Perlukah Memberi Anak Anak Ubat Cacing






Penulisan Dr Zubaidi kali ini akan memberitahu kepentingan memberikan ubat cacing pada kanak-kanak. Kadang kala ibu bapa ‘terlepas pandang’ mengenai hal ini. Jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh. 
Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan.  Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai. 
Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil. Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di usus ketika proses penghadaman. Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan dikeluarkan melalui najis. 
Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa jangkitan parasit cacing. Selain itu cacing juga boleh memasuki tubuh melalui kulit kaki yang terdedah.
Terdapat pelbagai jenis cacing yang menjadikan tubuh kita sebagai tempat untuk mereka membesar dan membiak. Antaranya cacing cangkuk ,cacing gelang , cacing benang , cacing kerambit dan cacing pita . 
Oleh itu berhati-hatilah ketika memakan makanan yang dikhuatiri tidak dimasak dengan sempurna. Jika menggunakan tandas awam, pastikan kita membersihkan mangkuk tandas sebelum duduk di atasnya. 
Antara simptom-simptom yang disebabkan cacing dalam tubuh ialah pucat akibat (kekurangan darah merah), cepat rasa lemah dan letih, kurang selera makan, dan abdomen yang kembung. Adakalanya terdapat juga tanda-tanda kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur. 
Cacing-cacing ini akan mengambil nutrien makanan yang diserap ketika kita makan dan menyebabkan tubuh mengalami kekurangan zat makanan. Inilah yang menyebabkan kanak-kanak akan menjadi cepat penat dan perkembangan fizikal mereka mudah terganggu. 
Selain itu jangkitan cacing yang kronik memberikan kesan yang merbahaya. Ini bermakna cacing telah berada di dalam tubuh bertahun-tahun tanpa disedari. Sebagai contoh, cacing pita boleh menyebabkan kerosakan pada otak, cacing kerambit boleh menyebabkan luka pada usus sementara cacing gelang boleh menyebabkan usus tersumbat, sembelit dan kembung abdomen. 
Soalan yang biasa ditanyakan kepada saya ialah berapa kerap kanak-kanak perlu diberikan ubat cacing. Tidak banyak doktor yang ingin menjawab soalan ini, malah pakar paediatrician juga seolah-olah merahsiakan ‘formula’ ini. Memberikan ubat cacing selalunya diberikan dalam jarak antara enam bulan hingga setahun sekali. 
Jarang sekali kanak-kanak mengalami kesan sampingan yang merbahaya dari ubat yang dimakan. Selalunya cacing mati yang dikeluarkan akan menyebabkan kulit kanak-kanak itu menjadi ruam dan mereka mengadu kegatalan.   
Deworming secara berkala juga akan membantu mengeluarkan cacing serta telurnya dari usus kanak-kanak yang dijangkiti. Saya mengambil satu contoh produk ubat cacing yang boleh dibeli dari farmasi. Vemizol, adalah ubat cacing berbentuk suspension cecair  yang mengandungi 200mg albendazole dalam setiap 5 ml. Dos yang diberikan bergantung kepada umur kanak-kanak itu. 
 Bagi kanak-kanak  antara 1-2 tahun, 5 ml diberikan sebagai dos tunggal. Sementara bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun   ke atas, 10ml diberikan sebagai dos tunggal. Namun jika kita dapati terdapat cacing pada najis di tandas, maka dos ubat cacing ini seelok-eloknya diteruskan selama tiga hari. 
Jika masih lagi terdapat banyak cacing dalam najis pada hari ke-empat atau terdapat bukti bahawa kanak-kanak itu dijangkiti parasit cacing yang kronik, bawalah anak berjumpa dengan pakar paediatrik. Pemeriksaan najis melalui mikroskop akan memberitahu jika kanak-kanak ini telah bebas dijangkiti parasit cacing. 
 Jika keluarga memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, elok setahun sekali binatang ini diperiksa oleh doktor haiwan. Ini kerana dalam kehidupan di bandar, cacing dapat disebarkan dengan mudah melalui haiwan peliharaan. Selain kanak-kanak, haiwan peliharaan ini juga harus diberikan ubat cacing. 
Di negara dunia ketiga, jangkitan parasit cacing memberikan masalah besar pada kanak-kanak. Ia memberikan kesan kepada mereka dari segi kehadiran ke sekolah. Laporan UNICEF membuktikan kanak-kanak yang diberikan ubat cacing mempunyai berat dan perkembangan fizikal yang sempurna berbandingan mereka yang tidak diberikan ubat cacing. 
Secara amnya memberikan kanak-kanak ubat cacing setiap enam bulan sudah memadai, terutama jika anda membela haiwan peliharaan atau mempunyai risiko-risiko yang saya nyatakan tadi. Jika tidak, memberikan anak-anak kita ubat cacing setahun sekali telah memadai. 
Wa allahu ‘alam. 
Susunan: Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (200611) 


Kredit : Dr Zubaidi bin Hj Ahmad 
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/perlukah-memberi-anak-anak-ubat-cacing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Anak Tergamak Lapor Ibu Kepada P0iis Tudvh Gadaikan Tanah Penlnggaian Bapa Mereka

5 Anak Tergamak Lapor Ibu Kepada P0iis Tudvh Gadaikan Tanah Penlnggaian Bapa Mereka

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 220 hits
Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati wanita ini apabila lima orang anak kandungnya dipercayai telah melaporkan dia kepada pihak polis kerana dituduh menggadaikan geran tanah peninggalan arwah suaminya
Mengendalikan Sikap Anak Kerap Mengamuk

Mengendalikan Sikap Anak Kerap Mengamuk

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 177 hits
Q Anak saya berusia 2 tahun setengah Sejak kebelakangan ini dia kerap sangat mengamuk Dia kerap menangis dan menjerit jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak...
Ajaibnya Doa Seorang Ibu Anak Nakal Degil Terus Berubah Sikap

Ajaibnya Doa Seorang Ibu Anak Nakal Degil Terus Berubah Sikap

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 167 hits
Ajaibnya doa seorang ibu dengan hanya sebut perkataan reda anak nakal dan degil terus berubah sikap menjadi lebih baik Begitulah mustajabnya doa seorang ibu kepada anak anaknya Doa ibu bapa kepada anaknya merupakan salah satu bentuk doa yan...
Anak Kecil Di Hantar Ke Klinik Dalam Keadaan Lemah Sebab Berpuasa Doktor Kongsi Cerita

Anak Kecil Di Hantar Ke Klinik Dalam Keadaan Lemah Sebab Berpuasa Doktor Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 206 hits
Bila masuk bulan ramadan pasti ramai yang ingin mendidik anak kecil supaya berpuasa Bukan hanya ibu bapa malah anak itu sendiri yang tak sabar ingin mencuba bagaimana berpuasa di bulan yang mulia ini Unit Buhuth Pejabat Mufti Wilayah Persek...
Ramadan Pertama Tanpa Arwah Rindu Air Tangan Sarah Demi Anak Shuib Kuat

Ramadan Pertama Tanpa Arwah Rindu Air Tangan Sarah Demi Anak Shuib Kuat

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 207 hits
Tahun ini sememangnya cukup berbeza buat pelawak Shuib Sepahtu apatah lagi menyambut Ramadan tanpa isteri tercinta Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin Mengakui berasa sedih Shuib berkongsikan kenangan mereka ketika Ramadan dimana dia dan ar...
Berdamailah Dengan Air Mata Anak Perasaan Bukan Untuk Dibaiki Dihilangkan

Berdamailah Dengan Air Mata Anak Perasaan Bukan Untuk Dibaiki Dihilangkan

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 170 hits
Perkara yang paling sukar untuk ibu ayah hadapi tentu sekali bila si kecil mula meragam tambah pula dengan aksi tantrumnya yang makin menjadi jadi Untuk bertenang dalam situasi ini agak sukar Menurut konsultan tangisan bayi ada beberapa per...
Pemkot Solo Bakal Bangun Rumah Sakit Ibu Dan Anak

Pemkot Solo Bakal Bangun Rumah Sakit Ibu Dan Anak

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 208 hits
Dia mencontohkan ibu sakit dengan yang akan melahirkan harus dibedakan perlakuannya Karena ibu melahirkan bukan orang sakit
Sadis Pria Di Bogor Tega Sekap Anak Tiri Tangan Dan Kaki Diikat

Sadis Pria Di Bogor Tega Sekap Anak Tiri Tangan Dan Kaki Diikat

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 219 hits
Anggota langsung ke TKP dan mengamankan pelaku yaitu ayah tiri dari korban Kaki dan tangan diikat tali plastik kata AKP Dwi saat dikonfirmasi Selasa
Hiburan Benci Habis Ni Jadi Mangsa Penceraian Netizen Sedih Ibu Dan Bapa Tiri Sanggup Tukar Nama Anak

Hiburan Benci Habis Ni Jadi Mangsa Penceraian Netizen Sedih Ibu Dan Bapa Tiri Sanggup Tukar Nama Anak

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 194 hits
Satu dilaporkan telah tular di media sosial Twitter hari ini apabila ia memaparkan seorang kanak kanak lelaki telah dinafikan haknya untuk berjumpa dengan bapa kandungnya sendiri akibat penceraian Dalam video berdurasi 1 minit lebih itu seo...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Fractional Reserve Banking

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Resepi Biskut Red Velvet Oleh Azlina Ina

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 1

Shiha Zikir Ieda Zikir Tum Tum Raya Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Asrama

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Depresi

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025

Achey Tantari Baby Feaaa Ragam Raya Chord