Permintaan Terakhir Muallaf Alangkah Indahnya Kalau Ada Kesefahaman Begini
Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor menerima panggilan dari satu keluarga bukan Islam berkenaan kematian salah seorang ahli keluarga mereka yang telah memeluk Islam. Tindakan pantas diambil dengan turun ke Jabatan Forensik Hospital malam tadi.
Perbincangan bersama keluarga berlangsung dalam suasana yang baik dan saling memberikan kerjasama bagi memastikan pengurusan jenazah dapat dilaksanakan dengan lancar. Alhamdulillah pihak keluarga bersetuju untuk menyerahkan jenazah diuruskan mengikut cara agama Islam. Dan permintaan terakhirnya adalah mohon untuk salah seorang pegawai Zakat Selangor yang menguruskannya dapat menjadi imam bagi solat jenazahnya dan mendoakannya.
Pihak keluarga berhajat menunaikan permintaan tersebut dan dengan izin Allah, jenazah ini telah disolatkan oleh pegawai berkenaan.
Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan selesai tengah hari tadi. Pihak keluarga yang bukan Islam mengucapkan terima kasih dan menghargai setiap pertolongan dari pihak zakat, hospital dan tanah perkuburan.
Semoga Allah kurniakan petunjuk buat keluarga ini. Sedih hati petugas kami tatkala ibunya melatakkan bunga dan mencium anaknya sambil kami berikan kata - kata semangat bahawa Islam tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan, almarhum tetap anaknya dan bila - bila waktu lapang jika keluarga bukan Islam ingin menziarahi kuburnya kami benarkan dan tiada sebarang halangan.
Sama - sama kita doakan semoga Allah kurniakan keampunan dan rahmat rohnya dan tempatkannya di kalangan orang yang beriman. "Bersama kami membantu mustahiq"
ibnuhusain
MR : Indahnya Malaysia kalau semuanya memahami hidup dalam masyarakat majmuk
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2020/09/permintaan-terakhir-muallaf-alangkah.html