Permohonan Mrsm Sesi 2024 Bagi Tingkatan 1 Tingkatan 4


Makluman buat ibu bapa, pelajar dan penjaga, permohonan MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) bagi Tingkatan 1 dan 4 sesi 2024 dijangka akan dibuka tidak lama lagi.
Untuk makluman, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.
Pengenalan Tentang MRSM MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.
Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebelum ini tanpa mengira aliran sekolah, selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan perubahan diumumkan sebelum ini, tidak diguna pakai selepas perbincangan bersama wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA).
“Saya hendak tegaskan dasar dan syarat kemasukan ke MRSM dikembalikan kepada syarat asal seperti sebelum ini, bagi memberi peluang semua pelajar memohon.
“Ini bermaksud semua pelajar dari Sekolah Agama (Bantuan Kerajaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) juga boleh memohon ke MRSM.
Baca juga : Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia
Program Yang Ditawarkan Di MRSM Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.
Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:
Premier Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA Ulul Albab Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran IGCSE Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM IB MYP (Middle Years Programme) Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM Teknikal Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan PKP (Program Khas Pendidikan) Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.
Baca juga : MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan
Tarikh Permohonan Kemasukan MRSM 2024 Bagi Tingkatan 1 & 4 MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Pelajar, ibu bapa, dan penjaga dijangka boleh membuat permohonan secara dalam talian sekitar bulan September-November 2023. Ini kerana, permohonan MRSM 2024 pada tahun 2023 tahun lalu bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022.
Pautan permohonan dan hebahan rasmi akan diumumkan melalui portal MARA di : https://www.mara.gov.my/
Syarat Kemasukan Umum Calon warganegara Malaysia Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia Calon memohon secara dalam talian (online) Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023. Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan. Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM, serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sila klik pautan >> https://www.mara.gov.my/sistem-pendidikan-mrsm-tahun-2023/
Lokasi MRSM Terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara seperti yang disenaraikan dalam rajah di bawah.
Berikut adalah senarai MRSM mengikut program yang ditawarkan.
Tarikh Permohonan MRSM 2023 1 September hingga 4 November 2022
Cara Permohonan MRSM 2023 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Berikut adalah langkah membuat permohonan MRSM bagi calon yang berminat.
Pergi ke laman web rasmi MARA di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya di SINI. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4). Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna). Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar). Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi. MUAT TURUN BUKU PANDUAN PERMOHONAN MRSM 1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.
4. Pemohon perlu mengisi keputusan PBD dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.
Rujuk Sistem Pendidikan MRSM 2023: https://www.mara.gov.my/sistem-pendidikan-mrsm-tahun-2023/
Soalan Lazim (FAQ) : Permohonan MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Sesi 2023 SEMAKAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT UJIAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM 2022) Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar tingkatan satu dan empat tahun 2023 sesi pertama mulai 27 November 2022.
Semua calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian secara berperingkat.
Makluman panggilan ujian akan dihantar melalui perkhidmatan SMS dan emel.
Calon perlu menghadiri ujian pada tarikh yang ditetapkan sahaja.
Sila rujuk info dan FAQ di bawah untuk persediaan bakal-bakal calon UKKM.
Semakan Tarikh, Masa & Tempat Ujian UKKM Tarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak secara dalam talian bermula jam 12.30 tengah hari, 23 November 2022.
Semakan bolej dibuat melalui Portal Rasmi Mara serta akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.
Cara Semakan Permohonan UKKM MRSM 2024 Untuk membuat semakan status UKKM, sila rujuk ke pautan berikut:
Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1
Layari laman web rasmi UKKM MRSM di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan) Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4
Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:
Layari laman web rasmi MRSM di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan) Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan Tarikh Ujian UKKM 2023 Sesi 1 : November dan Disember 2022 Sesi 2 : Januari 2023 Sesi 3 : Februari 2023 Dokumen Yang Diperlukan Ketika Menghadiri Ujian Calon diwajibkan membawa:
2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE Kad Pengenalan calon (MyKad / MyKid) 1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain) 1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik . Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan. Alat tulis (pensil 2B atau pensil BB), pemadam dan pengasah pensil) Kalkulatior saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja). Subjek UKKM Yang Terlibat Dalam Ujian Tahun 2023 UKKM merangkumi subjek berikut:
Bahasa Melayu Matematik Sains Keperibadian (format soalan objektif) Bilakah permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2024 dibuka dan bagaimanakah cara membuat permohonan? Permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023 dijangka akan dibuka bermula September – November 2023.

Pemohon perlu melayari laman web https://www.mara.gov.my/ untuk mendapatkan pautan permohonan dan membuat pendaftaran pengguna bagi mendapatkan kata laluan sebelum membuat permohonan kemasukan ke MRSM secara dalam talian.

Pemohon perlu merujuk Buku Panduan Permohonan MRSM terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Apakah syarat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2024?
Syarat Kemasukan:

i. Calon warganegara Malaysia.

ii. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.

iii. Calon perlu memohon dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2023

iv. Calon wajib menduduki:
– Ujian Teknikal bagi pilihan MRSM Program Teknikal, atau
– Ujian Khas Ulul Albab bagi pilihan MRSM Program Ulul Albab atau
– Ujian Khas IGCSE bagi pilihan MRSM Program IGCSE.

v. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.

vi. Umur Persekolahan Calon:
– Tingkatan 1 2022 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011, atau
– Tingkatan 4 2022 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008.

vii. Ibu bapa/ penjaga tidak disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA

viii. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya tarikh lahir saya bukan seperti di dalam syarat kemasukan MRSM? Sekiranya calon tidak memenuhi syarat umur yang ditetapkan, calon dikehendaki e-melkan dokumen berikut kepada [email protected]

Dokumen yang diperlukan:
I. Salinan sijil kelahiran calon
II. Salinan surat pengesahan kohort umur
Adakah saya boleh menggunakan telefon pintar untuk membuat permohonan secara dalam talian? Boleh, tetapi pemohon perlu memastikan dapat melihat keseluruhan paparan di setiap halaman permohonan. Pemohon boleh menggunakan kaedah putar (rotate) telefon bimbit secara melintang.

Walau bagaimanapun, pemohon digalakkan membuat permohonan menggunakan komputer/ desktop/ komputer riba dengan pelayar (browser) yang terkini.
Saya cuba untuk mendaftar permohonan tetapi terdapat popup “Sila masukkan nombor kad pengenalan (12 digit) yang betul”, apa yang perlu saya lakukan? Pemohon hendaklah memastikan bilangan nombor kad pengenalan calon yang diisi mencukupi 12 digit tanpa tanda (-).

Contoh :
No kad pengenalan : 100101010101
Saya cuba untuk mendaftar permohonan tetapi terdapat popup “Tidak memenuhi syarat permohonan MRSM”, apa yang perlu saya lakukan? Pemohon perlu memastikan memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan seperti yang tertera dalam iklan permohonan MRSM 2023.
Ibu atau bapa saya bukan warganegara dan tidak dapat mengisi nombor passport kerana ruangan kad pengenalan memerlukan 12 digit, bolehkah saya membuat permohonan? Boleh, salah seorang ibu atau bapa mestilah warganegara. Bagi permohonan yang menggunakan nombor passport (bukan nombor kad pengenalan) perlu lengkapkan 12 digit pada ruangan nombor kad pengenalan dengan menambahkan digit kosong (0) di belakang nombor passport. Contoh AG3215670000.
Bolehkah saya mengemas kini permohonan saya selepas permohonan dihantar? Bagaimanakah untuk memastikan permohonan saya berjaya dihantar? Boleh, permohonan yang telah dihantar boleh dikemas kini sehingga tarikh tutup permohonan pada 4 November 2022. Calon akan menerima pop up ”Permohonan telah berjaya dihantar” sejurus selepas menekan butang hantar dan perlu mencetak permohonan untuk simpanan dan rujukan.
Bagaimanakah cara untuk saya mengemas kini maklumat nama calon/ e-mel/ nama sekolah/ aliran sekolah sekiranya terdapat kesilapan? Pemohon perlu e-melkan maklumat lengkap calon (nama serta nombor kad pengenalan) dan maklumat yang ingin dikemas kini kepada [email protected]

PERKARA: KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN (AWANG)
Nama : Awang bin Seman
No kad Pengenalan: 10111111111
Maklumat untuk kemaskini: ………
Anak saya tidak memohon secara dalam talian. Adakah permohonan bersurat akan diterima? Tidak, hanya permohonan secara dalam talian sahaja diterima dan akan diproses.
Saya telah mengisi permohonan dalam talian, perlukah saya menghantar salinan permohonan yang dicetak kepada Bahagian Pendidikan Menengah? Salinan permohonan tidak perlu dihantar ke Bahagian Pendidikan Menengah.
Apakah UKKM dan siapa yang perlu menduduki UKKM? UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian dan semua calon yang membuat permohonan secara dalam talian wajibmenduduki UKKM.
Sekiranya nama ibu dan/ atau bapa telah disenaraihitamkan oleh pihak MARA, adakah anak saya masih boleh membuat permohonan dalam talian? Pemohon boleh membuat permohonan MRSM tetapi dalam masa yang sama, ibu dan/ atau bapa perlulah membuat semakan status senarai hitam dan pemutihan status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA.
Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Pihak MARA jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan MRSM? Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARAiaitu03-26134531/ 32/ 33/ 17/ 16/ 78/ 65/ 39/ 40/ 34/ 35/ 38/ 37/ 34494
Sumber: https://www.mara.gov.my/bm/soalan-lazim-faq/soalan-lazim-tawaran-kemasukan-ke-tingkatan-1-4-mrsm/
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.
Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.
UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.
Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.
Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.
Maklumat Lanjut Permohonan MRSM 2024 Sila klik pautan permohonan >>
NOTA: Pautan permohonan mula dibuka jam 10.00 pagi mulai tarikh yang dinyatakan.
Link permohonan online: https://www.mara.gov.my/
Permohonan Kemasukan ke MRSM 2024
Program MRSM [ Klik di sini ]
Sila layari portal MARA
http://www.mara.gov.my
Talian utama: 03-261 32000
E-mel : [email protected]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-mrsm-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-mrsm-2024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Epkhas Kpm Permohonan Tingkatan 1 4 Pendidikan Khas 2024

Epkhas Kpm Permohonan Tingkatan 1 4 Pendidikan Khas 2024

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 242 hits
Sukacita dimaklumkan Permohonan Kemasukan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2024 dibuka mulai 10 September hingga 8 November 2023 hingga melalui Portal epKhas KPM Berikut dikongsikan lebih lanjut te...
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik Sesi 2024 2025

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik Sesi 2024 2025

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 251 hits
Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional Sekolah Teknik Sesi 2024 2025KOLEJ VOKASIONAL PROGRAM VOKASIONALProgram yang ditawarkan di 87 buah kolej vokasional memberi fokus kepada 35 program pengajian Program ini merangkumi dua tahun di perin...
Semakan Keputusan Upuonline Sesi 2023 2024

Semakan Keputusan Upuonline Sesi 2023 2024

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 279 hits
Semakan keputusan permohonan dan rayuan UPUOnline ke UA bagi lepasan STPM Setaraf sesi 2023 2024 Dikongsikan maklumat mengenai semakan keputusan permohonan dan rayuan UPUOnline untuk lepasan STPM Setaraf bagi sesi akademik 2023 2024 Post in...
Hisense Melanjutkan Perkongsian Strategiknya Dengan Uefa Untuk Euro 2024 Akan Datang

Hisense Melanjutkan Perkongsian Strategiknya Dengan Uefa Untuk Euro 2024 Akan Datang

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 187 hits
Perbadanan elektronik dan peralatan pengguna global Hisense telah mengumumkan bahawa ia telah menandatangani sebagai penaja global UEFA EURO 2024 Ini menandakan tahun ketiga berturut turut Hisense menjadi penaja rasmi UEFA EURO berikutan ke...
Pensiun Jadi Gubernur Edy Rahmayadi Masih Istikharah Soal Pilkada Sumut 2024

Pensiun Jadi Gubernur Edy Rahmayadi Masih Istikharah Soal Pilkada Sumut 2024

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 138 hits
Kendati Edy masih malu malu mengungkapkan niatnya untuk maju di Pilkada Sumut 2024
Jelang Pemilu 2024 Satpol Pp Dan Linmas Dibekali Literasi Digital

Jelang Pemilu 2024 Satpol Pp Dan Linmas Dibekali Literasi Digital

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 129 hits
Di tahun politik semua pihak diajak untuk lebih bijak dalam menyebarkan informasi terutama melalui media sosial
Pj Gubernur Jabar Bey Machmudin Jamin Asn Tni Polri Netral Di Pemilu 2024

Pj Gubernur Jabar Bey Machmudin Jamin Asn Tni Polri Netral Di Pemilu 2024

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 81 hits
Memastikan bahwa Pemilu 2024 baik Pilpres Pileg dan Pilkada serentak berlangsung aman dan lancar kata Bey
Takwim Sekolah 2023 2024

Takwim Sekolah 2023 2024

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 206 hits
Takwim sekolah merupakan takwim penting bagi kami yang mempunyai anak yang sedang bersekolah Kalau dulu anak anak masih belum bersekolah Memang kami tak ambil pusing sangat dengan takwim sekolah Cuma dulu kami hanya pastikan pi holiday tu b...
Bajet 2024 Kpkt Mohon Rm300 Juta Bina Tandas Bmw Kata Menteri

Bajet 2024 Kpkt Mohon Rm300 Juta Bina Tandas Bmw Kata Menteri

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 174 hits
Nga Kor Ming berkata pihaknya juga memohon RM100 juta untuk menukar lampu berkuasa solar IPOH Cadangan inisiatif kewangan RM300 juta diperuntukkan untuk membina tandas bertaraf Bersih Menawan Wangi atau BMW di seluruh negara adalah antara c...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni