Mengendalikan Sikap Anak Kerap Mengamuk


Q: Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini (Sharifah)
A: Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
Pastikan anak anda selamat. Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut. Jangan hukum anak anda. Jangan berikan ganjaran. Jika boleh, asingkan anak anda. Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu. Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
 
Sumber: doktorbudak.com
The post Mengendalikan Sikap Anak Kerap ‘Mengamuk’ appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/mengendalikan-sikap-anak-kerap-mengamuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Yang Kerap Dimarah Degupan Jantungnya Akan Fight Flight Ataupun Freeze

Anak Yang Kerap Dimarah Degupan Jantungnya Akan Fight Flight Ataupun Freeze

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 128 hits
Apa jadi kepada pemikiran anak yang sering dimarah Ikuti penjelasan daripada Ibu Rose JAWAPAN PEMIKIRAN ANAK YANG TERLALU SERING DIMARAH AKAN BERADA DI DALAM OTAK TAKUT Otak takut adalah nama yang Ibu olah Oleh itu memang tak akan jumpalah ...
Hanya Ambil Dua Barang Tak Mengamuk Atau Merengek Ibu Ini Kongsi Pengalaman Disiplinkan Anak

Hanya Ambil Dua Barang Tak Mengamuk Atau Merengek Ibu Ini Kongsi Pengalaman Disiplinkan Anak

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 191 hits
Pernahkah ibu bapa terfikir untuk melibatkan anak anak sewaktu membuat pilihan barangan dan sebagainya Seharusnya setiap ibu dan bapa melatih anak anak berbelanja ketika kecil supaya mereka lebih peka untuk membeli secara bijak lebih lebih ...
Anak Sikit Sikit Nak Mengamuk Dia Dalam Fasa Nak Beritahu Sesuatu Pada Ibu

Anak Sikit Sikit Nak Mengamuk Dia Dalam Fasa Nak Beritahu Sesuatu Pada Ibu

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 172 hits
Jujurnya anak yang sikit sikit nak mengamuk dan menangis ni boleh buat orang tak selesa Tambah pula kalau datang dengan pakej menjerit bagai nak tercabut anak tekak memukul menendang berguling atau hentak kepala Jika PUNCA merengek itu sesu...
Ajaibnya Doa Seorang Ibu Anak Nakal Degil Terus Berubah Sikap

Ajaibnya Doa Seorang Ibu Anak Nakal Degil Terus Berubah Sikap

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 153 hits
Ajaibnya doa seorang ibu dengan hanya sebut perkataan reda anak nakal dan degil terus berubah sikap menjadi lebih baik Begitulah mustajabnya doa seorang ibu kepada anak anaknya Doa ibu bapa kepada anaknya merupakan salah satu bentuk doa yan...
Perasaan Tunggu Anak Pergi Paling Takut Dr Jangka Hayatnya 5 Tahun Sekarang Masih Kuat

Perasaan Tunggu Anak Pergi Paling Takut Dr Jangka Hayatnya 5 Tahun Sekarang Masih Kuat

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 181 hits
Cef selebriti Datuk Fazley Yaakob sebak apabila membuka cerita tentang anak keduanya Ahmad Fieradz Shah 12 yang menghidap sindrom Squeaky Baby sejak lahir Pernah dimaklumkan anaknya itu cuma punyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun Fazl...
Undi 18 Dan Politik Anak Muda Tak Ambil Pot

Undi 18 Dan Politik Anak Muda Tak Ambil Pot

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 165 hits
Tajuk artikel ini hakikat yang rasanya ramai sudah tahu Anak muda tak minat tak kisah tak peduli soal dan hal politik Oleh itu Undi 18 tidak dimanfaatkan Undi 18 yang pertama kalinya dilaksanakan pada PRN Johor tempoh hari tidak memberi kes...
Yayasan Aman Sumbang Bantuan Persekolahan Anak Cikgu Fariz

Yayasan Aman Sumbang Bantuan Persekolahan Anak Cikgu Fariz

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 175 hits
AHMAD SHAHRILTerima kasih Datuk Seri Wan Azizah ats sumbangan beliau melalui Yayasan Aman utk menampung serba sedikit kos awal persekolahan anak Allahyarham Chegu Fariz Musa pengasas dan ketua kordinator Jingga 13 Malaysia Sumbangan di samp...
Elak Makan 3 Jam Sebelum Keluar Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

Elak Makan 3 Jam Sebelum Keluar Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 222 hits
Membuat keputusan untuk membawa anak makan diluar bukanlah satu hal yang mudah Menunggu masa yang lama dan berada di kedudukan yang sama pada tempoh yang lama sememangnya membuatkan anak tidak senang duduk Ada sahaja keletahnya Namun bagi p...
Belanja 35 Set Happy Meal Anak Jual Koleksi Mainan Nak Gembirakan Anak Yatim

Belanja 35 Set Happy Meal Anak Jual Koleksi Mainan Nak Gembirakan Anak Yatim

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 169 hits
Didikan pada anak anak semuanya bermula dari rumah Dari awal ibu bapa latih anak anak untuk menghormati orang berakhlak baik sentiasa bersimpati sikap ini akan terus kekal dalam diri mereka sampai bila bila Begitu juga dalam bab bersedekah ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga