Bantuan Geran Khas Prihatin Untuk Pks
Bantuan Kewangan Geran Khas PRIHATIN Untuk PKSBerita baik untuk untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti Pengusaha Pasar Malam dan Penjaja kecil yang layak boleh memohon bantuan Geran Khas PRIHATIN (GKP) berjumlah RM3,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19. Bantuan one off ni khas kepada peniaga dan tak perlu bayar semula.
Syarat Kelayakan Mohon Geran Khas PRIHATINBantuan secara one-off ini adalah untuk mereka yang LAYAK sahaja ya. Layak dalam erti kata memenuhi syarat yang ditetapkan oleh LHDN seperti berikut:
Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; - Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN
Memandangkan sekarang masih dalam PKP jadi permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Tiada permohonan secara manual setakat ini.
Permohonan Geran Khas PRIHATIN telah pun dibuka sejak 1 Mei 2020 lepas dan bakal berakhir pada 15 Mei 2020. Kemudian boleh semak permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020 melalui Portal GKP.
Ada Soalan? Boleh hubungi no tertera di bawah.
Harapnya terjawab sudah soalan-soalan tentang bantuan kewangan Geran Khas PRIHATIN Untuk PKS, syarat kelayakan mohon GKP, cara mohon dan dalam artikel ini juga sertakan no telefon untuk dihubungi sekiranya masih mahu bertanya lebih lanjut.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2020/05/bantuan-geran-khas-prihatin-untuk-pks.html