Permainan Untuk Hilangkan Stress Dan Bosan
Assalamualaikum, kerja menghadap komputer seharian memang boleh bosan dan stress. Apalagi kalau tiada rakan sekerja yang boleh diajak berbual . Lisa jadi teringat pula dengan permainan yang ada dalam komputer zaman dulu-dulu sebelum smartphone dan internet dihujung jari . Meh Lisa list kan senarai permainan online untuk hilangkan stress dan bosan.
SENARAI PERMAINAN UNTUK HILANGKAN STRESS DAN BOSAN. Salah satu game yang Lisa suka mainkan masa lenggang iaitu Solitaire. Korang mesti dah pernah dengar kan nama game yang satu ini .. Lisa sendiri suka game yang rilek rilek dan tak nak download di phone sebab boleh makan storage . Satu lagi bukan jenis yang kena singn up or daftar kalau nak main. Solitaire ni boleh dimainkan tanpa perlu daftar dulu. Permainan online untuk hilangkan stress dan bosan korang boleh terus pilih je di solitaire.org .
1. SOLITAIRE Salah satu game kegemaran Lisa ialah solitaire , ni ha yang Basic je . Nama je basic , tapi menguji minda sungguh lahai . Boleh berjam-jam untuk main ni je. Selagi tak menang , selagi tu la akan cuba banyak kali . Hahaha kadang tak sampai permainan tu berakhir , dah terus refresh mula baru .
Sambil tunggu idea nak buat content, rehat sekejap cari ilham nak menulis .
2. CARD
Jangan risau , setiap permainan ada guideline dia . Lisa main belasah je hahaha. Card yang ini senang nak main la , lagi senang dari freecell tadi . Yang ini takdela main dengan robot .. korang ada peneman diatas tu jadi tak berapa bosan la . Rasa sangat senang je yang game card ni .
3. MAHJONG Yang ni serious Lisa tak paham walaupun satu, hahaha! Tapi amoi tempat satu kerja ni dia suka sangat dengan game online Mahjong ni . Boleh lawan dengan orang lain juga . Mahjong kan memang suka dimainkan oleh chinese. Nak main guna meja mesti leceh atau kat rumah sahaja , online senang sikit sebab boleh main anytime dan boleh asah otak n trick tuk pandai main .
4. HIDDEN OBJECT
Bagi korang yang suka permainan teka-teki untuk uji minda korang , boleh tery game Hidden ni . Ada macam-macam jenis dalam game ini. Dalam permainan Hidden yang Lisa main ni , perlu cari number yang tersembunyi . Boleh zoom kan gambar ketika bermain . Mencabar sungguh padahal baru level kedua , mybe sebab Lisa jenis tak reti sabar hahaha . OK nexttttt !
5. WORD
WORD Search , mesti korang dah pernah nampak and pernah main kan ? Biasa kita panggil Teka-teki Silang Kata . Hampir semua orang pernah cuba main permainan ini. Dulu dalam sesetengah majalah dan surat kabar mesti ada. Sekarang hilang ditelan masa sebab orang nak baca berita dah melalui online sahaja . Best juga main permainan Word Search ni . Korang cubalah , free je tak perlu bayar dan tak perlu nak beli majalah dah . Rasa kembali ke zaman dulu pula , bezanya kita boleh main secara online je bila-bila saja.
Ada banyak lagi pilihan game di solitaire.org , ikut pada minat korang la . Nak main senang je sebab tak perlu nak daftar atau nak log-in. Semuanya free sahaja tak berbayar pon .
Korang suka main game apa untuk hilangkan stress dan bosan ?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciksepet.com/2022/12/permainan-online-untuk-hilangkan-stress.html