Perlis Tiba Tiba Jadi Ramai Ribuan Berkumpul Sebab Nak Perlindungan Ini


Perlis Tiba-tiba Jadi Ramai, Ribuan Berkumpul Sebab Nak Perlindungan Ini Jika sebut tentang negeri Perlis, pasti ramai yang dapat tangkap satu gurauan yang boleh dikatakan satu Malaysia gunakan. Gurauan tersebut adalah ‘Perlis ada 8 orang je”. Sebenarnya itu memang betul-betul gurauan yang sebenar, namun masih tidak menolak kenyataan bahawa Perlis adalah negeri yang paling sedikit jumlah penduduk. Menurut anggaran dari 2024 sehingga 2025, penduduk di Perlis dikatakan sekitar 260 ribu orang sahaja.
Kalau korang masih dengan gurauan ‘Perlis ada 8 orang je’, tahu tak Sabtu lepas Perlis dibanjiri dengan ribuan orang di salah satu dataran yang terkenal di Negeri Indera Kayangan itu. Jadinya, Perlis tiba-tiba dipenuhi dengan ramai orang dalam satu masa. Tapi apa sebenarnya mereka buat berkumpul seramai itu?
Meet & Greet Jalan Teruihhh Lindung Kendiri X Santai Anak Utara Pada 11 Oktober lepas, suasana di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Perlis menjadi luar kebiasaan apabila dikatakan dipenuhi oleh ribuan pekerja gig dan riders yang berkumpul untuk program Meet & Greet ‘Jalan Teruihhh Lindung Kendiri X Santai Anak Utara’.
Lebih seribu motosikal berkonvoi masuk ke dataran, yang mana Menteri Sumber Manusia, Steven Sim turut ada di dalam kumpulan itu, dengan membonceng sebuah motosikal sebagai simbol solidariti bersama pekerja gig. Penuh tenaga, penuh semangat, penuh cahaya, penuh bunyi, itulah yang dapat digambarkan tentang suasana pada malam itu, sangat meriah.
Lebih menarik, program yang melibatkan YB Menteri kali ini juga agak lain kerana tiada ucapan panjang berjela. YB Steven Sim lebih senang untuk menggunakan pendekatan Q&A terbuka, menjawab soalan satu persatu supaya berlakunya interaksi langsung di antara pekerja gig dengan Menteri. Barisan pengurusan tertinggi Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO turut hadir, menzahirkan semangat turun padang di bawah pimpinan YB Steven Sim.

Puas hati dengan keberkesanan dan kemeriahannya, ramai yang berpendapat bahawa program sebegini patut diamalkan dan diadakan selalu supaya rakyat lebih dekat & mudah memahami misi yang dibawa oleh Menteri.
Menurut salah seorang peserta yang ditemui Bernama berkata, beliau kini lebih faham tentang RUU Pekerja Gig 2025 dan manfaat PERKESO yang ada.
“Menteri tenang je jawab semua soalan, maklumat pun jelas. Saya jadi lebih tahu hak saya sebagai pekerja gig.”
Suhaimi Harun, 58, pula berharap program seperti ini diteruskan.
“RUU Pekerja Gig ni penting. Ia beri pengiktirafan dan lindungi kami yang juga menyumbang kepada ekonomi negara.”

Tak henti takat ini, bakal jelajah ke seluruh negara Kita tak tunggu pekerja datang pejabat. Kita pergi cari mereka, tengok sendiri apa cabaran mereka hadapi.
Itulah ungkapan yang dizahirkan oleh YB Steven Sim yang sebelum ini telahpun mengadakan perjumpaan dengan pekerja gig di Pulau Pinang dan Perlis. Bukan itu sahaja, beliau juga telah bertemu dengan penggiat muzik dan perfileman serta pemandu e-hailing di Kuala Lumpur bagi menerangkan dan menjelaskan dengan lebih dalam tentang manfaat RUU itu setelah dikuatkuasakan nanti.
Jadi, siri jelajah ini bukan setakat ikut negeri, tengok kesesuaian tempat, kesesuaian kumpulan yang hadir itu, tetapi kalau boleh saya nak bawa (siri jelajah itu) ke seluruh Malaysia, kita akan cuba pergi ke seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas Program Meet & Greet “Jalan Teruihhh Lindung Kendiri X Santai Anak Utara” di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad. 
RUU Pekerja Gig 2025 telah diluluskan Untuk makluman semua, RUU Pekerja Gig 2025 telahpun diluluskan di peringkat Parlimen, dan kini dalam proses mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebelum diwartakan untuk memelihara hak dan kukuhkan kebajikan pekerja dalam sektor gig di negara ini.

Menurut YB Steven Sim, program pada malam 11 Oktober itu antara siri jelajah yang dihiasi dengan banyak soalan daripada pekerja gig sendiri yang mahukan jawapan tentang hak & manfaat untuk mereka di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
“Kita juga nak dengar pendapat mereka tentang RUU berkenaan, ini undang-undang baharu dan kali pertama kita buat, kalau kita nak buat persediaan juga mungkin (perlu ada) penambahbaikan pada masa akan datang,” katanya.
Program pada malam itu juga membawa satu lagi bukti pendekatan “Santai Tapi Sampai” oleh KESUMA, dengan gaya yang mendekatkan dasar dengan rakyat, yang bukan sekadar di atas kertas, tapi turun padang dan dengar suara sebenar pekerja.
The post Perlis Tiba-tiba Jadi Ramai, Ribuan Berkumpul Sebab Nak Perlindungan Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/13/perlis-tiba-tiba-jadi-ramai-ribuan-berkumpul-sebab-nak-perlindungan-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tarik Pokok Halang Jalan Tiba Tiba Abang Ni Lesap Sekali Dengan Pokok

Nak Tarik Pokok Halang Jalan Tiba Tiba Abang Ni Lesap Sekali Dengan Pokok

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 225 hits
Nak Tarik Pokok Halang Jalan Tiba tiba Abang Ni Lesap Sekali Dengan Pokok Kaum Adam ni memang lain macam Waktu nak serius pun boleh sempat buat lawak Kadang kadang bukan sengaja nak buat orang ketawa tapi cara mereka menyelesaikan sesuatu s...
Syahir Sulaiman Jom Debat Dua Bab Bajet 2026 Nak

Syahir Sulaiman Jom Debat Dua Bab Bajet 2026 Nak

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 202 hits
Roh Roh Roh Neh Neh NehShahir SEMBANG babi pun peningOrang ajak debat JANGAN ko pening4 NEGERI SG 4 Tanggung HUTANG keliling Sham GhazNi jawapan ringkas saya terhadap tulisan kamu JAWAB HUJAH SYAHIR SULAIMAN BELANJAWAN 2026 BUKAN GULA GULA ...
Kenapalah Degil Sangat Nak Ikut Arahan

Kenapalah Degil Sangat Nak Ikut Arahan

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 231 hits
Samadi Ahmadam hmetro com myPutrajaya Majikan yang masih ingkar melaksanakan Pematuhan Perintah Gaji Minimum 2024 sebanyak RM1 700 bakal berdepan tindakan undang undang sekiranya dikesan dalam operasi besar besaran bakal diadakan di seluruh...
Nak Makeover Locker Terpakai

Nak Makeover Locker Terpakai

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 204 hits
dan hai semua Beberapa minggu lepas tempat kerja ada buat penggantian barang lama dengan yang baru Salah satunya untuk simpan barang Locker ni bukan banyak pun ada dalam 5 buah je dan tak semua pekerja dapat guna Dari dulu CCL memang tak pe...
Warganet Cemuh Mamat Maki Budi 95 Nak Wat Guane Dah Tak Cerdik Kena Buangbkerja Ka Dik Burukkan Nama Syarikat

Warganet Cemuh Mamat Maki Budi 95 Nak Wat Guane Dah Tak Cerdik Kena Buangbkerja Ka Dik Burukkan Nama Syarikat

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 132 hits
Shariman Video mamat dah viral berpasakkan pula kata kata fitnah kecam dan caci maki Adakah ianya betul Tetapi jika salah jika fitnah dan jika menipu kenapa ianya diterima dan diakui benar Ini yang disebut oleh Liyana Marzuki sebagai pajak ...
Aku Belajar Diam Bila Tak Ada Siapa Nak Faham

Aku Belajar Diam Bila Tak Ada Siapa Nak Faham

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 187 hits
Dulu aku rajin bercerita Rajin meluah Rajin berharap ada yang peduli Tapi lama lama aku belajar Bila tiada siapa nak faham lebih baik diam saja Tenangkan diri sendiri Peluk hati sendiri Sebab kadang satu satunya yang benar benar ada cuma di...
Cuti Bukan Nak Cuti Sangat Pun

Cuti Bukan Nak Cuti Sangat Pun

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 148 hits
Cuti Bukan Nak Cuti Sangat Pun JMBELOG Catatan Kehidupan 41 0 Ahad kerja 41 1 Isnin kerja 41 2 Selasa temujanji hospital 41 3 Rabu annual leave 41 4 Khamis annual leave 41 5 Jumaat off day 41 6 Sabtu kerja Kadang bukan nak cuti sangat pun B...
Lebai Pun Tak Paham Macamana Walaun Nak Oaham

Lebai Pun Tak Paham Macamana Walaun Nak Oaham

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 129 hits
Nik HasuddinDari perkara main main kita masuk yang sungguh sungguhSemalam laporan Ketua Audit Negara ke atas laporan kewangan kerajaan persekutuan dibentangkan di Parlimen Seperti tahun tahun yang lalu saya akan ulas beberapa perkara Ini ak...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar