Permaisuri Agong Dedah Ada Baju Kurung Kain Tenun Bauksit



PEKAN: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, hari ini, mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit.

Tunku Azizah bertitah, kain berkenaan ‘diilhamkan’ apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya terbabit dalam perlombongan bauksit yang menjadi isu alam sekitar kontroversi di Kuantan pada hujung 2014.

“Apabila saya dituduh mengorek bauksit, saya telah panggil (wakil) Penjara Penor untuk ambil bauksit dan keluarkan satu tenun Diraja Pahang menggunakan warna daripada bauksit.

“Penjara Penor keluarkan kain itu yang saya panggil tenun bauksit.. bauksit menghasilkan warna yang cantik dan saya harap warna bauksit boleh menjadi produk Pahang,” titah baginda ketika berucap merasmikan Bengkel Kreatif Pewarna Natural di Muzium Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin; dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.



Untuk rekod, Penjara Penor di sini adalah antara agensi penting dalam penghasilan produk tenun Diraja Pahang, selain Penjara Bentong yang ilmu menenun kain berkenaan diajar dan dihasilkan oleh banduan di situ.

Tunku Azizah seterusnya berharap penggunaan bahan alam semula jadi seperti daripada akar dan daun dalam penghasilan tenun Diraja Pahang dapat diperluaskan, sekali gus dilihat boleh membawa produk tekstil Pahang itu ke tahap lebih membanggakan.

Baginda juga berkenan berkongsi cerita, dalam mencari ilmu berkaitan warna dan tekstil, baginda dan rombongan menjelajah ke pelbagai negara antaranya ke Indonesia, Kemboja, Laos dan Thailand untuk ‘mencari mereka yang pakar’.

“Saya bawa rombongan untuk pelajari teknik yang digunakan, selain corak yang cantik yang boleh kita contohi. Apabila rombongan ini mengikut saya, mereka tahu ia bukanlah bercuti... dari jam 8 pagi sudah keluar dan balik hanya pada waktu malam.

“Sejak saya mengambil alih tenun Diraja Pahang pada 2005, banyak kejayaan yang dinikmati dan kita tidak boleh maju jika tidak menimba ilmu daripada pakar lain yang ada,” titah baginda. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/02/permaisuri-agong-dedah-ada-baju-kurung.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Kurung Viral Tak Payah Gosok Love Love Love

Baju Kurung Viral Tak Payah Gosok Love Love Love

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1185 hits
Koleksi Sabella terbaru Estella 2 0 Material kain moss crepe korea Sangat best ironless senang mudah kerja mak mak sekalian alam yang paling penting nampak cantik dan efek kurus Harga asal RM129 harga promosi sekarang RM79 dan lagi jimat ji...
Percutian Bandung Part 2 Day 1 Misi Cari Kain Lace Baju Raya Di New Chand Moda

Percutian Bandung Part 2 Day 1 Misi Cari Kain Lace Baju Raya Di New Chand Moda

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 1704 hits
PERCUTIAN BANDUNG PART 2 DAY 1 MISI CARI KAIN LACE BAJU RAYA DI NEW CHAND MODA TEXTILE TAILOR BANDUNG INDONESIA Hari pertama tempat kedua di Bandung Indonesia adalah misi mencari kain baju untuk raya Haha awal sungguh naaa Mestilah awal bul...
Hiburan Perasaan Yang Hancur Hati Yang Pecah Hatta Dolmat Dedah Konsep Baju Sufian Suhaimi

Hiburan Perasaan Yang Hancur Hati Yang Pecah Hatta Dolmat Dedah Konsep Baju Sufian Suhaimi

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 648 hits
Kehangatan persembahan Sufian Suhaimi di AJL 33 masih lagi terasa dan ramai yang masih belum dapat move on dengan kejutan beliau membawa pelamin di atas pentas Bukan itu sahaja suit hitam dengan corak merah di dada yang dipakai oleh Sufian ...
10 Inspirasi Model Baju Bukan Kebaya Dari Kain Tule Buat Kondangan Atau Acara Tunangan Kece

10 Inspirasi Model Baju Bukan Kebaya Dari Kain Tule Buat Kondangan Atau Acara Tunangan Kece

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1156 hits
Dapet kain tule untuk seragam bridesmaid tapi bosan kalau dijahit model kebaya Coba deh baca artikel ini
Cool Bossku Baju Kimono Jepun Untuk Muslimah

Cool Bossku Baju Kimono Jepun Untuk Muslimah

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 1193 hits
Anda ingin melakukan kelainan pada baju Hari Raya anda kerana anda seorang instafamous OOTD yang gemarkan like dan view yang tinggi Mungkin idea ini membolehkan hasrat anda tercapai tanpa dikecam netizen dengan menggabungkan Baju Kimono Dar...
Fadli Zon Sindir Jokowi Lewat Kisah Petruk Ngomong Salah Pakai Baju Salah

Fadli Zon Sindir Jokowi Lewat Kisah Petruk Ngomong Salah Pakai Baju Salah

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 329 hits
Wakil Ketua Umum Partai Gerindra Fadli Zon menyindir Presiden Joko Widodo atau Jokowi lewat kisah pewayangan Petruk Dadi Ratu Fadli bercerita tentang tokoh petruk yang tak pantas menjadi raja
Kalau Nak Bertudung Baju Semua Macam Mana Nonny Nadirah Kongsi Pengalaman Berhijabnya Dengan Netizen

Kalau Nak Bertudung Baju Semua Macam Mana Nonny Nadirah Kongsi Pengalaman Berhijabnya Dengan Netizen

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 1092 hits
Selepas blk dari mengerjakan ibadah umrah sy masih freehair lagi pergi program pun x pakai tudung dan selepas sehari kemudian sy terdetik mengajak sahabat sy utk teman sy pergi membeli bbrp helai tudung ada pun tudung ataupun shawl sblm ini...
Ada Netizen Hantar Gambarnya Pakai Baju Tali Halus Ini Reaksi Serious Dari Pelakon Sensasi Emma Maembong

Ada Netizen Hantar Gambarnya Pakai Baju Tali Halus Ini Reaksi Serious Dari Pelakon Sensasi Emma Maembong

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 1553 hits
Susulan sekeping foto gadis mirip pelakon Emma Maembong yang tampil seksi sambil posing dalam keaadan berbaring yang sudah pun viral di media sosial Emma menjelaskan gambar tersebut bukanlah dirinya Sebaliknya ia telah disunting pihak tak b...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu