Permohonan Ipg Online Pismp 2021 Bagi Lepasan Spm


PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021 BAGI LEPASAN SPM

Kepada calon lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan  dan memilih kerjaya sebagai guru,boleh buat permohonan IPG online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) fasa kedua akan dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April 2021.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Ia adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing!
APA ITU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM?
Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 13 Julai 2005.
Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.
IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.
Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.
Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.
APA ITU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)?
Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021
Permohonan IPG Online (PISMP) dibuka mulai 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021 (11.59 malam)
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021
Berikut merupakan syarat kelayakan asas yang diperlukan:
Warganegara Malaysia. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001. Sihat tubuh badan. Aktif dalam kegiatan kokurikulum. Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut: BM, Sejarah dan BI Menenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan* *Syarat-syarat bidang pengkhususan untuk permohonan IPG online boleh dilihat di Lampiran ini.
CARA PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021
Layari Laman Sesawang PISMP Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat: https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2021.
Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
Sila Rujuk Panduan Permohonan IPG Online 2021 Sebelum membuat permohonan, sila baca maklumat iklan selengkapnya.
Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang kalendar aktiviti (Lampiran B)
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran.
Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
Kemaskini Maklumat Permohonan Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
Sila Hantar & Sahkan Permohonan Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
PROSEDUR PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021
Berikut adalah ringkasan prosedur kemasukan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) IPG KPM.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON IPG ONLINE PISMP 2021
Berikut adalah calon yang tidak layak memohon:
Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah. MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika perlukan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online PISMP,sila hubungi nombor telefon berikut:
03-8312 6768/6693/6731/6769
Alamat surat-menyurat:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1,63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
Sila dapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.
Layari https://ipg.edu.my/pismp untuk info lanjut
The post PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021 BAGI LEPASAN SPM appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/permohonan-ipg-online-pismp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Institut Pendidikan Guru Pismp 2021 Dibuka Esok

Permohonan Institut Pendidikan Guru Pismp 2021 Dibuka Esok

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 408 hits
Permohonan Ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan Institut Pendidikan Guru bagi sesi 2021 Permohonan boleh dibuat secara online melalui sistem Permo...
Spm Papers To Be Marked Online From 2021

Spm Papers To Be Marked Online From 2021

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 343 hits
PETALING JAYA Starting this year the Sijil Pelajaran Malaysia examination papers will be marked online Education Minister Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin said the online marking system was a good approach to increase productivity It also makes...
Permohonan Upu Online Sesi Akademik 2021 2022 Berakhir Pada 31 Mac 2021

Permohonan Upu Online Sesi Akademik 2021 2022 Berakhir Pada 31 Mac 2021

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 369 hits
Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2021 2022 Permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA telah pun dibuka Permohonan telah pun mula dibuka sejak 1 Januari 2021 dan tamat sehingga 31 Mac 2021 Manakala pilihan program pengajian boleh mula di buat ...
Permohonan Grep Mara Program Graduan Cemerlang 2021 2022

Permohonan Grep Mara Program Graduan Cemerlang 2021 2022

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 465 hits
Permohonan GrEP MARA Program Graduan Cemerlang 2021 2022 Kepada graduan yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Pasca Siswazah sama ada Sarjana atau Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara anda bol...
Hpipt 2021 Cara Permohonan Hadiah Pengajian Ipt Selangor Rm1 000

Hpipt 2021 Cara Permohonan Hadiah Pengajian Ipt Selangor Rm1 000

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 574 hits
HPIPT 2021 CARA PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT SELANGOR RM1 000 Kepada Mahasiswa anak Negeri Selangor tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian di Insitut Pengajian Tinggi sama ada di Institut Pegajian Tinggi Awam atau Institut Pegaj...
Cara Semak Bantuan Ptptn Sarawak 2021 Online

Cara Semak Bantuan Ptptn Sarawak 2021 Online

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 412 hits
Cara Semak Bantuan PTPTN Berita baik buat anak Sarawak dan juga peminjam PTPTN Artikel hari ini khas untuk anda Apa itu Bantuan PTPTN Sarawak Bagaimana dengan syarat kelayakan bantuan ini Jom teruskan bersama kami di Pakarwang dengan artike...
Cara Memohon Grep Mara 2021 Secara Online

Cara Memohon Grep Mara 2021 Secara Online

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 420 hits
Cara Memohon GrEP MARA Berita baik buat graduan yang berminat ingin menyambung pengajian ke peringkat Pasca Siswazah anda kini sudah boleh mula membuat permohonan pinjaman boleh ubah Program Graduan Cemerlang atau Graduate Excellence Progra...
Pemerkasa Permohonan Gkp 3 0 Bantuan One Off Rm1 000 Bermula April 2021

Pemerkasa Permohonan Gkp 3 0 Bantuan One Off Rm1 000 Bermula April 2021

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 600 hits
PEMERKASA Permohonan GKP 3 0 Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi adalah salah satu program untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik Covid 19 di Malaysia Kali ini pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia mene...
Semak Dividen Kwsp 2021 Secara Online Di I Akaun

Semak Dividen Kwsp 2021 Secara Online Di I Akaun

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 516 hits
Semak Dividen KWSP 2021 Dah semak belum kadar dividen KWSP 2021 Belum lagi Eh nak kemana tu Tak perlu start kereta pergi ke kaunter KWSP nak buat semakan Anda boleh semak dividen KWSP ini secara online sahaja Tak percaya Jom baca artikel Pa...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention