Permohonan Najib Tangguh Prosiding Saman Lhdn Ditolak


KUALA LUMPUR, 28 FEB: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menangguhkan prosiding saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadapnya untuk membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion sementara menunggu rayuan berhubung taksiran cukai kepada LHDN.
Hakim Datuk Ahmad Bache memutuskan bahawa agak pramatang untuk menangguhkan prosiding pada peringkat awal kerana belum ada penghakiman (oleh mahkamah).
“Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, mahkamah mendapati defendan (Najib) tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menangguhkan prosiding.
“Defendan telah gagal untuk membuktikan kewujudan keadaan khusus atau istimewa yang dapat memuaskan hati mahkamah ini,” katanya.
Dalam penghakimannya, beliau berkata jumlah tuntutan yang besar tidak dianggap sebagai satu keadaan khusus atau istimewa.
“Sekiranya mahkamah membenarkan penangguhan prosiding, ia akan memberi impak yang besar kepada proses mendapatkan kembali cukai. Penangguhan itu sekiranya dibenarkan, akan menjejaskan asas keseluruhan undang-undang mendapatkan kembali cukai seperti yang termaktub dalam Seksyen 103 dan Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Malah cukai boleh dibayar secara ansuran. Cukai hendaklah dibayar terlebih dahulu, sebarang wang boleh dikembalikan oleh Ketua Pengarah LHDN kemudian. Oleh itu, permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding ditolak dengan kos RM15,000,” kata hakim itu.
Ahmad Bache berkata mahkamah berpendapat kebimbangan defendan bahawa beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen hanyalah spekulasi semata-mata dan tanpa asas yang sah.
“Berkaitan isu risiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen berikutan potensi prosiding kebankrapan, mahkamah ini bersetuju dengan LHDN bahawa hujah itu adalah tidak lebih daripada sekadar satu kebimbangan,” katanya.
Beliau berkata bekas perdana menteri itu tidak menunjukkan bukti yang meyakinkan bagi membuktikan ketidakupayaan LHDN untuk memberi pampasan.
Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee mewakili Najib manakala LHDN diwakili peguam kanan Norhisham Ahmad.
Pada 8 Ogos tahun lepas, Najib memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding saman oleh LHDN yang menuntut beliau membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion sementara menunggu rayuannya berhubung taksiran cukai kepada LHDN selesai.
Bagaimanapun, LHDN dalam afidavit sokongannya berkata Najib masih perlu membayar jumlah RM1.69 bilion itu walaupun beliau telah memfailkan rayuan berhubung taksiran cukai itu.
Penolong Pengarah Unit Pemantauan LHDN Hisyamuddin Mohd Hassan, dalam afidavit sokongannya berkata menurut Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, semua cukai yang ditaksir perlu dibayar pada hari notis taksiran diserahkan, sama ada orang itu mengemukakan rayuan atau sebaliknya berhubung taksiran cukai.
Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN, menyaman ahli Parlimen Pekan itu dan menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/permohonan-najib-tangguh-prosiding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Guan Eng Tak Saman Najib Dan Wee Ka Siong

Kenapa Guan Eng Tak Saman Najib Dan Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 300 hits
Najib Tun Razak Saya bongkar lagi cara Guan Eng main propaganda dan wayang Tahun lalu dia failkan saman fitnah terhadap RPK di Malaysia kerana dakwa RPK telah memfitnah dia tentang skandal terowong Pulau Pinang Oleh kerana RPK sudah lama be...
Bicara Src Tangguh Najib Mengadap Istana Negara

Bicara Src Tangguh Najib Mengadap Istana Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan bersambung hari ini ditangguhkan esok Ia berikutan Najib perlu hadir ...
Mahkamah Rayuan Benar Prosiding Komital Lokman Tangguh

Mahkamah Rayuan Benar Prosiding Komital Lokman Tangguh

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 290 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini membenarkan prosiding komital bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam yang dijadualkan minggu depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan sementara menunggu rayuannya...
Pemeriksaan Atas Barang Ds Najib Yang Di Rampas Ph Minta Tangguh Lagi Apa Yang Cuba Di Sembunyikan

Pemeriksaan Atas Barang Ds Najib Yang Di Rampas Ph Minta Tangguh Lagi Apa Yang Cuba Di Sembunyikan

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 365 hits
Selepas PRU 14 pada bulan Mei 2018 Kerajaan Pakatan Harapan melalui PDRM telah menyerbu dan menyelongkar kediaman mantan Perdana Menteri DS Najib Dalam serbuan tersebut PDRM telah merampas barang barang yang didakwa oleh Ketua Jabatan Siasa...
Alorsetar Berang Permohonan Bantuan Ditolak Lelaki Bakar Bilal Masjid

Alorsetar Berang Permohonan Bantuan Ditolak Lelaki Bakar Bilal Masjid

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 373 hits
Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian yang mengakibatkan seorang bilal di Masjid Al Hasanah Taman Rakyat melecur di beberapa bahagian badan selepas disimbah minyak sebelum dibakar awal pagi tadi Ketua Polis...
Demand Abolition Of Felda Debts Najib Tells Settlers

Demand Abolition Of Felda Debts Najib Tells Settlers

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 163 hits
Former prime minister Najib Razak speaking about Felda settlers debts last night PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak has urged Felda settlers to demand that Pakatan Harapan meet its election promise to abolish their debts owed t...
Najib Tanya Kerajaan Ph Bila Nak Bayar Hutang Peneroka

Najib Tanya Kerajaan Ph Bila Nak Bayar Hutang Peneroka

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 325 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Najib Razak hari ini mempersoal bilakah kerajaan Pakatan Harapan akan menunaikan janji untuk melangsaikan hutang peneroka Felda sejak peralihan kuasa kerajaan 2 tahun lepas Katanya beliau sudah menghitung...
Court Allows For More Time For Najib Family To Inspect Seized Items

Court Allows For More Time For Najib Family To Inspect Seized Items

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 335 hits
The High Court here today allowed an application by the prosecution in a forfeiture suit against former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his family for an extension of time to allow the defendants to examine items allegedly lin...
Kertas Putih Ph Tipu Peneroka Sila Tunjukkan Bukti Bn Rompak Duit Felda Bidas Najib

Kertas Putih Ph Tipu Peneroka Sila Tunjukkan Bukti Bn Rompak Duit Felda Bidas Najib

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 269 hits
Tolong tunjukkan bahagian mana yang kata Barisan Nasional rompak duit RM8 bilion FELDA seperti didakwa Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14 Soal bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Katanya kertas putih FEL...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi