Sambutan Hari Lahir Yang Ke 32 Tahun Pada 13 Disember
Bismillah,Assalamualaikum
Sambutan Hari Lahir yang Ke 32 Tahun Pada 13 Disember | Happy birthday untuk diri sendiri yang sudah berusia 32 tahun, haha tua dah sha kan, of coz semakin lama semakin tua hahaha, alhamdulilah untuk segala apa yang sha ada sekarang, semuanya..kesihatan, tempat tinggal, suami, anak, adik beradik, mertua, ipar, kawan-kawan yang sentiasa ada untuk sha, alhamdulilah untuk semua sekali.
Sha tak sangka dalam usia ini masih ada kejutan, my husband tak pandai buat suprise, sha teringat tahun lalu dia balik lambat dari kerja untuk beli kek dan buat kejutan untuk sha namun gagal haha, guess what, dia berdiri depan pintu rumah yang terbuka sambil hidupkan lilin menggunakan mancis, sha ternampak dan ketawa terbahak-bahak haha dia yang terkejut sebenarnya..so tahun ni dia siap sedia bagitahu just bawa sha dan anak-anak pergi makan di luar, simple kan haha..so kami pun makan di Secret Recipe sebab dia suka makan kek coklat indulgence, tapi sayangnya kek semua dah habis, silap tadi kami lupa nak booking haha..it's ok yang penting kenyang makan grilled chicken with black pepper, thanks b belanja tadi
Oh iya tadi dia tak puas hati kek habis so, kami pun carilah kek area IJM, sha teringat dulu pernah sambut birthday dengan kawan di IJM, sha try cari jalan, lucky kami jumpa juga, nama kedai tu UP CASE, seriusly kek rainbow nya memang sedap sangat sha beli by slice ja, bungkus dan balik, sebab edan eshal dah full dan mengantuk..lupa nak amik gambar, kek dah abis hahaha.
Another surprise, kawan baik sha, daya yang sekarang berada di UMS Labuan, kejutkan sha dengan kek delivery tadi pagi, sha heran dalam jam 9 pagi ada orang call mau hantar barang, hari ini kan hari ahad, mana ada pos buka, so sha bagi arah ke rumah sha, tertulis situ nama daya, yes of coz my bff yang hantar..alhamdulilha terharu, comel kek tu, siap breakfast sha dengan edan tadi pagi, kenyang kami haha..edan suka makan kek, sha pula suka makan apa saja haha.
Bercakap tentang makan apa saja, well another bff sha yang tinggal di sandakan juga, cuma kami tak dapat sambut sama-sama, it's okay, dia sibuk buatkan sha pulut berlaukkan udang butter ya Allah alwasy be my favourite food butter udang or ayam, tadi petang dia suruh husband nya ke rumah, kebetulan sha mop lantai, dia ketuk pintu then dia cakap nahh..hahaha dan berlalu pergi, adehh begitulah tu si romzie husband si hanisa hahaha..apapun thanks kamu guys yang wish fi FB, Insta, Whatsapp sha belum balas pun..haha thanks sangat.
Sha lupa nak ambik gambar sekeluarga..haha tanda dah tua..well..doa yg terbaik buat sha dunia akhirat ya, lots of love..wslm
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.opzzpinky.my/2020/12/sambutan-hari-lahir-yang-ke-32-tahun.html