7 Permainan Tradisi Zaman Kanak Kanak
Assalamualaikum ! Jika diimbau kembali zaman kanak-kanak kita, kita akan berkumpul setiap petang di padang, halaman rumah mahupun taman permainan untuk bermain bersama rakan-rakan.Walaupun permainan yang dimainkan ketika itu tidak secanggih permainan di gajet anak-anak pada masa kini, ianya tetap menghiburkan dan menyeronokkan serta menjadi kenangan terindah buat kita, bukan ? Permainan tradisi zaman kanak-kanak diantaranya Tingting , congkak, baling selipar , lompat getah dan banyak lagi.
Antara permainan yang Lisa suka seperti congkak , lompat tikus , lompat getah .Balik sekolah dulu atau hujung minggu memang dah pakat dengan kawan untuk main bersama. Batu Seremban sampai terbawa-bawa ke sekolah sebab boleh dimainkan masa rehat.
7 PERMAINAN TRADISI ZAMAN KANAK-KANAKBerikut merupakan senarai 7 permainan tradisi yang mempunyai banyak manfaaatnya dan patut dimainkan bersama anak-anak atau dimainkan semula oleh mereka.
1. TINGTING
Sebagaimana yang kita semua tahu, tingting merupakan permainan tradisional yang sememangnya popular sejak zaman dahulu lagi. Duli Lisa main dengar guna batu bata merah tu tuk garis atas jalan di depan laman rumah .
2. LOMPAT TIKUS
Permainan lompat tikus ini memerlukan pergerakan berlari, melompat dan juga merangkak bagi melepasi halangan tangan serta kaki dua orang rakan sepermainan.
3. LOMPAT GETAH
Lompatan melintasi rantaian gelang getah pada tahap yang rendah sememangnya melegakan. Tetapi apabila ketinggian ditingkatkan, kita pasti memikirkan teknik terbaik untuk melakukan lompatan di atas rantaian gelang getah tersebut. Kadang kala kita perlu berlari dari jauh untuk mendapatkan impak lompatan yang tinggi bagi melepasi gelang getah.
Jika dahulu kita menggunakan rantaian gelang getah untuk bermain lompat getah, kini anak-anak boleh bermain lompat getah dengan menggunakan ‘skipping rope’.
4. BATU SEREMBAN
Walaupun permainan batu seremban ini merupakan permainan tradisional yang hanya memerlukan kita duduk sahaja untuk bermain, ianya memerlukan fokus yang sangat tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk membaling dan menangkap semula batu yang dibaling itu.
5. CONGKAK
Jangan kata anak, ibu bapa juga pasti akan berasa seronok sekiranya dapat bermain congkak ini. Permainan congkak memerlukan pergerakan tangan, pergelangan tangan dan jari jemari tangan yang cekap untuk bermain.
6. MAIN LIDI
Jika dahulu kita menggunakan lidi sate untuk bermain lidi ini, kini, anak-anak mempunyai alternatif untuk bermain lidi dengan menggunakan lidi bewarna-warni yang dijual di pasaran. Rasa seronok sungguh masa memperoleh banyak lidi tu.
7. BALING SELIPAR . Yang ni rasa dah jarang nak tengok sekarang. Permainan baling selipar ni sangat senang hanya perlu kumpulkan selipar dan kemudian bentuk tegak menjadi tiga segi. Cara permainan dengan membaling selipar kearah selipar yang telah disusun tadi . Seronok wuu !
Game Online Banyak Pilihan Permainan Tanpa Penuhkan Storage Phone.Seiring dengan perkembangan zaman sekarang , ramai yang lebih gemar bermain gajet seperti telefon pintar, tablet, komputer yang canggih dah menguasai dunia permainan sekarang. Tambah lagi, kita sekarang online hanya di hujung cari. Nak cari game pun dah online sekarang. Banyak permainan yang korang boleh cari di plays.org
Lisa sendiri pon suka main game juga. Penat kerja, boleh la kurangkan sedikit stres tu sambil tunggu cari idea nak buat content. Antara game favourite seperti , tetra blocks, dulu dulu ada di gameboy ... sekarang boleh main online je . Untuk Senarai permainan yang baru boleh tengok di https://plays.org/games/ . Senanglah , tak perlu install di phone kalau taknak storage penuh.
Nak main game dalam ni boleh baut online je , tak perlu login atau install dulu . Banyak pilihan yang boleh dimainkan.
Yeay boleh dapat score 26,675 nanti nak cuba lagi agar dapat score lebih tinggi.
Permainan education pon ada juga . Yang ini boleh uji minda korang juga la dalam susun ayat . Banyak lagi pilihan yang boleh dipilih dari yang mudah sampailah yang susah. Nah... itu je la perkongsian dari Lisa kali ini. Nak sambung main tetra blocks hihihi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciksepet.com/2022/12/7-permainan-tradisi-zaman-kanak-kanak.html