Kertas Putih Ph Tipu Peneroka Sila Tunjukkan Bukti Bn Rompak Duit Felda Bidas Najib




Tolong tunjukkan bahagian mana yang kata Barisan Nasional (BN) rompak duit RM8 bilion FELDA seperti didakwa Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)? Soal bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Katanya, kertas putih FELDA menjelaskan bahawa bahagian besar hutang RM8 bilion FELDA sebenarnya dipinjam semula kepada 84,388 peneroka FELDA (muka surat 17-19) untuk pembesaran rumah, Skim Insentif Usahawan, Institusi Pengajian Tinggi, komputer dan penanaman semula.
“Kertas putih juga jelaskan bahawa bahagian besar wang diperolehi oleh FELDA dari penyenaraian FGV adalah dibayar kepada peneroka, koperasi peneroka, sumbangan kepada negeri, Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka dan sebagainya (muka surat 28), namun PH gelar bayaran-bayaran ini adalah “penggunaan tidak produktif” dalam kertas putih mereka.
“Kongsi keuntungan dengan peneroka pun digelar penggunaan tidak produktif ke? Soal Najib dalam satu hantaran di Facebook.
Najib yang juga bekas Menteri Kewangan turut melampirkan pautan kertas putih serta laporan forensik FELDA yang dibuat oleh kerajaan PH itu (klik di sini).
Ulas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, pada bulan April tahun lepas, FELDA diarahkan untuk membuat laporan polis terhadapnya bahawa beliau telah menipu wang FELDA untuk membeli syarikat ladang Indonesia Eagle High Plantation sehingga mereka mengalami kerugian besar.
“Masa itu, saya dedahkan sebahagian dari kertas putih Felda ini untuk bela diri.
“Tetapi kerajaan PH amat marah kerana saya telah menbongkarkan penipuan mereka sehingga mahu ambil tindakan saya dalam Dewan Rakyat,” ujarnya lagi.
Sekarang tambahnya, rakyat boleh baca keseluruhan kertas putih ini tentang pembelian Eagle High.
“Bukan wang FELDA yang digunakan untuk membeli EHP tetapi pinjaman dari Kementerian Kewangan dengan kadar faedah kos bon kerajaan + 0.15% (sekitar 3.5% + 0.15%) untuk tempoh 7 tahun.
“Terdapat ‘Put Option’ dalam perjanjian pembelian di mana FELDA boleh mendapat semula pelaburan dan keuntungan dengan kadar faedah 6% setahun selepas 5 tahun jika tidak mahu teruskan untuk memiliki saham Eagle High.
“Ini bermakna ianya bukan wang FELDA yang digunakan dan FELDA akan tetap untung dengan pembelian ini kerana pulangan dari ‘Put Option’ itu adalah lebih tinggi berbanding dengan kos pinjaman FELDA dari kerajaan. Oleh kerana ‘Put Option’ ini, harga saham EHP masa dibeli tidak penting,” jelasnya.
Dengan itu, tanya Najib lagi di manakah bahagian dalam kertas putih tersebut yang menyatakan beliau menipu duit FELDA dan FELDA rugi kerana membeli Eagle High.
“Sebab itu, laporan polis FELDA pada bulan April 2019 itu tidak ke mana.
“Sebab itu juga, PH amat takut untuk tunaikan janji manifesto mereka untuk melaksanakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk FELDA setelah bertahun-tahun tuduh BN merompak dan menyeleweng FELDA,” tempelaknya lagi.
Bagaimanapun tambah Najib, Tan Sri Isa Samad telah didakwa menerima rasuah RM3 juta (bukan berbilion-bilion) dalam kes FELDA walaupun pihak yang setiap kali meminta, mengirim salam dan mengambil wang tersebut adalah setiausaha politik Perdana Menteri Ketujuh.
“Pihak sebenarnya yang tipu FELDA adalah PH yang menipu peneroka bahawa hutang mereka akan dimansuhkan bila menang PRU14,” tegasnya. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/17/kertas-putih-ph-tipu-peneroka-sila-tunjukkan-bukti-bn-rompak-duit-felda-bidas-najib/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kertas-putih-ph-tipu-peneroka-sila-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demand Abolition Of Felda Debts Najib Tells Settlers

Demand Abolition Of Felda Debts Najib Tells Settlers

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 159 hits
Former prime minister Najib Razak speaking about Felda settlers debts last night PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak has urged Felda settlers to demand that Pakatan Harapan meet its election promise to abolish their debts owed t...
Tak Tipu Tak Fitnah Bukan Kit Siang Dan Dap Najib

Tak Tipu Tak Fitnah Bukan Kit Siang Dan Dap Najib

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 374 hits
Kit Siang tak pernah buang tabiat menipu dia Saya rasa menipu adalah dalam DNA dia Orang yang sudah meninggal pun akan difitnah dan dipergunakan oleh dia untuk menipu Rakyat tanpa sebarang rasa bersalah Masa mendiang Kevin Morais dibunuh de...
Najib Tanya Kerajaan Ph Bila Nak Bayar Hutang Peneroka

Najib Tanya Kerajaan Ph Bila Nak Bayar Hutang Peneroka

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 324 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Najib Razak hari ini mempersoal bilakah kerajaan Pakatan Harapan akan menunaikan janji untuk melangsaikan hutang peneroka Felda sejak peralihan kuasa kerajaan 2 tahun lepas Katanya beliau sudah menghitung...
Duit Kertas Pengantara Penyebaran Covid 19

Duit Kertas Pengantara Penyebaran Covid 19

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 304 hits
China kini membasmi dan mengasingkan wang kertas sudah digunakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghentikan penyebaran koronavirus yang meragut 1 523 nyawa di negara itu Bank Negara China dalam satu sidang media memberitahu instit...
Ph Semakin Tertekan Masih Gagal Kalahkan Najib

Ph Semakin Tertekan Masih Gagal Kalahkan Najib

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 342 hits
KENAPA TOMMY MENGELETAR KETAKUTAN KUALA LUMPUR Peguam Datuk Seri Najib Razak mendakwa pasukan pendakwaan membuat pusingan U dalam pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB Berdasarkan ker...
Najib Berkata Siasatan Mh370 Tidak Pernah Tolak Plot Jenayah Hubungan Politik Juruterbang

Najib Berkata Siasatan Mh370 Tidak Pernah Tolak Plot Jenayah Hubungan Politik Juruterbang

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 346 hits
Najib Razak yang merupakan perdana menteri ketika kemuncak episod MH370 berkata penyiasat tidak pernah menolak plot jenayah melibatkan juruterbang Zaharie Ahmad Shah PETALING JAYA Najib Razak hari ini seperti mengesahkan dakwaan bekas perda...
Tabung Haji Memalukan Najib Petik Ciapan Siti Nurhaliza

Tabung Haji Memalukan Najib Petik Ciapan Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 348 hits
CIAPAN penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengenai kemelut berkaitan Tabung Haji pada tahun 2015 kembali menjadi perhatian Terbaharu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut memetik kembali ciapan yang dilakukan Si...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Apom Manis Bubur Campur

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord