Terbaru Permohonan Bantuan Laptop Dan Tablet Dibuka Pada 15 April Ini


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Terbaru : Permohonan Bantuan Laptop Dan Tablet Dibuka Pada 15 April Ini. Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka permohonan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam, kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti untuk mendapatkan tablet atau laptop percuma pada 15 April 2022 ini.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Tan Sri Annuar Musa berkata, tablet dan laptop berkenaan akan diserahkan pada Jun hadapan.
Menurutnya lagi, kerajaan Malaysia memahami kepayahan ibu bapa yang tidak berkemampuan membeli peranti yang sekarang ini harganya telah mencecah ribuan ringgit Malaysia. Mulai 15 April, kementerian akan buka satu portal di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon laptop atau tablet.
“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit nak beli laptop atau tablet. Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online, kerajaan akan berikan percuma, “ – YB TAN SRI ANNUAR HAJI MUSA
Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia:Bantuan Tablet Dan Laptop Kepada Pelajar IPT Apakah itu Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia? Melalui Kerajaan Malaysia, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Malaysia yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti iaitu  Tablet dan Laptop kepada setiap satu orang pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT) samaada awam dan swasta.
Peruntukan Kerajaan Malaysia bagi bajet 2022 amatlah banyak,diantara inisiatif dari bajet 2022 adalah kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta bagi menjayakan Program Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia. Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Walaubagaimanapun,Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang bakal ditetapkan.
Apakah Syarat Dan Kelayakan? Kelayakan adalah kepada Mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 sahaja iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 ,mereka layak memohon inisiatif ini. Program ini akan dapat membantu meringakan beban dan memudahkan urusan keluarga dalam memberikan kepentingan pelajaran kepada anak-anak yang belajar di IPT.
Inisiatif Pakej Perantitsiswa ini juga melibatkan kesemua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Apakah Syarikat-Syarikat Telekomunikasi Yang Bakal Terlibat? Buat masa ini,antara syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :
Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES). Pemberian tablet ini kepada pelajar adalah kerjasama antara kerajaan bersama syarikat-syarikat telekomunikasi. Ini akan memudahkan dan memastikan kelompok yang layak mendapatkan tablet percuma.

Bagaimanakah Permohonan/Pendaftaran Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia: Bantuan Tablet Dan Laptop Percuma? Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini akan bermula pada 15 April 2022.
Proses perolehan bagi inisiatif Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia ini sedang dijalankan dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022, seterusnya akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut terlebih dahulu oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini bagi memastikan program ini berjalan lancar. Pemberitahuan Maklumat lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat .
“Satu Pelajar, Satu Tablet Percuma” Terbaru : Permohonan Bantuan Laptop Dan Tablet Dibuka Pada 15 April Ini. Kerajaan Malaysia melalui peruntukan bajet 2022 berserta slogan “Keluarga Malaysia” giat berusaha dan akan memastikan bantuan- bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan. Usaha kerajaan menyediakan tablet percuma adalah langkah untuk memudahkan pelajar IPT mendapatkan kemudahan belajar secara alam maya. Semoga pelajar IPT awam atau swasta dapat memanfaatkan sebaiknya pemberian bantuan Tablet percuma dari kerajaan Malaysia.
TERBARU: PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP DAN TABLET DIBUKA PADA 15 APRIL INI!
Mr Mizan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/04/permohonan-laptop-tablet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Permohonan Bkm Tambahan Rm500 Terbaru April 2022

Cara Permohonan Bkm Tambahan Rm500 Terbaru April 2022

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 240 hits
Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah Permohonan BKM Tambahan RM500Tahukah anda terdapat...
Permohonan Laptop Tablet Percuma Pelajar Ipt B40

Permohonan Laptop Tablet Percuma Pelajar Ipt B40

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 381 hits
PERMOHONAN LAPTOP TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40 Kepada mahasiswa institut pengajian tinggi bagi khusus bagi pelajar daripada golongan B40 yang berkelayakan boleh membuat permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia supaya dapat mengguna...
Permohonan Bantuan I Fitri Rm250 Rm400 Bagi Negeri Terengganu Tahun 2022

Permohonan Bantuan I Fitri Rm250 Rm400 Bagi Negeri Terengganu Tahun 2022

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 249 hits
Permohonan Bantuan I Fitri RM250 RM400 Bagi Negeri Terengganu Tahun 2022 Kerajaan Terengganu baru sahaja mengumumkan pengumuman terbaru berkenaan Bantuan bagi Bantuan dana raya iaitu i Fitri yang bernilai RM56 juta akan dibayar kepada 148 7...
Huawei Mulai Perkenalkan Keunggulan Dua Laptop Matebook D Series Terbaru

Huawei Mulai Perkenalkan Keunggulan Dua Laptop Matebook D Series Terbaru

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 162 hits
Huawei MateBook D14 dan D15 akhirnya melenggang ke pasar Indonesia pada tanggal 12 April 2022 mendatang Dua laptop besutan Huawei itu memiliki desain yang terbuat dari aluminium sehingga laptop ini memiliki desain yang premium dan kokoh
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Dibayar Pada 25 April 2022

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Dibayar Pada 25 April 2022

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 233 hits
BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI DIBAYAR PADA 25 APRIL 2022Kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kerajaan juga se...
Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Rm450

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Rm450

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 260 hits
PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK RM450 Kepada ibu warga Sarawak yang baru melahirkan anak kerajaan negeri Sarawak telah memperkenalkan satu inisiatif Bantuan Ibu Bersalin Sekiranya layak anda boleh membuat permohonan Disini kami akan...
Msi Global Luncurkan Deretan Laptop Seri Business Productivity Terbaru

Msi Global Luncurkan Deretan Laptop Seri Business Productivity Terbaru

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 190 hits
Seluruh laptop MSI dari seri Business Productivity terbaru ini telah dibekali prosesor Intel Core generasi ke 12
Permohonan Bkm Bantuan Tambahan Bkm Rm500 Kepada Mereka Yang Layak L Semak Segera

Permohonan Bkm Bantuan Tambahan Bkm Rm500 Kepada Mereka Yang Layak L Semak Segera

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 281 hits
Permohonan BKM Bantuan Tambahan BKM RM500 Kepada Mereka Yang Layak Kerajaan telah mengumumkan pemberian terbaru berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia bagi Fasa 1 yang tergolong dari kategori Isi rumah Warga emas tiada pasangan dan bujang berd...
Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas Kwsp 10k Mulai 09 April 2022

Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas Kwsp 10k Mulai 09 April 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 639 hits
Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 10K Mulai 09 April 2022 Semak Permohonan pengeluaran khas KWSP boleh disemak mulai esok 09 04 2022 Pemohon yang telah memohon boleh melayari link semakan Berikut adalah link bagi Pengeluaran Kha...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket