Perlu Ke Doa Panjang Umur
Salam,Korang rasa perlu ke kita doa panjang umur
Umur yang panjang belum tentu menguntungkan
EtsyUmur yang panjang boleh jadi untung, boleh jadi rugi
Kalau umur makin panjang, tapi perkara maksiat pun makin banyak dilakukan, maka rugilah kita minta panjang umur hanya sebab nak menambah dosa dan maksiat
Kalau umur makin panjang, tapi amalan soleh makin banyak, maka beruntunglah seseorang itu dikurnianakan umur panjang kerana makin banyak pahala yang diganjarkan
UMUR ADALAH MODAL KEHIDUPAN
Umur ni boleh dikira sebagai modal
Modal ni kau nak guna ke arah kebaikan atau ke arah keburukan
Kalau guna ke arah kebaikan memang berbaloi la investment yang dibuat dan hasilnya dapat dilihat saat kita meninggal nanti apabila kita dapat merasai nikmat syurga nanti
Kalau guna ke arah keburukan memang akan menyesal la kita kerana mensia-siakan peluang yang telah diberikan. Rasa penyesalan akan lebih tinggi sesudah meninggal nanti kerana takde apa lagi yang boleh kita buat untuk patah balik ke masa lampau.
Jadi, berdoalah supaya jika dipanjangkan umur kita, umur tersebut akan dipenuhi dengan manfaat dan kebaikan. Dan dijauhi daripada dosa dan maksiat
NAK DOA MACAM MANA MASA BIRTHDAY?
Selalu Kadang2 kalau aku wish birthday pun (kalau aku rajin) aku akan doakan seseorang itu supaya dikurniakan umur yang bermanfaat sebab pada aku doakan 'semoga panjang umur' sahaja terlalu general dan masih ada possibility untuk umur yang panjang itu tak memberi kebaikan pada dia
Salam jumaat.
Baca lagi:
Bos tak faham pekerja, pekerja tak faham bosApa nak buat bila air tumpah pada keyboard laptop?Tak best pun jadi dropshipTips memilih fesyen baju kasual lelaki ke pejabatPeluang hidup kali kedua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://caspositif.blogspot.com/2019/04/perlu-ke-doa-panjang-umur.html