Perlu Ke Wanita Belajar Memandu Ini Sebab Aku Tak Ambil Lesen Lagi


Dalam dunia serba moden ini, hampir semua perkara menjadi lebih mudah. Teknologi semakin canggih, pengangkutan awam semakin efisien, dan wanita semakin berdikari dalam pelbagai aspek kehidupan.
Memandu kereta adalah satu kemahiran yang hampir semua orang dewasa miliki pada zaman sekarang. Memandu bukan lagi sesuatu yang luar biasa bagi wanita. Ramai wanita hari ini sudah mempunyai lesen memandu dan bebas ke mana-mana tanpa bergantung pada orang lain. 
Tapi, masih ada juga wanita yang tidak tahu atau memilih untuk tidak memandu — dan akulah salah seorang daripadanya


Kenapa Aku Tak Pandai Memandu?Sejak kecil, aku tak pernah terlalu teruja untuk belajar memandu. Bukan sebab tak berminat, tapi lebih kepada rasa takut dan kurang keyakinan. Tambahan pula, dengan adanya pengangkutan awam dan orang sekeliling yang boleh membantu, keperluan untuk memandu tidak begitu mendesak.
Apabila masuk ke Tingkatan 6, ramai kawan perempuan yang dah mula ambil lesen memandu. Ada sesetengah daripada mereka dah ada kereta. Pada masa ini aku mula terfikir nak ambil lesen memandu juga. Namun, ada beberapa faktor yang menghalang aku untuk tidak belajar memandu lagi.

Antara sebab utama aku masih belum mengambil lesen:
1. Takut Memandu & Tidak YakinPertama sekali aku memang takut bila fikir nak bawa kereta di jalan raya. Selain itu, aku rasa tidak berapa yakin untuk belajar kerana kebanyakkan kawan-kawan perempuan sebelum ambil lesen pernah bawa kereta ibu bapa mereka

2. Tiada KenderaanKeluarga aku pada ketika itu belum ada kereta lagi. Nak loan pun tak lepas. Jadi apabila tiada kenderaan ni aku rasa nak ambil lesen tidak menjadi keperluan sebab kalau ada lesen tetapi tak dapat bawa kereta rasa rugi. Nanti lama sangat tak bawa kereta jadi lupalah pula

3. Tak Pernah Betul-Betul Rasa Perlu Selama ini, urusan harian masih boleh diselesaikan tanpa perlu memandu sendiri. Di Sabah, masih ramai yang tidak mempunyai kenderaan dan kebanyakkan kalau rumah berdekatan dengan pekan atau bandar lebih suka berjalan kaki. Malah, banyak pengangkutan awam yang disediakan

4. Tiada Masa & Duit Yang ni pun menjadi faktor utama aku tidak ambil lesen lagi. Dulu masa belajar sibuk. Habis Tingkatan 6 dapat tawaran lagi sambung belajar di Universiti Malaysia Sabah. Kehidupan aku tak macam orang lain boleh minta duit kat parents kalau nak ambil lesen. Even belanja masa study pun harap duit PTPTN. Kadang terpaksa ikat perut sebab nak berjimat

5. Kerja Dari RumahSelepas habis belajar pula, aku buat kerja dari rumah jadi "tiada lesen" bukan menjadi masalah buat aku. Alhamdulillah waktu ni bapa aku dah dapat loan kereta jadi dalam keluarga kami bapa saja yang ada lesen memandu. Kalau nak beli belanja dapur ke, jalan pergi mana-mana tunggu bapa ja. Haha memang bergantung betul dengan family kalau bab ini

6. Guna Pengangkutan Awam atau e-Hailing Grab, Maxim, bas dan teksi sudah mencukupi untuk bergerak ke mana-mana tanpa perlu pening fikir tentang parking, minyak, atau servis kereta. Lagipun untuk orang yang introvert seperti aku ni memang jarang sangat keluar rumah. Even hangout dengan kawan pun kebanyakkan guna 1 kereta saja. Lagi prefer macam tu. Bagi yang lifestyle banyak duduk rumah kos untuk menggunakan pengangkutan awam atau e-hailing taklah banyak sangat


Adakah Susah Hidup Tanpa Lesen?Sejujurnya, mungkin untuk kebanyakkan wanita lain terasa sukar. Bila perlu bergerak sendiri ke tempat yang jauh atau bila tiada orang yang boleh tolong hantarkan. Apatah lagi yang sudah mempunyai anak, lesen menjadi satu keperluan. 
Tetapi bagi kehidupan aku sekarang, belum menjadi keperluan lagi untuk aku mengambil lesen. Selepas berkahwin, kehidupan dah tak sama seperti masa bujang. Kami merantau ke Johor dan menetap di sini. 
Jujur hidup di sini kalau takda lesen nampak lagi susah berbanding masa aku di Sabah sebab kebanyakkan orang sini mempunyai kereta dan motorsikal. Sekalipun perempuan ramai yang naik motor kalau nak jalan atau berbelanja. 
Walaupun begitu, aku tetap tak nak ambil lesen atas sebab:
1. Tak Nak Ambil Lesen ManualSuami ada kereta manual dan dia okay saja kalau aku nak belajar memandu. Cuma kalau boleh aku tak nak belajar kereta manual. Malas dah nak belajar benda-benda yang rumit nie. Kalau boleh nak ambil lesen auto saja. Tetapi nak beli kereta auto pun memerlukan kos yang tinggi. 
2. Bergantung Dengan SuamiRamai jugalah aku baca di media sosial kata jangan terlalu bergantung dengan suami. Alhamdulillah suami tak kisah kalau dia yang memandu. Of course kena tunggu suami balik kerja baru dapat jalan. Dan aku tak kisah pun duduk di rumah. Dari segi keperluan biasanya suami akan beli barang-barang sebelum pergi kerja. Katakanlah nak beli benda urgent biasanya aku beli di kedai runcit saja. 
3. Susah Nak Belajar Memandu di JohorWalaupun aku dah nak masuk 3 tahun tinggal di Johor, aku jarang komunikasi dengan orang luar. Kadang kalau nak sembang kejap dengan jiran sebelah rumah pun, jiran tak faham sebab "bahasa Sabah" aku ni masih pekat. Hidup di sini sepenuhnya bertemankan suami saja. Nak kata kawan-kawan di sini pun tiada. Jadi aku rasa susah nak belajar memandu di sini berbanding di Sabah kerana aku dah familiar dengan kawasan dan jalan raya di sana. Mungkin aku ambil lesen kalau kami dah menetap di Sabah


Adakah Lesen Memandu Kini Satu Keperluan?Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada gaya hidup seseorang. Jika korang tinggal di kawasan bandar yang mempunyai banyak kemudahan pengangkutan, mungkin lesen memandu bukan satu keperluan mendesak. 
Tetapi bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman atau perlu berulang-alik ke tempat kerja dengan kenderaan sendiri, lesen memandu boleh menjadi satu keperluan yang sangat penting

✅ Bila lesen memandu jadi keperluan?Jika perlu bergerak ke tempat kerja atau urusan harian tanpa bergantung kepada orang lain.Jika tinggal di kawasan yang tidak mempunyai pengangkutan awam yang baik.Jika mempunyai keluarga dan perlu menghantar anak ke sekolah atau ke hospital dalam kecemasan.❌ Bila tak perlu sangat belajar memandu?Jika tinggal di bandar dan boleh bergantung pada MRT, bas, atau Grab.Jika pasangan atau ahli keluarga lain boleh membantu dengan pengangkutan.Jika kos pemilikan kereta terlalu tinggi dan lebih jimat guna alternatif lain.Tiada keperluan mendesak untuk memiliki lesen.
Patut Ke Belajar Memandu?Kalau tanya pendapat orang, ramai yang akan cakap "Belajar je lah, senang kalau ada kecemasan!" atau "Zaman sekarang perempuan pun kena pandai drive!" Tapi hakikatnya, keputusan untuk belajar memandu bergantung kepada setiap individu.

Memang ada kelebihan kalau boleh memandu sendiri, terutama jika ada urusan penting yang memerlukan pergerakan tanpa bergantung pada orang lain. Tapi jika situasi dan gaya hidup sekarang masih membolehkan seseorang hidup selesa tanpa lesen, itu bukanlah satu masalah besar.

Aku sendiri mungkin akan ambil lesen satu hari nanti, TAPI BUKAN SEKARANG. Bila tiba masanya, mungkin di tempat yang aku lebih selesa, dengan keadaan yang lebih sesuai.
Jadi, Salah Ke Kalau Wanita Tak Pandai Memandu?Tidak! Tiada siapa yang boleh menetapkan satu standard untuk semua orang. Ada wanita yang suka berdikari dengan memandu sendiri, dan ada juga yang lebih selesa dengan pilihan lain

Yang penting, setiap orang ada cara tersendiri untuk menjalani kehidupan. Selagi kita boleh menguruskan keperluan harian dengan baik, tak kisahlah ada lesen atau tak

Macam mana dengan korang? Ada ke yang masih belum ada lesen macam aku? 😆

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2025/03/pengalaman-tidak-memandu-alasan-dan-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 195 hits
FMT ReportersMangsa berusia 17 tahun mengalami retak tulang hidung selepas selisih faham dengan lelaki berusia 39 tahun Tangkap layar papar insiden seorang lelaki bertengkar dengan pelajar sekolah menengah dengan mangsa mengalami berdarah h...
Pemandu Lori Positif Dadah Memandu Tanpa Lesen Merempuh Kereta Meragut Nyawa Kanak Kanak Warga Singapura

Pemandu Lori Positif Dadah Memandu Tanpa Lesen Merempuh Kereta Meragut Nyawa Kanak Kanak Warga Singapura

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 109 hits
Budak warga Singapura maut kereta dirempuh pemandu lori positif dadahBernamaMangsa tercampak keluar dari kereta sebelum disahkan meninggal dunia pada 3 pagi tadi Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas dirempuh lori dalam kejadian di Kilom...
Hiburan Remaja 18 Tahun Pandu Honda Jazz Sebabkan Kematian Dua Individu Didapati Tiada Lesen Memandu

Hiburan Remaja 18 Tahun Pandu Honda Jazz Sebabkan Kematian Dua Individu Didapati Tiada Lesen Memandu

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 149 hits
Remaja lelaki berusia 18 tahun yang melanggar lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1 Seremban sehingga menyebabkan dua remaja maut pada Khamis lalu didapati tidak mempunyai lesen Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Aidil Ramdan ...
Anak Memandu Dan Menunggang Tanpa Lesen Jangan Normalisasikan Budaya Begini

Anak Memandu Dan Menunggang Tanpa Lesen Jangan Normalisasikan Budaya Begini

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 123 hits
Anak memandu dan menunggang tanpa lesen jangan normalisasikan budaya begini Di jalan raya Malaysia bukan sesuatu yang luar biasa melihat remaja bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen atau memandu kereta tanpa kelayakan yang sah Anak Me...
Polis Rungkai Pembunuhan Kejam Seorang Wanita Di Perak

Polis Rungkai Pembunuhan Kejam Seorang Wanita Di Perak

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 123 hits
Syamirul Hakimi IsmailPERAK Fail Mahkamah edisi 5 Mac 2025 malam ini bakal merungkai tragedi menyayat hati yang berlaku di Kampung Pasir Panjang Laut Seri Manjung Perak Kes ini melibatkan Zaharah Khalid 77 yang ditemukan meninggal dunia di ...
Belajar Mengaji Dengan Iqra Klasikal

Belajar Mengaji Dengan Iqra Klasikal

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 193 hits
Jom belajar mengaji dengan mudah Iqra Klasikal Mengapa Buku Iqra Klasikal Masih Relevan Dalam Pembelajaran Mengaji Pembelajaran mengaji adalah aspek penting dalam kehidupan umat Islam Salah satu kaedah yang telah digunakan sejak zaman dahul...
Mcmc Kompaun Era Fm Rm250 000 Lesen Tidak Digantung

Mcmc Kompaun Era Fm Rm250 000 Lesen Tidak Digantung

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 143 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd yang juga merupakan pengendali stesen radio ERA FM Menerusi kenyataan media yang disiarkan di laman X MCMC mem...
Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa

Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 182 hits
Siapa yang tidak sedih apabila kebaikan diambil kesempatan Bukan sekali dua tapi berkali kali terkena Hanya niat nak berniaga dengan ikhlas tapi ada saja yang datang makan tanpa rasa tanggungjawab untuk membayar Sampai bila nak terus sabar ...
Biasa Je Ciuman Dengan Wanita Tular Dalam Friendly Rivalry Hyeri Beri Respon

Biasa Je Ciuman Dengan Wanita Tular Dalam Friendly Rivalry Hyeri Beri Respon

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 103 hits
Sejak membintangi drama Friendly Rivalry Hyeri mendapat perhatian ramai kerana percubaan daring nya Artikel Berkaitan Untuk yang mengetahui drama berkenaan tular di merata tempat dek penampilan kisah cinta antara dua pelajar sekolah perempu...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu

Transform Your Passion Into A Career With Taylor S College Diploma In Digital Design

Menjelang Pru16 Pn Boleh Kehilangan 32 Daripada 74 Kerusi Parlimen Sekiranya

Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism