Perlu Ke Sediakan Tempat Tidur Kat Tempat Kerja


Perlu ke Ada Tempat Tidur Kat Tempat Kerja || Ha...to me..memang perlu lah..cuma ada limit masa..jangan sampai terlajak tidur pulak.... 

Baru-baru ni, AIA Vitality 2019 telah mendedahkan hasil kajian mereka mengenai tahap stres dan kekurangan tidur oleh para pekerja Malaysia di tempat kerja melalui satu tinjauan mereka, Malaysia’s Healthiest Workplace. Antara intipati hasil tinjauan tersebut ialah:

51% daripada pekerja di Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi stres atau tekanan yang berkaitan dengan kerja
Kebimbangan mengenai hal-hal kewangan telah menyebabkan masalah-masalah berkaitan kesihatan mental dengan 22% daripada mereka melaporkan bahawa mereka mempunyai masalah kewangan
Kadar kekurangan tidur semakin meningkat dengan 53% daripada para pekerja di Malaysia didapati tidur kurang daripada 7 jam seperti yang disarankan
Sebahagian besar pekerja menderita sakit leher dan bahu, dengan 84% daripada para pekerja melaporkan satu atau lebih masalah berkaitan muskuloskeletal
Untuk pengetahuan anda, kajian ini telah melibatkan sebanyak 230 organisasi atau syarikat yang berlainan saiz dan sektor di Malaysia yang mewakili seramai 17,595 orang pekerja... Wow!


Masalah yang sering dialami para pekerja
Berdasarkan kajian tersebut, antara masalah yang sering dihadapi oleh para pekerja ialah bekerja dengan terlalu lama di pejabat sehingga menyebabkan masalah kesihatan dan kekurangan waktu tidur seperti yang disarankan. Selain itu, terdapat juga pekerja yang melaporkan bahawa mereka sering mengalami keletihan setiap hari dan ada di antara mereka yang tidak boleh menentukan masa untuk berehat sehingga menyebabkan keletihan di tempat kerja.

Selain waktu kerja yang panjang, terdapat juga faktor-faktor lain yang menjejaskan kesejahteraan pekerja di tempat kerja seperti peningkatan beban kerja selepas waktu yang sepatutnya dan tekanan yang berkaitan dengan tugas kerja itu sendiri. 


Perlu tidur di tempat kerja?
Menurut Rita Aouad, seorang ahli psikiatri dan pakar mengenai tidur di Ohio State University menyatakan, nap atau tidur sebentar pada waktu tengah hari boleh membantu meningkatkan prestasi seseorang individu tanpa mengganggu waktu tidur individu tersebut pada waktu malam. Menurut Rita lagi, banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa, nap sekitar 20 minit pada waktu tengah hari mempunyai kesan yang positif terhadap mood kewaspadaan dan perhatian seseorang individu. 

Selain itu, nap di tempat kerja juga boleh membantu pekerja untuk melaksanakan kerja dan berkelakuan dengan lebih baik. Satu kajian yang dilaksanakan oleh University of Michigan menunjukkan bahawa, tidak tidur sepanjang malam boleh menjejaskan fokus atau perhatian seseorang pekerja. Selain itu, ia juga dapat menjejaskan kemampuan seseorang pekerja atau individu untuk mengawal tindak balas emosi yang negatif seperti marah dan sedih. 

Selain meningkatkan mood dan kewaspadaan seseorang, percaya atau tidak, nap juga boleh membantu meningkatkan kreativiti seseorang individu. Nap yang lebih lama boleh meningkatkan keupayaan seseorang individu atau pekerja untuk menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif. Seorang pensyarah di Jabatan Psikologi, University of California, Dr. Sara Mednick menyatakan, tidur REM (rapid eye movement) meningkatkan pemprosesan kreatif seseorang individu secara terus dan ia memberi kesan dengan lebih banyak berbanding jenis tidur lain atau dalam keadaan berjaga. NASA dan juga Federal Aviation Administration, Amerika Syarikat juga mendapati, nap yang dilakukan dalam tempoh sekitar 20 minit boleh membantu meningkatkan prestasi psikomotor, mood dan meningkatkan kewaspadaan sehingga 54%.

Syarikat-syarikat yang mengambil berat soal tidur di tempat kerja
Mungkin anda terfikir, idea untuk tidur di pejabat ini agak keberatan untuk dilaksanakan di tempat kerja anda. Walau bagaimanapun, anda boleh menyuarakan pendapat atau cadangan kepada syarikat anda berkenaan kepentingan untuk nap atau tidur sebentar di pejabat bagi meningkatkan kualiti kerja selain memelihara kesejahteraan pekerja. Berikut adalah antara syarikat-syarikat yang boleh anda ambil sebagai contoh dalam cadangan anda.

#1. Google
Google telah dinamakan sebagai syarikat terbaik untuk bekerja dalam senarai Fortune’s 100 Best. Google telah menyediakan EnergyPods, kerusi pertama di dunia yang direka untuk tujuan tidur di tempat kerja, dan ia telah direka oleh sebuah syarikat, MetroNaps. Menurut Naib Presiden, Harta Tanah dan Perkhidmatan Tempat Kerja di Google, David Radcliffe, tiada tempat kerja yang lengkap tanpa pod tidur ini. 

#2. Huffington Post
Sebuah syarikat media ini juga telah memulakan inisiatif tidur di tempat kerja setelah pengasas bersamanya, Arianna Huffington, pengsan akibat tidur yang tidak mencukupi pada tahun 2007. Syarikat laman berita online ini telah memasang pod tidur untuk pekerja mereka mendapatkan rehat yang mecukupi selain recharge kembali tubuh mereka sebelum kembali melaksanakan tugasan.

#3. White & Case
Tidak sepertimana firma undang-undang lain, White & Case telah memulakan inisiatif yang berbeza daripada trend bagi kebanyakan firma undang-undang lain. Syarikat dengan pekerja seramai 2,000 orang ini telah memasang dua EnergyPods di pejabat mereka di Washington sepertimana yang dipasang oleh Google. 

#4. Mercedes-Benz Financial Services
Sayap perkhidmatan kewangan bagi jenama kereta mewah Mercedes-Benz ini juga telah memasang EnergyPods untuk 600 orang pekerja mereka di Texas, Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan pembaca, Mercedes Financial telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 Best Workplaces for Millennials oleh Great Place to Work dan juga Fortune pada tahun 2016.

#5. Nike
Ibu pejabat Nike di Portland, Oregon, Amerika Syarikat mempunyai beberapa buah bilik dimana pekerja mereka boleh berehat, tidur atau bermeditasi. Syarikat ini juga merupakan antara syarikat yang menawarkan waktu kerja yang fleksibel kepada pekerja mereka untuk disesuaikan dengan chronotype setiap individu. Chronotype adalah jam dalaman atau jam tubuh yang menetapkan waktu tidur ideal seseorang dan juga menentukan sama ada anda adalah jenis morning person atau seorang yang berjaga malam.

Sebenarnya banyak lagi syarikat-syarikat ternama lain seperti Procter & Gamble (P&G), Ben & Jerry’s yang turut melakukan pelbagai usaha agar pekerja mereka boleh tidur atau mendapatkan rehat yang mencukupi di tempat kerja. Idea untuk tidur di pejabat tidak semestinya melibatkan pembelian kerusi berharga mahal seperti EnergyPods ini. Cukup sekadar penyediaan sebuah bilik khas yang dilengkapi bantal dan tilam kecil, buaian atau soft pillow bagi pekerja berehat sebentar. 

Bagi majikan-majikan di luar sana, jangan membiarkan pekerja-pekerja anda tidur beralaskan tangan di atas meja kerana ia tidak baik untuk postur badan dan boleh menjejaskan leher atau bahu seseorang individu. Percayalah, jika anda menyediakan kemudahan seperti ini, pekerja-pekerja anda pasti akan menjadi lebih setia dan berkhidmat dengan lebih lama di syarikat anda memandangkan mereka mungkin tidak memperolehi manfaat seperti ini di tempat lain..

Kredit : HELLO DOKTOR

SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nonasani.blogspot.com/2019/12/perlu-ke-sediakan-tempat-tidur-kat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rubbermaid Dan Tetap Sehat Dengan Terhidrasi Di Tempat Kerja

Rubbermaid Dan Tetap Sehat Dengan Terhidrasi Di Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 198 hits
Rubbermaid menyediakan peralatan berbahan plastik food grade berkualitas tinggi sehingga aman digunakan untuk menyimpan makanan dan minuman
Kerja Tidur 9 Jam Sehari Gaji Rm5 800 Untuk Internship 100 Hari

Kerja Tidur 9 Jam Sehari Gaji Rm5 800 Untuk Internship 100 Hari

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 338 hits
Tidak dinafikan semua orang pasti akan berdepan dengan situasi malas untuk bekerja pada hari tertentu terutama sekali yang selalu dikaitkan dengan Monday Blues Namun ia tidak dapat dielak kerana semua orang perlu bekerja bagi meneruskan kel...
Kemenaker Gelar Bursa Kerja Mandiri Untuk Freelancer

Kemenaker Gelar Bursa Kerja Mandiri Untuk Freelancer

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 236 hits
Berbeda dengan job fair pada umumnya bursa kerja ini khusus bertujuan memberikan pengalaman langsung pada para pekerja mandiri di sektor jasa seperti kecantikan kebugaran kebersihan reparasi konstruksi hingga otomotif
Geramm Bimbang Lebih 1 000 Kakitangan Media Prima Dijangka Hilang Kerja

Geramm Bimbang Lebih 1 000 Kakitangan Media Prima Dijangka Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 305 hits
MALAYSIAKINI Gerakan Media Merdeka memandang serius perkembangan pengecilan operasi syarikat Media Prima Berhad sekali gus menuntut pampasan setimpal bagi kakitangan yang akan kehilangan pekerjaan Kumpulan prokebebasan media itu berkata pih...
Aktiviti Cuti Sekolah Lepak Kat Rumah Aje

Aktiviti Cuti Sekolah Lepak Kat Rumah Aje

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 463 hits
assalamualaikum khamis 5 Disember 2019 termasuk hari ni 28 hari lagi anak anak kita akan menikmati cuti sekolah lama lagi tu 4 minggu lah kan Izzat yg berkhatan ari tu pun dah sihat weekend ni plan nyer nak gi beli baju sekolah kakak kakak ...
Student Lain Sujud Syukur Selepas Habis Spm Korang Remp Motor Kat Jalan 13 Bbnu Ditahan Tempa Nama Dalam Rekod Polis

Student Lain Sujud Syukur Selepas Habis Spm Korang Remp Motor Kat Jalan 13 Bbnu Ditahan Tempa Nama Dalam Rekod Polis

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 697 hits
Polis menahan sekumpulan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang meraikan hari terakhir peperiksaan dengan menunggang motosikal sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain di Klebang Melaka Kumpulan terbabit bukan hanya sekadar ber...
Itu 3 Garis Calit Kat Dahi Itu Abu Apa Abu Chin Peng Ke

Itu 3 Garis Calit Kat Dahi Itu Abu Apa Abu Chin Peng Ke

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 414 hits
2 digantung Jelutong tetap selamatDUA lagi Ahli Parlimen diarahkan keluar Dewan digantung 2 hari oleh Tan Sri Ariff Yang Di Pertua Dewan Rakyat sebelum sesi pagi Dewan Rakyat berakhir semalam Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ahli Parlimen Kota...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je