Itu 3 Garis Calit Kat Dahi Itu Abu Apa Abu Chin Peng Ke




2 digantung, Jelutong tetap selamatDUA lagi Ahli Parlimen diarahkan keluar Dewan, digantung 2 hari oleh Tan Sri Ariff, Yang Di Pertua Dewan Rakyat sebelum sesi pagi Dewan Rakyat berakhir semalam. Ahli Parlimen Pasir Salak (BN) dan Ahli Parlimen Kota Melaka (DAP). 

Ia kejadian yang sebenarnya boleh dielakkan kerana isu asal yang menjadi punca dewan menjadi panas telah lebih dahulu selesai antara AP Jelutong dengan AP Pasir Salak. 

Saya sendiri dan PAS  tidak dapat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Pasir Salak walaupun beliau cuma mungkin cuba bergurau. 

Ia bermula bila Pasir Salak secara berseloroh bangun dan mengusik AP Jelutong dengan berkata (lebih kurang bunyinya) “Itu 3 garis calit kat dahi itu abu apa? Abu (mayat) Chin Peng ke?” 

Saya sendiri bila dengar ayat itu serta merta tanpa ragu-ragu tidak bersetuju kerana perbuatan itu memang satu provokasi yang ada unsur menghina agama. Islam sangat sensitif berhubung perbuatan menghina agama lain. 

Dalam Al-Quran, Allah S.W.T melarang perbuatan itu;وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٠٨) 
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (al-An’am: 108)Saya dapati sebahagian besar Ahli Parlimen BN pun sedar kesilapan ini dan berbisik menegur Pasir Salak. 

Seperti dijangka, Jelutong telah menuntut Pasir Salak menarik balik. Speaker pun mengarahkan. 

Saya dapati Pasir Salak pun tidaklah mempertahankan kesilapan beliau kecuali menyebut beliau ‘hanya bertanya adakah abu Chin Peng di dahi itu?’. Pasir Salak telah dengan segera  menarik balik perkataannya. 

Dewan tenang dan setelah itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan aturan urusan mesyuarat untuk membentang RUU IPCMC dibatalkan. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Ram Karpal dijadualkan membentang IPCMC. Beliau diketahui sangat passionate dalam menuntut IPCMC ini dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pilihan untuk IPCMC. 

Sejurus pengumuman pembatalan semua MP Muafakat Nasional (BN , PAS dan GPS) keluar dewan seketika untuk sidang media. 

Ketika itulah di dalam dewan, YB Ram Karpal membangkitkan kembali isu Jelutong, Pasir Salak ini. Malah beliau menyebut dengan kuat “Mana Pasir Salak, mengapa keluar dewan pengecut..” 

Pasir Salak berada di sidang media ketika itu dan jelas melalui pembesar suara kata-kata Ram Karpal ini. Beliau terus bergegas masuk dewan untuk menjawab kata-kata Ram ini. 

Kami yang semua masuk balik dewan memang nampak isu tidak lagi soal menarik balik perkataan asal Pasir Salak. Pasir Salak sudah dari awal menarik balik. 

Dato’ Ismail Said, MP Kuala Krau cuba menjernihkan dengan beritahu Speaker isu sudahpun selesai. Tapi masih cuba dipanaskan oleh beberapa MP DAP termasuk Kota Melaka. 

Ia tidak sepatutnya dipanjangkan dan membuang masa Parlimen. 

Di situlah Speaker membuat keputusan penggantungan kepada Pasir Salak dan Kota Melaka. Kota Melaka kerana terus berdegil mahu terus bangkitkan isu yang telahpun Pasir Salak tarik balik. 

Yang saya tak faham mengapa Pasir Salak pun kena gantung juga setelah beliau menarik balik perkataannya kepada Jelutong. 

Jelutong dalam isu ini, terselamat seperti biasa… memang pandai. Ram Karpal yang asalnya membangkitkan kembali pun selamat. 

Saya fikir Ram yang paling puas hati dengan hukuman ke atas Pasir Salak setelah terpukul teruk bila kemahuannya membentang IPCMC tidak kesampaian gugur di tengah jalan. 

HJ AHMAD AMZAD HASHIM 
Ahli Parlimen Kuala Terengganu 
4 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 4/12/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/itu-3-garis-calit-kat-dahi-itu-abu-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Benarkan Abu Chin Peng Pulang Jahil Kata Bekas Ketua Polis

Tak Benarkan Abu Chin Peng Pulang Jahil Kata Bekas Ketua Polis

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 460 hits
RAKYAT Malaysia yang tidak berpuas hati dengan abu mayat Chin Peng diminta membaca perjanjian yang telah ditandatangani oleh tiga pihak Malaysia Thailand dan Parti Komunis Malaya yang kini sudah tidak berfungsi lagi kata bekas ketua polis n...
Abu Chin Peng Mahathir U Turn

Abu Chin Peng Mahathir U Turn

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 785 hits
Dr Mahathir sudah lupa dengan kenyataan beliau mengenai kekejaman komunis dan Chin Peng Masih ada dalam blog Che det Hari ini Mahathir berkata Chin Peng sudah mati dan tiada masaalah kerana yang dibawa masuk ke Malaysia cuma abu mayatnya sa...
Ini Bukti Hanya Orang Melayu Sahaja Yang Benci Abu Mayat Chin Peng Ditabur Di Malaysia

Ini Bukti Hanya Orang Melayu Sahaja Yang Benci Abu Mayat Chin Peng Ditabur Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 507 hits
Apa sebenarnya yang berlaku Kita perlu kembali kepada fakta sejarah tentang keganasan komunis di Tanah Melayu Masih terdapat saksi saksi hidup yang masih boleh bercerita tentang keganasan komunis terhadap penduduk di Tanah Melayu Mereka buk...
Tidak Susah Pun Nak Faham Berkenaan Isu Abu Mayat Chin Peng

Tidak Susah Pun Nak Faham Berkenaan Isu Abu Mayat Chin Peng

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 826 hits
Oleh Zam Perang Terus Tidak susah pun nak faham berkenaan isu Abu Mayat Chin Peng Sebenarnya kerajaan PH tidak pernah benarkan Abu Mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia Melainkan ianya dibawa pulang secara sembunyi sembunyi Kalau kita p...
Sebab Bekas Ketua Polis Negara Pertahankan Abu Mayat Chin Peng

Sebab Bekas Ketua Polis Negara Pertahankan Abu Mayat Chin Peng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 840 hits
Kita tentu terkejut dengan kenyataan bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor yang mempertahankan tindakan pihak yang membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia Kenyataan beliau itu dilaporkan oleh portal pro PH Malaysiakini Abdul Rahim...
Isu Chin Peng Dia Tak Boleh Buat Apa Cuma Abu Dia Saja Yang Balik Tun Mahathir

Isu Chin Peng Dia Tak Boleh Buat Apa Cuma Abu Dia Saja Yang Balik Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 531 hits
Isu abu mayat Chin Peng tidak perlu diketengahkan oleh mana mana pihak yang terlibat kata Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Bagi beliau pemimpin parti Komunis Malaya itu sudah meninggal Banyak orang yang dulu dera orang kita macam orang...
Kalau Chin Peng Boleh Balik Takkanlah Abu Dia Tak Boleh Bekas Kpn

Kalau Chin Peng Boleh Balik Takkanlah Abu Dia Tak Boleh Bekas Kpn

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 523 hits
https ift tt 2OuKg8V Perjuangan Parti Komunis Malaya telah berakhir selepas parti itu menandatangani Perjanjian Damai dengan kerajaan Malaysia di Hatyai Thailand pada Disember 1989 Perjanjian itu jelas tunjukkan yang sudah tu sudahlah Negar...
Abu Mayat Chin Peng Dibawa Pulang Ke Malaysia Ditabur Di Perak

Abu Mayat Chin Peng Dibawa Pulang Ke Malaysia Ditabur Di Perak

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 653 hits
Mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang telah meninggal dunia pada 2013 akhirnya dibawa pulang ke Malaysia pada 16 September lalu Abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia di...
Pesara Tentera Cedera Kerana Komunis Tiada Halangan Abu Chin Peng Pulang

Pesara Tentera Cedera Kerana Komunis Tiada Halangan Abu Chin Peng Pulang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 439 hits
Pesara tentera cedera kerana komunis tiada halangan abu Chin Peng pulang Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 28
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew