Ajaibnya Doa Seorang Ibu Anak Nakal Degil Terus Berubah Sikap


Ajaibnya doa seorang ibu, dengan hanya sebut perkataan reda, anak nakal dan degil terus berubah sikap menjadi lebih baik. Begitulah mustajabnya doa seorang ibu kepada anak-anaknya.
Doa ibu bapa kepada anaknya merupakan salah satu bentuk doa yang mustajab. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ
Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibu bapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi]
Seorang Pakar Psikologi popular di Kuwait, Doktor Fauziah Ad-Dabbu pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang.
Ajaibnya doa seorang ibu: Ini tulisan Doktor Fauziah “Aku bersumpah demi Allah…wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahawa engkau reda atas anak-anakmu sereda-redanya dan aku bersumpah demi Allah agar engkau tidak menghijab/menghalangi Reda-Nya kepada anak-anakmu.
Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa reda atas mereka masing-masing.”
Ini doanya:
“Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah ‘an ibnii/ibnatii…(sebut nama anak-anakmu satu persatu)…tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim bi ridhaa-ii ‘anhum”.
(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahawa aku reda kepada anak-anakku…(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu) dengan reda dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredaan-Mu kepada mereka demi redku kepada mereka).
Photo by Monstera Kemudian setelah berselang beberapa minggu berita tersebut tersebar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang ibu yang berkata bahawa aku telah mengubah kehidupannya secara total, dan sekarang dia merasa dalam kenikmatan yang tak tergambar kerana akibat do aitu terhadap dia dan anak laki-lakinya yang berumur 22 tahun.
Maka beginilah kisah si ibu tersebut:
Sejak kelahiran anakku itu aku hidup dalam penderitaan kerananya.
Dia tak pernah solat dan bahkan jarang mandi, dia sering berdebat panjang denganku dan sering membentakku dan tak menghormatiku, walaupun sudah sering aku mendoakannya.
Maka ketika membaca tulisanmu aku berkata: mungkinkah kata-kata ini benar? Nampak seperti tak masuk akal? Dan seterusnya. Dan akhirnya kuputuskan untuk mencuba anjuranmu walaupun aku tak yakin bahkan sinis mentertawakanmu.
Lalu setelah seminggu, mulai berubah nada suara anakku kepadaku dan pertama kali dalam hidupku aku tertidur dalam kedamaian dan di dalam diriku ada sedikit syak?
Dan kemudian ku dapati anakku mandi, pada hal aku tak menyuruhnya.
Minggu kedua dan aku terus mendoakannya sesuai anjuranmu, dia membukakan pintu untukku dan menyapaku, “Apa khabar ibu?” dengan suara lembut yang tak pernah ku dengar darinya sebelum itu.
Aku gembira tak terkata walaupun aku tak menunjukkan perasaanku kepadanya sama sekali.
Empat jam kemudian aku memanggilnya di telefon bimbitnya, dan dia menjawabku dengan nada yang berbeza dari biasanya, “Ibu, saya di dalam masjid dan saya baru hendak solat waktu ibu call…”
Maka aku pun tak mampu menahan tangisku, bagaimana mungkin dia yang tak pernah solat sudah mulai solat dan dengan lembut bertanya khabarku?
Tak sabar aku menanti kedatangannya dan segera aku bertanya sejak bila kamu mula solat?
Jawabnya, “Saya sendiri tak tahu ibu, waktu saya lalu dekat masjid mendadak hati saya tergerak untuk solat…..”
Sejak itu kehidupanku berubah 180 darjah dan anakku tak pernah lagi berteriak-teriak kepadaku dan sangat menghormatiku.
Tak pernah aku mengalami kebahagiaan seperti ini walaupun aku sebelumnya sering hadir di majlis-majlis zikir dan pengajian-pengajian.
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahawa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Pada hal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Sya Allah.
Sumber: Kashoorga
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang.

Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI 

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
 
 
 
 
The post Ajaibnya Doa Seorang Ibu, Anak Nakal & Degil Terus Berubah Sikap appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ajaibnya-doa-seorang-ibu-anak-nakal-degil-terus-berubah-sikap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Ibu Kekuatan Anak Baca Doa Ringkas Ini Setiap Hari Hasilnya Sangat Baik

Doa Ibu Kekuatan Anak Baca Doa Ringkas Ini Setiap Hari Hasilnya Sangat Baik

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 269 hits
Ruginya kalau sebagai ibu kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak anak Doa ibu itu tiada hijabnya Setiap hari tak kira pagi atau malam ambil peluang berdoa untuk anak anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hay...
12 Tahun Tanpa Doa Seorang Ibu

12 Tahun Tanpa Doa Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 228 hits
12 Tahun Tanpa Doa Seorang Ibu 12 Tahun Berlalu 23 Mac 2010 23 Mac 2022 23 Mac 2022 genap 12 tahun pemergian bonda tersayang Semoga The post appeared first on
Hiburan Hanya Jaga Pada Hujung Minggu Netizen Terkejut Ada Parents Hantar Anak Pada Pengasuh Seminggu Terus

Hiburan Hanya Jaga Pada Hujung Minggu Netizen Terkejut Ada Parents Hantar Anak Pada Pengasuh Seminggu Terus

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 179 hits
Bergelar ibu bapa di zaman serba mencabar ini pastinya pasangan suami isteri ingin memberikan yang terbaik buat anak anak tidak kiralah dari segi keperluan dan juga masa bersama permata hati masing masing Namun satu perkongsian di nampaknya...
5 Anak Tergamak Lapor Ibu Kepada P0iis Tudvh Gadaikan Tanah Penlnggaian Bapa Mereka

5 Anak Tergamak Lapor Ibu Kepada P0iis Tudvh Gadaikan Tanah Penlnggaian Bapa Mereka

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 208 hits
Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati wanita ini apabila lima orang anak kandungnya dipercayai telah melaporkan dia kepada pihak polis kerana dituduh menggadaikan geran tanah peninggalan arwah suaminya
Pemkot Solo Bakal Bangun Rumah Sakit Ibu Dan Anak

Pemkot Solo Bakal Bangun Rumah Sakit Ibu Dan Anak

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 195 hits
Dia mencontohkan ibu sakit dengan yang akan melahirkan harus dibedakan perlakuannya Karena ibu melahirkan bukan orang sakit
Hiburan Guru Minta Pelajar Non Muslim Makan Sorok Sorok Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa

Hiburan Guru Minta Pelajar Non Muslim Makan Sorok Sorok Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 264 hits
Sempena bulan Ramadan kebanyakkan sekolah akan membuat satu polisi dimana kantin sekolah akan ditutup bagi memastikan setiap murid beragama Islam berpuasa dan untuk murid bukan Islam pula mereka digalakkan untuk membawa bekalan dari rumah t...
Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil Yang Tak Dapat Ke Masjid

Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil Yang Tak Dapat Ke Masjid

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 182 hits
Solat terawih adalah antara keistimewaan bulan Ramadan yang dikurniakan banyak ganjaran pada mereka yang melakukannya
Ibu Bapa Di Nasihatkan Supaya Tidak Membawa Anak Anak Kecil Untuk Ke Bazar Ramadhan

Ibu Bapa Di Nasihatkan Supaya Tidak Membawa Anak Anak Kecil Untuk Ke Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 544 hits
BAGAN SERAI Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa anak anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan Covid 19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik Timbalan Menteri Kesihatan ...
Anak Kena Cubit Kat Sek0lah Ramai Marah Ibu Pergi Srang Cikgu Sebenarnya Lain Yg Jadi

Anak Kena Cubit Kat Sek0lah Ramai Marah Ibu Pergi Srang Cikgu Sebenarnya Lain Yg Jadi

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 256 hits
Kuala Lumpur Sebagai ibu bapa kita mahukan anak kita berjaya dalam akademik Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini dan yang terbesarnya berkaitan dengan persekitaran sekolah anak kita
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever