarat bidang pengkhususan untuk permohonan IPG online boleh dilihat di iklan
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON IPG ONLINE PISMP
Berikut adalah calon yang tidak layak memohon:
Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
SENARAI PENGKHUSUSAN PISMP IPG
Berikut adalah merupakan senarai pengkhususan mengikut katagori sekolah iaitu:
SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
Bahasa Melayu PendidikanRendah
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
Pendidikan Rendah (TESL)
Pendidikan Awal KanakKanak
Sejarah Pendidikan Rendah 3.1.9 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Rendah
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
Bimbingan dan Kaunseling
Sejarah Pendidikan Rendah
Sains Pendidikan Rendah
Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Rendah
Bahasa Cina Pendidikan
Rendah
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
Sejarah Pendidikan Rendah
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
Matematik Pendidikan Rendah
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
CARA PERMOHONAN PISMP IPG ONLINE
Layari Laman Sesawang PISMP
Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Di SINI
Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM
Sila Rujuk Panduan Permohonan IPG Online 2023
Sebelum membuat permohonan, sila baca maklumat iklan selengkapnya.
Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang kalendar aktiviti (Lampiran B)
Kemaskini Maklumat Permohonan
Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
Sila Hantar & Sahkan Permohonan
Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
PROSEDUR PERMOHONAN PISMP IPG ONLINE
Berikut adalah ringkasan prosedur kemasukan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) IPG KPM.
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan
Temu Duga
Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.
VKF
Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.
Pemilihan
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
Semua keputusan adalah muktamad.
Penawaran
Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.
PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.
TARIKH PENTING PISMP IPG ONLINE 2023
Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM:
BIL
AKTIVITI
TARIKH
1
Permohonan
15 Mac – 15 April 2023
2
Pelaksanaan e-UKCG
Akan Dikemaskini
3
Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP
Akan Dikemaskini
4
Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)
(Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP)
Akan Dikemaskini
5
Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF)
Akan Dikemaskini
6
Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)
Akan Dikemaskini
7
Keputusan tawaran Pengajian ke IPG
Akan Dikemaskini
8
Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus
Akan Dikemaskini
NOTA: Tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.
SEMAKAN TAWARAN PISMP IPG
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Keputusan tawaran pengajian ke IPGM akan diumumkan pada (Akan Dikeasmikini Kemudian) melalui https://pismp.moe.gov.my
SOALAN LAZIM (FAQ) PISMP IPG
Silak rujuk pautan soalan lazim DI SINI
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika perlukan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online PISMP:
Sila hubungi nombor telefon berikut:
03-8312 6768/6693/6731/6769
Alamat surat-menyurat:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1,63000 CYBERJAYA, SELANGOR (u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
Sila dapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui:
Facebook Institut Pendidikan Guru KPM
Portal Rasmi. Layari https://ipg.edu.my/pismp
Artikel Lain
CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG:FORMAT TERBARU & TERKINI e-UKCG
The post PERMOHONAN PISMP IPG KEMASUKAN 2023 (Untuk Menjadi Seorang Guru) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/pismp-ipg.html