Permohonan Agihan Khas Zakat Lznk Rm300


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
 

Permohonan Agihan Khas Zakat LZNK RM300 kini dibuka selama tiga minggu bermula daripada 18 Julai sehingga 7 Ogos 2021. Permohonan hanya boleh dikemukakan secara dalam talian sahaja. Agihan Khas Zakat ini akan diberikan secara sekaligus (One Off) sebanyak RM 300 bagi setiap ketua keluarga yang terjejas pendapatan dan tinggal dalam negeri Kedah sahaja.

Siapakah yang LAYAK menerima skim zakat ini? Beragama Islam Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya satu (1) tahun. Golongan yang terjejas pendapatan disebabkan Covid-19 dan mempunyai pendapatan isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar). Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan. Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah. Apakah bentuk kriteria kelayakan bagi memohon skim zakat ini? Hilang pendapatan disebabkan sakit, diberhentikan kerja, pengurangan gaji, cuti tanpa gaji sehingga boleh menimbulkan masalah emosi dan rumah tangga. Dibelenggu masalah kesihatan seperti penyakit kronik yang melibatkan kos rawatan yang tinggi atau jangkitan Covid-19 sehingga terhalang pergerakkan untuk bekerja dan terpaksa dikuarintin. Dibelenggu masalah kesempitan hidup dan tertekan kerana kehabisan wang simpanan kecemasan. Mempunyai masalah bebanan hutang ketika Pandemik Covid-19 seperti hutang bil air, elektrik, sewa rumah, kenderaan, pendidikan dan lain-lain. Terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asas diri dan keluarga seperti makanan, ubat, susu bayi, pendidikan anak-anak, pengangkutan dan bukan hutang untuk tujuan bermewah. Peniaga yang terjejas perniagaan dan sedang menanggung hutang seperti sewa kedai, utiliti dan tunggakkan gaji pekerja. Hutang keperluan asasi asnaf miskin, guru-guru dan petugas di sekolah agama rakyat yang terjejas. Bagaimanakah kaedah membuat permohonan? Semua dokumen sokongan tidak perlu disahkan kecuali surat pengesahan pendapatan bagi yang tiada slip gaji atau tidak bekerja. Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan seperti kategori berikut:
Kategori (Status)
– Suami (Jika berkahwin)
– Isteri (Jika bercerai (cerai hidup/cerai mati)
– Isteri (Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah)
– Anak (Jika ibu bapa uzur dan terlantar sakit) Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) menerusi Sistem Permohonan Agihan Zakat menerusi pautan (link) https://agihan.zakatkedah.com.my dengan memilih Skim Agihan Khas Zakat serta memuat naik lampiran dokumen-dokumen berikut :
1. Kad Pengenalan Pemohon sahaja. (Diwajibkan Depan & Belakang).
2. Sijil nikah / surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).
3. Slip gaji, penyata pendapatan, pencen, surat diberhentikan, cuti tanpa gaji dan sebagainya (jika berkenaan). Bagi yang TIDAK BEKERJA atau TIADA SLIP GAJI, sila cetak Surat Pengesahan Pendapatan atau dapatkan di Pejabat Zakat Daerah berdekatan).
4. Penyata akaun bank pemohon (Akaun ASB dan Tabung Haji tidak
dibenarkan).
5. Bukti Bermastautin Pemohon : Bil Elektrik / Air / Telefon dan lain-lain bil (atas nama/alamat Pemohon).
6. Laporan perubatan daripada doktor perubatan Hospital Kerajaan. (Jika ada).
7. Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja
akan dipertimbangkan permohonan. Jika saya TIDAK BERKERJA atau TIADA SLIP GAJI, apakah tindakan yang perlu saya buat? Anda perlu mencetak Surat Pengesahan Pendapatan (muat turun surat
tersebut seperti yang disediakan di bawah ini) Lengkapkan surat pengesahan pendapatan. Dapatkan pengesahan dari Imam / Penolong Amil Kariah / Ketua Kampung JPKK / Penghulu / Pegawai Kumpulan A Muat naik (upload) surat tersebut ke dalam Sistem Permohonan Agihan Zakat. Dapatkan “Surat Pengesahan Pendapatan & Soalan Lazim Agihan Zakat LZNK” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: 
Borang Pengesahan Pendapatan SOALAN LAZIM (FAQs) – AGIHAN KHAS ZAKAT Maklumat Lanjut Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Nombor Pejabat Zakat Daerah masing-masing.
Ibu Pejabat: 019-4181740 Kota Setar: 04-7318005 / 019-5739155 Kubang Pasu: 04-9171561 / 019-4967255 Kuala Muda: 04-4411881 / 019-4122155 Kulim: 04-4900873 / 019-5732155 Baling: 04-4702428 / 013-4529155 Sik: 04-4695895 / 019-4104255 Padang Terap: 04-7866239 / 019-5172155 Pendang: 04-7594515 / 019-4123155 Yan: 04-4683482 / 019-4804155 Pokok Sena: 04-7821513 / 019-518 6155 Bandar Baharu: 04-4079670 / 019-4738255 Langkawi: 04-9660179 / 019-4753155 Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:
Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan Bantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40, dan M40 Semoga perkongsian Permohonan Agihan Khas Zakat LZNK RM300 ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat bantuan ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan.
Permohonan Agihan Khas Zakat LZNK RM300
Noorazlin Abu Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/07/permohonan-agihan-khas-zakat-lznk-rm300.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Borang Permohonan Bantuan Zakat Kedah 2021 One Off Rm300

Borang Permohonan Bantuan Zakat Kedah 2021 One Off Rm300

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 688 hits
Borang Permohonan Bantuan Zakat Kedah Bantuan khas buat para asnaf negeri Kedah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah Objektif utama bantuan zakat Kedah ini adalah untuk meringankan ...
Bantuan Khas Rm600 Kepada Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Rm300 Kepada Pesara Kerajaan

Bantuan Khas Rm600 Kepada Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Rm300 Kepada Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 290 hits
Kerajaan akan memberikan bantuan kewangan RM 600 kepada penjawat awam dengan gred 56 ke bawah dan RM300 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahniah kepada semua penjawat awam dan pesara...
Permohonan Bantuan Kewangan Khas Oku

Permohonan Bantuan Kewangan Khas Oku

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 318 hits
Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU kini dibuka Bantuan ini merupakan Bantuan Kewangan Khas OKU Bantuan ini merujuk kepada bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU yang terkesan teruk akibat pandemik COVID ...
Bantuan Kewangan Khas Oku Sehingga Rm1500 Pemulih Syarat Dan Cara Mohon

Bantuan Kewangan Khas Oku Sehingga Rm1500 Pemulih Syarat Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 263 hits
Dalam Pakej PEMULIH Kerajaan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada golongan orang kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja untuk tempoh 3 bulan Jadi siapakah yang layak untuk menerima bantuan ini Jangan lupa sub...
Edisi Khas Mingguan 032 Panas Mahiaddin Sah Miliki Sokongan Majoriti

Edisi Khas Mingguan 032 Panas Mahiaddin Sah Miliki Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 234 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0311 MAHIADDIN DICABAR BAWA USUL UNDI PERCAYA 2 PECAH AMANAH SYED SADDIQ MENGAKU TIDAK BERSALAH TUDUHAN 3 SELAMATKAN TH ORANG POLITIK HANYA TAHU MENJAHANAMKAN
Tiada Bahas Dan Tiada Usul Najib Persoal Ini Sidang Khas Parlimen Atau Nak Pergi Kelas

Tiada Bahas Dan Tiada Usul Najib Persoal Ini Sidang Khas Parlimen Atau Nak Pergi Kelas

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMOUR Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menyifatkan Persidangan Khas Dewan Rakyat bermula 26 Julai ini sebagai sesi murid dan guru dan bukan sidang Parlimen kerana tidak ada perbahasan atau pembentangan usul Beliau berkata ...
Edisi Khas Mingguan 031 Panas Istana Terima Memorandum Peletakan Jaw

Edisi Khas Mingguan 031 Panas Istana Terima Memorandum Peletakan Jaw

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 181 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0311 KABINET PERLU MOHON MAAF KEPADA RAKYAT 2 MEMORANDUM DESAK MAHIADDIN LETAK JAWATAN DIHANTAR KE ISTANA NEGARA 3 SOKONGAN MENTERI TIDAK PENTING MAHIADDIN PERLU BUKTIKAN DI DEWAN RAKYAT
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024