Permohonan Bingkas Selangor 2025 Bantuan Rm300 Keperluan Asas


Permohonan BINGKAS Selangor 2025 kini dibuka dari 1 November (Sabtu) hingga 30 November 2025 (Ahad). Isi rumah yang layak boleh memohon untuk menerima bantuan RM300 sebulan bagi keperluan asas dan pendidikan. Mohon sekarang di https://www.bingkasselangor.com/
Apa itu BINGKAS Selangor Bingkas Selangor atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu keluarga pasca-pandemik menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Melalui program ini, sebanyak 30,000 keluarga di seluruh Selangor menerima bantuan bulanan RM300 untuk membeli keperluan asas dan barangan pendidikan.
BINGKAS diwujudkan bagi memperkukuh ketahanan kewangan isi rumah, mengurangkan beban sara hidup, serta membina keharmonian dan kemakmuran dalam kalangan rakyat Selangor.
Program ini juga merupakan salah satu daripada 46 insentif di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang dilancarkan pada tahun 2022, menggantikan skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal).
Syarat Kelayakan Permohonan Berikut adalah syarat kelayakan permohonan untuk sesiapa yang ingin memohon Bingkas Selangor:
Warganegara Malaysia Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah Pemilih berdaftar di Selangor Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun Tarikh Permohonan Dibuka Permohonan Bingkas Selangor boleh dibuat mulai 1 November 2025 (Sabtu) hingga 30 November 2025 (Ahad) melalui laman web rasmi: https://www.bingkasselangor.com/
Cara Permohonan BINGKAS Selangor Berikut panduan cara permohonan BINGKAS Selangor 2025:
Muat turun aplikasi SELANGKAH di Google Play Store atau App Store dan tekan Pasang pada telefon anda. Buka aplikasi SELANGKAH, kemudian tekan Log Masuk / Daftar. Pilih Daftar Baru untuk membuat akaun baharu. Isikan nama penuh ketua keluarga (suami), nombor telefon (boleh guna nombor isteri), dan kata laluan yang mudah diingat. Pilih bahasa (Bahasa Malaysia atau English), tandakan kotak persetujuan, dan tekan Hantar. Pastikan semua maklumat telah disemak dengan betul sebelum menghantar. Setelah akaun didaftarkan, log masuk menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang telah didaftarkan. Skrol ke bahagian State Programs di aplikasi dan tekan ikon BINGKAS. Tekan pautan yang terpapar untuk membuka borang permohonan BINGKAS. Isikan semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan anda pengundi berdaftar di Negeri Selangor. Semak semula semua butiran sebelum tekan Hantar. Selepas permohonan dihantar, semak status permohonan di aplikasi SELANGKAH. Jika berjaya, paparan akan menunjukkan Permohonan Diluluskan dan Selangkah Wallet Diaktifkan. Sekiranya selepas 2–3 hari permohonan masih belum diluluskan, anda boleh terus semak di Pejabat ADUN kawasan masing-masing. LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3 LANGKAH 4 LANGKAH 5 LANGKAH 6 LANGKAH 7 LANGKAH 8 Kredit Gambar: Korifah Yassin
TUTORIAL VIDEO PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR MELALUI APPS TUTORIAL VIDEO PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR MELALUI WEB Muat Turun Aplikasi SELANGKAH Untuk terus menikmati bantuan BINGKAS, penerima digalakkan memuat turun dan mengaktifkan aplikasi Selangkah Wallet.
Muat turun sekarang melalui App Store atau Google Play, dan rujuk panduan pengaktifan di laman web rasmi berikut:
Google Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=sel.main.selangkah&hl=ms Apple Store : https://apps.apple.com/my/app/selangkah/id1552552227 Huawei AppGallery : https://appgallery.huawei.com/?fbclid=IwAR0QEQ5OadviYvZBYnpKFufdiq55cNiU3vpSux7wZ4bqwm8RMI9NaiezeRY#/app/C103917981 Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal SELANGKAH di pautan http://selangkah.my/
ATAU
https://www.facebook.com/SelangkahOFFICIAL https://twitter.com/selangkah_my Berikut merupakan senarai hotline sekiranya berlaku sebarang kesulitan mengenai program Bingkas Selangor.
Permohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1800-22-6600 E-mel | [email protected] Pengaktifan E-Wallet | 016-3254199 (WhatsApp)) | [email protected] Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Sokongan Pelanggan melalui Telegram untuk sebarang bantuan.
Soalan Lazim 1. Apa itu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)? BINGKAS merupakan bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga-keluarga Selangor untuk membeli membeli barang-barang keperluan, kelengkapan pendidikan, serta kesihatan.
2. Adakah saya perlu membuat permohonan baharu pada tahun hadapan? Setiap permohonan yang telah diluluskan adalah layak untuk menerima manfaat BINGKAS selama 2 tahun. Kemaskini akaun perlu dilakukan pada tahun berikutnya.
3. Adakah kad bantuan akan diberikan kepada setiap pemohon? Tidak. Bantuan akan disalurkan melalui e-wallet yang boleh digunakan melalui aplikasi Selangkah.
4. Adakah saya perlu membuat turun aplikasi Selangkah? Ya. Setiap pembayaran untuk pembelian anda hanya boleh dibuat melalui e-Wallet Selangkah sahaja.
5. Saya bukan warganegara Malaysia. Bolehkah saya memohon bantuan ini? Tidak boleh. Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan.
6. Dimanakah saya boleh mendapatkan borang pendaftaran? Secara ‘online’ di portal www.bingkasselangor.com atau melalui aplikasi SELANGKAH.
7. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar BINGKAS? Secara ‘online’ di portal www.bingkasselangor.com. Melalui aplikasi Selangkah.
8. Apakah dokumen yang perlu disertakan untuk memohon? Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan). Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan). Salinan Sijil Kematian / Bercerai / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal). Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara). Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta). Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja). Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.
9. Berapa lamakah tempoh permohonan diproses? Bergantung kepada Pejabat ADUN. Sekiranya permohonan melangkaui 3 bulan, permohonan tersebut dikira sebagai ditolak.
10. Bagaimana untuk saya tahu jika permohonan saya telah lulus? Boleh semak melalui aplikasi SELANGKAH.
11. Bolehkah satu keluarga menghantar dua permohonan? Setiap pemohon (ketua keluarga) sama ada suami atau isteri hanya boleh membuat satu (1) permohonan sahaja.
12. Bolehkah saya membuat permohonan melalui panggilan telefon? Tidak boleh. Tiada permohonan diterima melalui panggilan telefon.
13. Jika saya tidak mempunyai Slip Gaji, bagaimana boleh saya memohon? Anda boleh menyertakan penyata cukai pendapatan atau pengesahan pendapatan daripada pihak ADUN/ Penyelaras DUN / Penghulu Kawasan.
14. Saya ibu tunggal dan tidak bekerja. Bagaimanakah cara untuk saya memohon? Sila sertakan bukti sebagai ibu tunggal dan pengesahan tidak bekerja. Sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada pihak ADUN/ Penyelaras DUN / Penghulu Kawasan.
15. Di manakah saya boleh mendapatkan pengesahan jika saya tidak mempunyai Ketua Kampung / Penghulu? Boleh dapatkan pengesahan ADUN/ Penyelaras DUN atau Ahli Parlimen/ Penyelaras Parlimen di Pusat-Pusat Khidmat Masyarakat.
16. Bolehkah saya membuat permohonan melalui emel? Tidak. Permohonan mestilah dibuat secara ‘online’ menerusi laman sesawang www.bingkasselangor.com atau aplikasi SELANGKAH.
17. Jika saya tiada salah dokumen yang diperlukan, bolehkah saya masih memohon? Dokumen mestilah lengkap untuk memohon. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
18. Kenapa perlu saya sertakan salinan KWSP? Untuk mengesahkan pendapatan anda.
Baca juga:
BINGKAS Selangor – Semakan Permohonan RM300 Sebulan SELANGKAH Wallet – Semakan Bayaran eWallet BINGKAS Selangor Iltizam Selangor Penyayang – 46 Inisiatif & Bantuan Untuk Rakyat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-bingkas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-bingkas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 225 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor yang berlangsung di Glenmarie Ballroom Glenmarie Hotel Golf Resort Shah Alam Majlis anjuran Air Selangor ini diadakan sebagai tanda peng...
Bantuan Subsidi Yuran Taska Rm100 Asuh Pintar 2025

Bantuan Subsidi Yuran Taska Rm100 Asuh Pintar 2025

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 165 hits
PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI TASKA ASUH PINTAR SESI 2025 TELAH DIBUKA YAWAS menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM 100 00 bagi yang layak Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan subsidi ini syarat kelayakan serta cara untuk memb...
Ketahui Apa Itu Bingkas Inisiatif Sokongan Keluarga Di Selangor

Ketahui Apa Itu Bingkas Inisiatif Sokongan Keluarga Di Selangor

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 141 hits
Ketahui Apa Itu BINGKAS Inisiatif Sokongan Keluarga Di Selangor Kerajaan Selangor telah memperkenalkan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor sejak tahun 2022 Program ini merupakan kesinambungan kepada Program Kasih Ibu Smart Selangor...
September 2025 A Great Increase In Sales Of New Cars In Europe

September 2025 A Great Increase In Sales Of New Cars In Europe

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 254 hits
The growth in new EU car registrations remained positive and stands at 0 9 year to date in September 2025 which is the third month of growth in a row To some extent this new momentum has been spurred by the introduction of new models with S...
Hari Landskap Negara 2025 Di Tasik Layang Layang Pasir Gudang Johor

Hari Landskap Negara 2025 Di Tasik Layang Layang Pasir Gudang Johor

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 359 hits
Hari Landskap Negara 2025 di Tasik Layang Layang Pasir Gudang Johor Throwback cerita haritu semasa Sambutan Hari Landskap Negara 2025 yang telah berlangsung pada tarikh 25 hingga 30 Jun 2025 di Taman Bandar Bukit Layang Layang Pasir Gudang ...
50 Blog Terbaik Malaysia 2025

50 Blog Terbaik Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 208 hits
50 Blog Terbaik Malaysia 2025 50 Blog Terbaik Malaysia 2025 Senarai ini disusun sebagai rujukan gabungan blog perjalanan makanan gaya hidup teknologi berita dan personal journal Sila semak setiap pautan untuk maklumat trafik autoriti terkin...
Mywira Cara Mohon Pengeluaran Ltat 2025

Mywira Cara Mohon Pengeluaran Ltat 2025

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 270 hits
Portal MyWIRA merupakan platform digital rasmi Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang diperkenalkan untuk memudahkan pencarum menguruskan permohonan pengeluaran caruman secara dalam talian Portal ini boleh diakses melalui pautan rasmi Bermula...
Toyota Eco Youth 2025 Umum Juara Baharu Penutup Tahun Penuh Inovasi Alam Sekitar

Toyota Eco Youth 2025 Umum Juara Baharu Penutup Tahun Penuh Inovasi Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 209 hits
TOYOTA ECO YOUTH 2025 UMUM JUARA BAHARU PENUTUP TAHUN PENUH INOVASI ALAM SEKITAR DIPACU GOLONGAN BELIA SHAH ALAM 29 Oktober 2025 UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan para pemenang program Toyota Eco Youth 2025 menandakan penutup edisi ke 2...
Happening Gila Karnival Bomba Putrajaya 2025

Happening Gila Karnival Bomba Putrajaya 2025

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum wbt Tanggal 18 Oktober yang lalu adalah hari yang cukup meriah di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Presint 7 Wilayah Persekutuan Putrajaya Cuaca pada hari tue agak cantik langit yang cerah berwarna biru dan ...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Ribut Tropika Senyar Di Malaysia Fakta Terkini Impak Amaran Metmalaysia

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Poco Launches Poco F8 Series

Cara Kurangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Penemuan Unik Bekas Gangsa Dengan 300 R Di Como Itali Utara

Berbaloi Tak Beli Motor Guna Spaylater Motorcycle

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Maksud Skor Seo 83 Cadangan Naikkan Skor Ke 90 Seo

Dicalonkan Untuk Apc

Apa Yang Saya Belajar Minggu Ini

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

Potato Egg Melt Sihat Rendah Kalori Sarapan Sedap Yang Mudah Kenyang Lama Memikat