Permohonan Kolej Profesional Mara 2025 2026 Sesi 3
Permohonan kemasukan ke Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) bagi Sesi 3 2025/2026 (Pengambilan November) dibuka bermula 10 – 30 September 2025. Permohonan boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://hi-edu.my/
Permohonan ini boleh dilakukan oleh calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2024 dan ke bawah.

Permohonan Kolej Profesional MARA 2025/2026 Sesi 3 (Nov)
Berikut dikongsikan info lebih lanjut untuk calon yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 3 2025/2026, pengambilan November.
Pengenalan Kolej Profesional MARA
Kolej Profesional MARA (KPM) merupakan institusi pendidikan tinggi di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terkenal dengan Program Diploma berfokuskan bidang profesional seperti perakaunan, teknologi maklumat, pengurusan perniagaan dan banyak lagi.
KPM bukan sahaja menawarkan suasana pembelajaran kondusif tetapi juga kemudahan lengkap, tenaga pengajar berpengalaman dan kurikulum yang relevan dengan kehendak industri.
Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) bagi Sesi 3 2025/2026 (Pengambilan November)

Permohonan Kolej Profesional MARA 2025/2026 Sesi 3
Mengapa pilih KPM?
Program diploma yang diiktiraf oleh MQA
Persekitaran pembelajaran kondusif
Peluang menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum dan pembangunan pelajar
Laluan kerjaya dan pengajian yang cerah
Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan ke Program Diploma KPM Sesi 2 (Pengambilan November) 2025/2026 dibuka bermula 10 September 2025 sehingga 30 September 2025.

Permohonan Kolej Profesional MARA 2025/2026 Sesi 3
Permohonan adalah dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2024 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 3 2025/2026 yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
Syarat Am Kemasukan
Syarat Am kemasukan ke program Asasi Kolej MARA adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia
Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa; dan
MARA juga mempertimbangkan calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:
Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
Selain itu:-
Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad
Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.

Syarat Am Kemasukan KPM
Kursus Ditawarkan
KPM menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan, Landskap & Hortikultur serta Pemasaran.

Kluster Program Pengajian
Program ini terdiri daripada lima belas (15) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:
Diploma in Accounting (DIA)
Diploma in Business Information Technology (DBIT)
Diploma in Business Studies (DBS)
Diploma in Computer Science (DCS)
Diploma in Computer Science + SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification
Diploma in Creative Digital Media Production + Digital Media Professional (DCD)
Diploma in English Communication + Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC)
Diploma in Entrepreneurship (DEN)
Diploma in Halal Industry + Halal Executive Certification (DHI)
Diploma in Integrated Logistics Management + Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM)
Diploma in International Business (DIB)
Diploma in Islamic Finance + Associate Qualification In Islamic Finance (DIF)
Diploma in Landscape & Horticulture (DLH)
Diploma in Marketing (DMK)
Intensive English Programme (IEP)
Garis Panduan Permohonan
Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di laman sesawang MARA: http://www.mara.gov.my serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM): https://hi-edu.my/ bermula 10 September sehingga 30 September 2025.
Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini, atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan calon sahaja.
Calon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Sistem Pengambilan UPIM – SPUPIM (UPIMOnline)
Sistem Pengambilan UPIM, SPUPIM (UPIMOnline) ialah platform permohonan dan semakan kemasukan secara atas talian yang dibangunkan oleh MARA untuk memudahkan pelajar memohon ke institusi di bawah MARA seperti Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII).
Fungsi Utama SPUPIM (UPIM Online)
Permohonan kemasukan dibuat secara online dengan mengisi maklumat peribadi, akademik, dan dokumen yang diperlukan melalui laman web rasmi SPUPIM.
Semua semakan keputusan tawaran, termasuk status rayuan, dilakukan melalui aplikasi SPUPIM menggunakan nombor kad pengenalan dan pautan rasmi.
Mengurus data permohonan, pengesahan dan cetakan slip permohonan secara sistematik untuk kemudahan pengguna dan pihak MARA.
Cara Memohon Kolej Profesional MARA Melalui SPUPIM (UPIMOnline)
1. Layari Portal Permohonan
Permohonan dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi MARA (http://www.mara.gov.my) atau laman Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) di https://hi-edu.my. SPUPIM merupakan sistem online pengambilan pelajar bagi semua institusi MARA.
2. Daftar Akaun Pengguna
Daftar sebagai pengguna baru dengan memasukkan nama penuh, nombor kad pengenalan, kata laluan dan email yang aktif bagi proses pengesahan.
3. Lengkapkan Maklumat Permohonan
Isikan maklumat peribadi dan akademik seperti keputusan SPM secara terperinci.
Pilih institusi dan program yang ingin dimohon (pilihan program Diploma di KPM).
Muat naik salinan dokumen penting jika diperlukan (SPM, MyKad dan sijil berkaitan).
4. Semak & Pastikan Maklumat Betul
Pastikan semua maklumat betul sebelum menghantar permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dicetak atau disimpan slip sebagai bukti permohonan telah dibuat.
5. Hantar Permohonan
Klik butang “Hantar” untuk menyempurnakan permohonan. Sistem hanya simpan permohonan terakhir sebelum tarikh tutup.
6. Semakan Status Permohonan
Keputusan permohonan boleh disemak secara online:
Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan keputusan tawaran atau rayuan (bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat melalui SPUPIM sebelum tarikh akhir rayuan).
RUJUK & MUAT TURUN PDF MANUAL PANDUAN PENGGUNA DI SINI:
MANUAL PENGGUNA SPUPIM – UPIMONLINEMUAT TURUN
Syarat Khusus Akademik
Berikut ialah syarat-syarat khusus akademik untuk setiap kursus yang ditawarkan:

Syarat Khusus Akademik 8 pilihan kursus

Syarat Khusus Akademik DIA

Syarat Khusus Akademik DCS

Syarat Khusus Akademik Diploma in Computer Science +SAS

Syarat Khusus Akademik Diploma in Accounting + DIA + SAP

Syarat Khusus Akademik Diploma in Accounting + DCAT

Syarat Khusus Akademik Diploma in English Communication + DEC

Syarat Khusus Akademik IEP
Rujuk lebih lanjut mengenai syarat khusus akademik dan program yang ditawarkan di sini: https://hi-edu.my/programkpm/
PENILAIAN KHAS : UJIAN BERTULIS / SESI TEMUDUGA
Calon yang memohon kemasukan ke program Diploma in English Communication + Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC) dan Diploma Creative Digital Media and Production + Digital Media Professional Certificate (DCD+DMP) akan dipanggil untuk menjalani penilaian khas.
Hanya Calon yang melepasi syarat kelayakan sahaja akan dipanggil melalui whatsapp/SMS/email.
NOTA: Calon dinasihatkan untuk membaca syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan. Rujuk syarat-syaratnya dalam gambar di atas.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 September 2025 pada jam 11:59 malam. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Lokasi
Berikut ialah senarai lokasi Kolej Profesional MARA (KPM):
Nama KolejAlamat & InfoKPM SERI ISKANDARLot PT. 2615 Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak. Tel: 05-371 2355 Fax: 05-371 2355 Email:
[email protected] Website: http://seriskandar.kpm.edu.my KPM BANDAR PENAWARJalan Ungku Abdul Aziz, 81930 Bandar Penawar, Johor. Tel: 07-884 2200 Fax: 07-884 2220 Email:
[email protected] Website: https://bpenawar.kpm.edu.my KPM INDERA MAHKOTAJalan Sungai Lembing, 25200 Kuantan, Pahang. Tel: 09-573 4501 Fax: 09-573 4302 Email:
[email protected] Website: http://inderamahkota.kpm.edu.my KPM BERANANGLot 2333, Jalan Kajang-Seremban, 43700 Beranang, Selangor Darul Ehsan.Tel: 03-8768 9305 Fax: 03-8768 9466 Email:
[email protected] Website: https://beranang.kpm.edu.my KPM BANDAR MELAKALot 1860 Jalan Tembusu, 75400 Melaka. Tel: 06-281 2003 Fax: 06-281 2009 Email:
[email protected] Website: http://bmelaka.kpm.edu.my KPM AYER MOLEK75640 Jalan Tangkak, Melaka. Tel: 06-387 5888 Fax: 06-387 5888 Email:
[email protected] Website: http://ayermolek.kpm.edu.my
Semakan Keputusan Permohonan Dan Rayuan
Keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman sesawang UPIM di https://hi-edu.my/.
Tarikh keputusan dan rayuan permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) bagi Sesi 3 2025/2026 (Pengambilan November) akan dikemaskini kelak.
Sebarang permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej adalah TIDAK DIBENARKAN.
Mekanisme Pengajian
Calon-calon yang berjaya ditawarkan pengajian program diploma KPM adalah tertakluk kepada terma perjanjian MARA seperti berikut:
Medium Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang digunakan bagi pengajian diploma KPM ini adalah Bahasa Inggeris.
Mod pengajian bagi program diploma KPM adalah dilaksanakan secara sepenuh
Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh pihak
Kemudahan asrama disediakan tertakluk kepada kekosongan. Keutamaan diberikan kepada pelajar semester 1
Pemberian Elaun Sara Hidup (ESH) yang diberi sepanjang tempoh pengajian
Pelajar yang Berhenti atau Ditamatkan Pengajian perlu membayar semula kemudahan ESH bergantung kepada jumlah ESH yang diterima sepanjang pengajian
Maklumat Lanjut
Untuk bantuan atau pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke KPM seluruh negara, sila hubungi:
Hotline: 03-261 34035 / 34075 / 34076 / 34077 / 34046 / 34048
WhatsApp: +6011-58521184
Email:
[email protected]
Laman Web Rasmi Bahagian Pendidikan Tinggi MARA: https://hi-edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/hiedumara
Instagram: https://www.instagram.com/hiedumara
Rujuk Soalan Lazim Permohonan Kemasukan Koleh Profesional MARA di bawah:

FAQ Kolej Profesional MARA

FAQ Kolej Profesional MARA

FAQ Kolej Profesional MARA

FAQ Kolej Profesional MARA

FAQ Kolej Profesional MARA
Soalan Lazim – Permohonan Kolej Profesional MARA 2025/2026 Sesi 3 (Nov)
Bila tarikh permohonan Kolej Profesional MARA 2025 sesi 3 dibuka? Permohonan untuk Kolej Profesional MARA sesi 3 Tahun 2025 dibuka pada 10 September sehingga 30 September 2025.
Bagaimana cara memohon Kolej Profesional MARA? Permohonan dibuat secara dalam talian melalui laman web https://hi-edu.my/
Perlukah membeli nombor pin? Tidak perlu. Permohonan adalah percuma dan tidak memerlukan nombor pin.
Apakah syarat kelayakan? Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera
Berumur 18 hingga 35 tahun
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Apakah program yang ditawarkan? Program ini terdiri daripada lima belas (15) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:
Diploma in Accounting (DIA)
Diploma in Business Information Technology (DBIT)
Diploma in Business Studies (DBS)
Diploma in Computer Science (DCS)
Diploma in Computer Science + SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification
Diploma in Creative Digital Media Production + Digital Media Professional (DCD)
Diploma in English Communication + Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC)
Diploma in Entrepreneurship (DEN)
Diploma in Halal Industry + Halal Executive Certification (DHI)
Diploma in Integrated Logistics Management + Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM)
Diploma in International Business (DIB)
Diploma in Islamic Finance + Associate Qualification In Islamic Finance (DIF)
Diploma in Landscape & Horticulture (DLH)
Diploma in Marketing (DMK)
Intensive English Programme (IEP)
Bolehkah memohon melalui cara lain selain UPIM? Ya, juga boleh memohon melalui APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) bagi pemohon yang sedang bekerja.
Adakah program orientasi wajib? Ya, pelajar baharu wajib mengikuti program orientasi.
Bolehkah tukar program selepas mendaftar? Tidak boleh sebelum tamat semester 1 dan permohonan rasmi dibuat pada minggu kedua semester 2.
Berapa yuran Kolej Profesional MARA? Yuran untuk kolej profesional MARA berbeza-beza mengikut kursus dan kolej, tetapi yuran pendaftaran biasanya dikenakan dan boleh dibayar melalui aplikasi MARAeps atau laman web rasmi KPM.
Apakah keburukan atau cabaran belajar di Kolej Profesional MARA? Antara keburukan yang pernah dilaporkan termasuk kekangan kemudahan di beberapa kampus dan cabaran penempatan kerja selepas tamat pengajian bagi sesetengah program. Namun, MARA sentiasa memperbaiki fasiliti dan bekerjasama dengan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Bagaimana dengan permohonan asasi Kolej MARA 2025? Permohonan asasi Kolej MARA adalah berasingan dan boleh dibuat mengikut tarikh serta prosedur yang diumumkan di laman rasmi masing-masing bagi program asasi sebelum ke diploma atau ijazah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/permohonan-kolej-profesional-mara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-kolej-profesional-mara