Permohonan Pismp Fasa 2


PERMOHONAN PISMP FASA 2 (LULUSAN SPM 2019 2020 & 2021)

Kepada calon lepasan SPM tahun 2019, 2020 dan 2021 yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan  dan memilih kerjaya sebagai guru,boleh buat permohonan IPG online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi ambilan tahun 2022
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Ia adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing!
 
APA ITU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)?
Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
 
TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022
Permohonan IPG Online (PISMP) dibuka mulai:
Fasa 1: 15 Mac sehingga 15 April 2022 Fasa 2: 01 Jun sehingga 10 Jun 2022 Nota: Bagi calon yang memohon PISMP FASA 2 dan yang belum menduduki e-UKCG FASA 1 ialah pada 13 Jun 2022.
 
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022
Berikut merupakan syarat kelayakan asas yang diperlukan:
Warganegara Malaysia. Umur tidak melebihi 20 tahun Sihat tubuh badan. Aktif dalam kegiatan kokurikulum. Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut: BM, Sejarah dan BI Menenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan* *Syarat-syarat bidang pengkhususan untuk permohonan IPG online boleh dilihat di iklan
 
CARA PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022
Layari Laman Sesawang PISMP Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Di SINI Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM Sila Rujuk Panduan Permohonan IPG Online 2022 Sebelum membuat permohonan, sila baca maklumat iklan selengkapnya. Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang kalendar aktiviti (Lampiran B)  Kemaskini Maklumat Permohonan Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.  Sila Hantar & Sahkan Permohonan Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.  
PROSEDUR PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022
Berikut adalah ringkasan prosedur kemasukan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) IPG KPM.
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B. Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan. Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan Temu Duga
Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan. Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang. Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan. VKF
Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi. Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri. Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan. Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG. Pemilihan
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM Semua keputusan adalah muktamad. Penawaran
Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.
 
PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.  
TARIKH PENTING IPG ONLINE PISMP 2022
Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh  penting yang ditetapkan oleh KPM:
BIL AKTIVITI TARIKH 1 Permohonan 15 Mac – 15 April 2022 2 Pelaksanaan e-UKCG 20 – 29 April 2022 3 Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP 20 – 22 Jun 2022 4 Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)
(Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP) 28 Jun – 3 Julai 2022 5 Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF) 3 Julai 2022 6 Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) 3 – 8 Julai 2022 7 Keputusan tawaran Pengajian ke IPG 16 Julai 2022 8 Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus 7 – 8 Ogos 2022 NOTA: Tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.
 
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON IPG ONLINE PISMP 2022
Berikut adalah calon yang tidak layak memohon:
Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.  
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika perlukan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online PISMP,sila hubungi nombor telefon berikut:
03-8312 6768/6693/6731/6769
Alamat surat-menyurat:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1,63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
Sila dapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.
Layari https://ipg.edu.my/pismp untuk info lanjut
 
Artikel Lain
CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG 2022:FORMAT TERBARU & TERKINI e-UKCG
 
The post PERMOHONAN PISMP FASA 2 (LULUSAN SPM 2019 2020 & 2021) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/pismp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Kemasukan Fasa 2 Ke Kolej Matrikulasi Kpm Dan Ipg 2022 2023

Permohonan Kemasukan Fasa 2 Ke Kolej Matrikulasi Kpm Dan Ipg 2022 2023

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 225 hits
Permohonan Kemasukan ke Insititut Pendidikan Guru dan Kolej Matriuklasi untuk Fasa Kedua bagi ambilan 2022 2023 terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 Permohonan boleh dilakukan secara atas talian bermula pada 1 Jun se...
Permohonan Ke Mrsm 2023

Permohonan Ke Mrsm 2023

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 322 hits
Sebak pula hantar anak ke program macam ni Hati ibu kan mudah tersentuh Ramai ibu ayah yang semangat nak bagi anak pelajaran terbaik Sanggup berhabis demi anak Semoga usaha ibu ayah dan anak akan membuahkan hasil yang baik Masih belum terla...
Permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran Ipt Maij 2022

Permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran Ipt Maij 2022

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 292 hits
PERMOHONAN SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT MAIJ 2022 Kepada warga pelajar khususnya warga Johor yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi dalam negara kini Majlis Agama Islam Johor telah membuka permohonan Skim Bantuan Zakat Pendafta...
Mahkamah Rayuan Menolak Permohonan Ibu Jamaluddin Jarjis Kemuka Keterangan Lanjut

Mahkamah Rayuan Menolak Permohonan Ibu Jamaluddin Jarjis Kemuka Keterangan Lanjut

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 108 hits
PUTRAJAYA Ibu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengemukakan keterangan lanjut dalam rayuannya berhubung saman sivil untuk memasukkan saham syarikat sebagai sebahagian dar...
The Colours Of Life Bersemuka Fasa 1 Permulaan The Straits Hotel Melaka

The Colours Of Life Bersemuka Fasa 1 Permulaan The Straits Hotel Melaka

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 197 hits
The Colours of Life Bersemuka Fasa 1 Permulaan The Straits Hotel Melaka Ni juga adalah satu terobek Starting pada kami semua secara bersemuka Memang sangat ketat Macam macam prosedur yang perlu dipatuhi Lawatan Pemantauan Ujian kendiri The ...
Lagi Gah Lagi Meriah Ame 2021 Anugerah Pertama Malaysia Dalam Fasa Endemik

Lagi Gah Lagi Meriah Ame 2021 Anugerah Pertama Malaysia Dalam Fasa Endemik

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 231 hits
Acara yang dinanti nantikan Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan atau AME 2021 yang bertemakan busana Glam Legend dengan tagline YangFreshYangLegend bakal menemui para penonton pada 29 Mei secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Pu...
Ekonomi Negara Tunjuk Pertumbuhan Positif Selepas Fasa Peralihan Ke Endemik Kata Pm

Ekonomi Negara Tunjuk Pertumbuhan Positif Selepas Fasa Peralihan Ke Endemik Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 201 hits
Ekonomi negara tunjuk pertumbuhan positif selepas Fasa Peralihan ke Endemik kata PM Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan
Jumlah Bayaran Bkm Fasa 2 2022

Jumlah Bayaran Bkm Fasa 2 2022

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 250 hits
Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan hampir 8 juta penerima BKM akan menerima manfaat pada hujung bulan Mac dengan impikasi kewangan berjumlah RM8 2 bilion ringgit BKM telah ditambah baik daripada bantuan tunai langsung sebelum ini...
I Biaya Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk Golongan B40 2022

I Biaya Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk Golongan B40 2022

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Inisiatif pembiayaan perumahan Malaysia dikenali sebagai i Biaya yang akan dilancarkan Khamis ini menggariskan matlamat meningkatkan pemilikan kediaman terutama dalam kalangan golongan B40 M40 dan pekerja sektor tidak formal Ia...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba