Permohonan Geran Khas Prihatin Secara Online
PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE
Permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro dan Perusahaan Kecil Sederhana akan dibuka mulai 1 Mei 2020, proses permohonan akan diselaraskan dan diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) pada laman Facebook LHDN petang tadi. Namun demikian, Portal GKP masih belum dapat dibuka. Bermula 1 Mei 2020, kerajaan akan membuka permohonan GERAN KHAS PRIHATIN(GKP) secara atas talian melalui PORTAL GKP.
Sebelum ini, ramai yang bertanya tentang cara permohonan Geran Khas Prihatin(GKP). Terkini, anda yang layak memohon, boleh membuat PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE.
APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN(GKP)
Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
JUMLAH GERAN KHAS PRIHATIN
Jumlah Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.
SEMAKAN KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
– Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN
Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.
KAEDAH BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.
TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.
CARA PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.
ADAKAH LAYAK MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN JIKA TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN?
“ Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN? “
Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.
Jadi, jika anda berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019, maka anda boleh memohon Geran Khas Prihatin(GKP).
PERINGAT : HANYA PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE sahaja yang dibenarkan.
The post PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/permohonan-geran-khas-prihatin-secara-online.html