Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2024 2025


SEMAKAN / PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2024/2025 KINI DIBUKA!
Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2024/2025 akan dibuka bermula 15 DISEMBER 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara semakan keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM, kelebihannya, serta cara membuat permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya.
Apakah Program Matrikulasi KPM? Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.
Program Matrikulasi KPM ini mempunyai 4 jurusan iaitu
Jurusan Sains Jurusan Kejuruteraan Jurusan Perakaunan Jurusan Perakaunan Profesional Sila rujuk syarat-syarat dan penerangan melalui infografik di bawah:
Baca juga: DPLI UM 2022: Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Kelebihan Program Matrikulasi Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.
Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:
Kelebihan :
Memperoleh elaun daripada kerajaan Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti Tempoh pembelajaran yang singkat Memperoleh penerpaan soft skill Risiko :
Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja. Wajib mengambil MUET Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam Syarat Permohonan Matrikulasi Syarat asas permohonan ialah:
i. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;
ii. Warganegara Malaysia; dan
iii. Pemohon mestilah calon SPM tahun semasa.
Manakala syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:
Syarat kelayakan minimum kemasukan ke Program Matrikulasi ialah memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM:
i. Jurusan Sains
C Bahasa Melayu; C Bahasa Inggeris; B Matematik; C Matematik Tambahan; C Kimia C Fizik atau Biologi dan Lulus Sejarah ii. Jurusan Kejuruteraan
C Bahasa Melayu; C Bahasa Inggeris; B Matematik; C Matematik Tambahan; C Fizik; Lulus Kimia; Lulus Sejarah dan C dalam satu daripada mata pelajaran berikut: Biologi/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Kimia. iii. Jurusan Perakaunan
C – Bahasa Melayu; C – Bahasa Inggeris; C – Matematik; Lulus Sejarah dan C dalam tiga daripada mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Matematik Tambahan. iv. Jurusan Perakaunan Profesional
C – Bahasa Melayu; A- Bahasa Inggeris; A – Matematik; C – Matematik Tambahan; Lulus Sejarah; Lulus Ujian aptitud dan termuduga dan A dalam tiga daripada mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Senarai Matrikulasi Di Malaysia Institusi / AlamatTelefon / Faks E-mel / Laman WebKolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
78300 Masjid Tanah, Melaka.Tel:06-3832000
Faks:06-3847190 E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Tel:06-4841825
Faks:06-4841821 E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Tel:04-5756090
Faks:04-5757389 E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
02600 Arau, Perlis. Tel:04-9868613, 04-9868614, 
04-9868615, 04-9868616
Faks:04-9868542, 04-9868543 E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan OKK Daud, Merinding, 
Peti Surat 81735, 
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.Tel:087-465311, 087-465314
Faks:087-466500E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan Payamas, 
84900 Tangkak, Ledang, Johor.Tel:06-9781613
Faks:06-9781595E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
31600 Gopeng, Perak.Tel:05-3594449, 05-3594600
Faks:05-3594412, 05-3594413E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
06010 Changlun, Kedah.Tel:04-9286100
Faks:04-9242186E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26300 Gambang, Pahang.Tel:09-5495000
Faks:09-5499612, 09-5498996E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.Tel:04-4682508
Faks:04-4682281E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26400 Bandar Jengka, Pahang.Tel:09-4677103
Faks:09-4677102Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
KM 5, Jalan Kukup, 
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.Tel:07-6881629, 07-6881630
Faks:07-6881631, 07-6882720E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Kathong Mukim Jugra, 
42700 Banting, Selangor.Tel:03-31201410
Faks:03-31201372E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Beg Berkunci No. 3, 
16810 Selising, Kelantan.Tel:09-7808000
Faks:09-7808080E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Lot 216, Fasa II, 
Taman Perindustrian Sejingkat, 
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.Tel:082-439100
Faks:082-433108E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.myKolej MARA Kulim
Jalan Junjong, 
09000 Kulim, Kedah.Tel:04-4906422
Faks:04-4906426E-mel:info[@]kmkulim.edu.my
Laman Web:http://www.kmkulim.edu.myKolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap, 
06300 Kuala Nerang, Kedah.Tel:04-7867250, 04-7867255
Faks:04-7867254E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web:http://www.kmkn.edu.my
Cara Permohonan Matrikulasi 2023 / 2024 Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my
Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2024 / 2025 Permohonan Fasa 1 dibuka pada tarikh berikut:
Tarikh permohonan matrikulasi buka : 15 Disember 2023 Tarikh akhir permohonan matrikulasi : 31 Mac 2024 Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks
TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN / KEMASUKAN SESI 2024 / 2025
Kemaskini Permohonan / baharu (Jun 2024) Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Jun 2024) Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2024) Keputusan (Julai 2024) Semakan Tawaran Fasa 2 (Ogos 2024) RUJUK : Kalendar Akademik Program Matrikulasi
Yuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar Bagi pelajar daripada keluarga B40, M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.00 ke bawah akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM1,250.00 setiap semester.
Pelajar yang layak akan menerima BSHP dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.
Perincian yuran pendaftaran bagi pelajar Program Matrikulasi adalah seperti berikut:
Sumber: Soalan Lazim Program Matrikulasi KPM 2022 Baca juga: UPUOnline 2022 / 2023: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan
Tarikh & Cara Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2024/2025 Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan matrikulasi secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut:  matrikulasi.moe.gov.my
Calon-calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2024/2025 dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran
Surat tawaran Panduan pendaftaran pelajar Maklumat peribadi pelajar Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah Borang perjanjian pelajar (dua salinan) Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matriks
Calon yang layak boleh mengisi permohonan di link berikut : https://matrikulasi.moe.gov.my
Info Rasmi Program Matrikulasi KPM Layari Pautan Berikut Untuk Maklumat Lanjut:
https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi
Pengenalan MatrikulasiSenarai MatrikulasiMaklumat Program dan Syarat KemasukanKalendar Akademik Program MatrikulasiSoalan Lazim MatrikulasiPermohonan Kemasukan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-matrikulasi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-matrikulasi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takwim Persekolahan Sesi 2024 2025

Takwim Persekolahan Sesi 2024 2025

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 182 hits
Assalamualaikum semua Dah nak masuk tahun baru dah kita ni Walaupun sekarang persekolahan masih lagi dalam sesi 2023 2024 sehingga bulan Mac tapi mama dah mula tengok nbsp Takwim Persekolahan Sesi 2024 2025 untuk plan cuti tahun depan Simpa...
Lima Usulan Prioritas Relawan Milenial Untuk Program Prabowo Gibran Di Pilpres 2024

Lima Usulan Prioritas Relawan Milenial Untuk Program Prabowo Gibran Di Pilpres 2024

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 126 hits
Ketua Dewan Pakar TKN Burhanuddin Abdullah memberikan apresiasi terhadap rekomendasi tersebut
Program Mylesen B2 2024

Program Mylesen B2 2024

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 145 hits
PROGRAM MyLESEN B2TAHUN 2024 Impak Program Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikanLesen Memandu Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu k...
Mysalam 2023 2024 Permohonan Semakan Status Tuntutan

Mysalam 2023 2024 Permohonan Semakan Status Tuntutan

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 326 hits
MAKLUMAN TERKINI KELULUSAN STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2023 Dalam Belanjawan 2024 Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan bagi tempoh dua tahun lagi Antara manfaat MySalam adalah pembayaran tunai RM8 000 dibayar sekali s...
Sby Turun Gunung Demi Menangkan Pilpres Dan Pileg 2024

Sby Turun Gunung Demi Menangkan Pilpres Dan Pileg 2024

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 44 hits
Partai Demokrat memiliki target untuk menang di Pileg 2024 dan menang di Pilpres 2024
Hisense Melanjutkan Perkongsian Strategiknya Dengan Uefa Untuk Euro 2024 Akan Datang

Hisense Melanjutkan Perkongsian Strategiknya Dengan Uefa Untuk Euro 2024 Akan Datang

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 67 hits
Perbadanan elektronik dan peralatan pengguna global Hisense telah mengumumkan bahawa ia telah menandatangani sebagai penaja global UEFA EURO 2024 Ini menandakan tahun ketiga berturut turut Hisense menjadi penaja rasmi UEFA EURO berikutan ke...
Foto Calon Anggota Kpps Jalani Seleksi Pemeriksaan Kesehatan Jelang Pemilu 2024

Foto Calon Anggota Kpps Jalani Seleksi Pemeriksaan Kesehatan Jelang Pemilu 2024

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 120 hits
KPU RI mewajibkan pemeriksaan kesehatan untuk mengetahui kondisi kesehatan maupun komorbid para calon petugas KPPS
Ustaz Abdul Somad Resmi Dukung Anies Cak Imin Di Pilpres 2024

Ustaz Abdul Somad Resmi Dukung Anies Cak Imin Di Pilpres 2024

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 135 hits
Dukungan diberikan ketika Anies mengunjungi kediaman UAS di Rumah Omak Pesantren Hj Rohana Riau
Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

Box Bag Crochet

How The Kkb By Election Might Itself Trigger Of More By Elections

Has Pn Behaved Ungentlemanly By Wanting To File A Petition After Its Face Losing Defeat In Kkb S By Election

Dah Jumpa Sebab Kalah Pn Kata Sebab Pengundi Luar

Rumah Terbuka Tc Metal Care

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Kembar Sado

Restu Dan Ku Chord

Peganglah Erat Erat Sahabat Solehmu

Beli Sarapan Di Umie Harmony

Video Pengakuan Sopir Bus Maut Rombongan Siswa Smk Depok Sudah Tahu Rem Rusak

Menyusuri Sungai Mahakam Kepala Bkkbn Edukasi Warga Soal Kb Dan Stunting Di Desa Terpencil