Permohonan I Sinar Kategori 1 Mula Hari Ini 21 Disember 2020
Permohonan i-Sinar Kategori 1 Mula Hari Ini 21 Disember 2020. Berita yang ditunggu-tunggu setengah masyarakat yang terkesan dengan ekonomi sekarang. Bermula hari ini iaitu 21 Disember 2020 anda boleh memohon i-Sinar secara online atau jabatan-jabatan yang telah dilantik oleh KWSP..
Nak lebih mudah, mohon secara online tapi ini untuk kategori 1. Anda yang berkelayakan sila mohon sekarang sebelum permohonan ditutup. Bagi mereka yang memohon di jabatan dilantik, sila bawa dokumen yang mengcukupi..
Kelayakan Permohonan i-Sinar Kategori 1
Berikut dikongsikan Permohonan i-Sinar Kategori 1 bagi mereka yang berkelayakan..
Kategori 1:
Ahli bekerja sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah, diberi notis cuti tanpa gaji.
Kriteria Kategori 1:
Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
ATAU
Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan GAJI POKOK sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
Bagi Kategori 1:
Tiada dokumen sokongan diperlukan
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP
Mohon Online > Klik Sini
Cara Memohon i-Sinar Online Permohonan Baru
Langkah 1
Layari i-Sinar > Klik Sini
Langkah 2
isikan Nombor Mykad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
Langkah 3
Tekan TERUSKAN
Langkah 4
Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS Dan Tekan sahkan OTP atau jawab soalan keselamatan untuk pengesahan
Langkah 5
Tetapkan Amaun Pilihan
Langkah 6
Tetapkan bayaran bulan pertama dan tekan teruskan
Langkah 7
Lengkapkan maklumat permohonan yang wajib diisi
Langkah 8
Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan teruskan
Langkah 9
Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran sebelum tekan hantar
Langkah 10
Permohonan anda diterima dan akan diproses.
Note
Semak status permohonan pada 4 Januari 2021
Dalam pada itu KWSP berkata, jumlah kelayakan untuk mengeluarkan wang dari i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini.
Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.
Pembayaran dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Ahli KWSP juga digalakkan mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima transaction authorisation code (TAC) di kiosk atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank adalah aktif. – UTUSAN ONLINE
Baca Juga > Tarikh Dan Bayaran Pencen kerajaan 2021 Rasmi
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama..
The post Permohonan i-Sinar Kategori 1 Mula Hari Ini 21 Disember 2020 appeared first on Hasrozi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hasrozi.com/uncategorized/permohonan-i-sinar-kategori-1-mula-hari-ini-21-disember-2020