Perlis Kelantan Dan Terengganu Dapat Kelonggaran Masuk Fasa 2 Minggu Depan


Oleh UtusanTV Perniagaan kedai gunting rambut antara senarai positif sektor ekonomi di bawa Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. GAMBAR hiasan: Abd Razak Aid TIGA buah negeri iaitu  Perlis, Terengganu, Kelantan serta beberapa buah negeri lain yang mencatatkan kes jangkitan harian Covid-19 yang rendah dijangka beralih ke Fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara seawal minggu depan.
 
Menurut sumber, peralihan kepada fasa seterusnya itu dibuat menggunakan nilai ambang negeri-negeri tersebut yang menyaksikan penurunan ketara kes penularan harian.
 
Pada masa ini Perlis mencatatkan lima kes, Putrajaya (11), Terengganu (20) manakala Labuan (132), Pulau Pinang (131), Perak (137 ) dan Kelantan (159).
 
Selangor masih lagi mencatatkan kes jangkitan tertinggi dalam negara sejak seminggu lalu dan hari ini sahaja sejumlah 2,836 kes direkodkan.
 
Menurut sumber, beberapa laporan terperinci berhubung perkara tersebut telah dibentangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak minggu lepas.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkatakan sesuatu kepada Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin ketika melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sunway Convention Centre, Petaling Jaya 27 Jun lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid
“Keputusan ini dibuat bagi berlaku adil kepada negeri-negeri yang menunjukkan perkembangan positif sepanjang berada dalam fasa pemulihan dengan mematuhi segala penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP).
 
“Dengan keputusan ini negeri-negeri berkenaan tidak lagi terhalang untuk beralih ke fasa berikutnya hanya kerana kes-kes yang masih tinggi di negeri Selangor,” kata sumber itu lagi.
 
Mengenai kes-kes di Selangor yang masih tinggi, sumber tersebut memberitahu, Perdana Menteri telah mengarahkan agar satu strategi khusus dilaksanakan di negeri tersebut bagi memastikan lengkung pandemik dapat dilandaikan pada kadar segera.
 
Sumber tersebut memberitahu, kerajaan sentiasa meneliti laporan berhubung pandemik ini yang disediakan oleh agensi-agensi terlibat dan keputusan peralihan daripada Fasa Satu kepada Fasa Dua dibuat berdasarkan data-data mutakhir yang dikumpul di peringkat negeri dan nasional.
  
“Ini satu pendekatan yang adil dan praktikal. Negeri-negeri yang telah menunjukkan perkembangan positif berdasarkan tiga indikator ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara boleh beralih kepada fasa seterusnya,” kata sumber itu lagi.
 
Sumber tersebut menambah, pendekatan ini merupakan satu bentuk galakan kepada negeri lain untuk terus berusaha meningkatkan pematuhan SOP supaya boleh segera beralih kepada fasa lain.
 
Bagi negeri yang masih tinggi kes jangkitan harian kata sumber itu, penguatkuasaan SOP yang lebih ketat perlu dilaksanakan untuk mengekang dan mengawal penularan virus ini.
 
“Langkah ini akan membolehkan negeri-negeri tersebut mencapai nilai ambang yang disasarkan dan beralih kepada fasa-fasa lain yang memberi lebih kelonggaran kepada rakyat untuk menjalani kehidupan seharian serta meneruskan aktiviti ekonomi dan sosial sebagaimana ditetapkan,” katanya.
 
Menurut sumber itu lagi, penetapan nilai ambang dalam Pelan Pemulihan Negara juga memberi panduan yang lebih jelas kepada kerajaan untuk mengambil langkah , pendekatan dan strategi yang tepat mengikut keperluan sesebuah negeri.
Baca artikel berkaitan: Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara bersambung, lebih banyak bantuan akan diumum – Muhyiddin
Daripada kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiga hari lalu, jika beralih kepada Fasa 2, senarai positif sektor ekonomi boleh diperluaskan kepada perniagaan kedai buku dan alat tulis, gunting rambut (gunting sahaja), cuci kereta, barangan elektrik serta kedai komputer dan telekomunikasi.
Berdasar kenyataan Ismail Sabri itu, dalam Fasa 2 juga, pasar tani dibenar dibuka selain pasar pagi tetapi pasar malam masih belum dibenarkan sehinggalah sudah beralih Fasa 3.
Di bawah Fasa 3, dine in terhad kepada dua orang akan dibenarkan manakala semua aktiviti ekonomi dibenarkan kecuali berisiko tinggi seperti spa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/perlis-kelantan-dan-terengganu-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Sebalik Berita Tiada Total Lockdown Perlis Kelantan Dan Terengganu Bebas Minggu Depan

Cerita Sebalik Berita Tiada Total Lockdown Perlis Kelantan Dan Terengganu Bebas Minggu Depan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 378 hits
Perlis Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara minggu depan Keputusan untuk menamatkan total lockdown di beberapa negeri dibuat oleh pentadbiran Putrajaya berpandukan nilai amban...
Beberapa Negeri Termasuk Perlis Dijangka Tamatkan Total Lockdown Minggu Depan Beralih Ke Fasa Kedua

Beberapa Negeri Termasuk Perlis Dijangka Tamatkan Total Lockdown Minggu Depan Beralih Ke Fasa Kedua

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 203 hits
Beberapa negeri yang terlibat adalah Perlis Terengganu dan Kelantan dijangka akan beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara pada minggu hadapan Memetik daripada laporan berita keputusan untuk menamatkan total lockdown di negeri yang terl...
Covid19 Pulau Pinang Yakin Masuki Fasa 2 Ppn Minggu Depan

Covid19 Pulau Pinang Yakin Masuki Fasa 2 Ppn Minggu Depan

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 292 hits
Pulau Pinang yakin akan memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara minggu depan apabila 10 peratus penduduknya lengkap dua dos vaksin COVID 19 Ketua Menterinya Chow Koon Yeow berkata pihaknya menyasarkan negeri Pulau Mutiara itu memasuki Fasa 2...
Finance Minister Explains Why And How Govt Decided On Phase Two Nrp Shift For Kelantan Pahang Perlis Perak Terengganu

Finance Minister Explains Why And How Govt Decided On Phase Two Nrp Shift For Kelantan Pahang Perlis Perak Terengganu

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 337 hits
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz KUALA LUMPUR The government s decision to allow five states to transit into a slightly more relaxed phase of the Covid 19 lockdown was based on their improved individual performance Datuk Seri Teng...
Pulau Pinang Masuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara Ppn 7 Julai Ini

Pulau Pinang Masuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara Ppn 7 Julai Ini

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 361 hits
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara bagi negeri Pulau Pinang berkuat kuasa 7 Julai 2021 kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri menjelaskan dengan keputusan ini Pulau...
Cerita Sebalik Berita Fasa 2 Ppn Cerita Dari Terengganu

Cerita Sebalik Berita Fasa 2 Ppn Cerita Dari Terengganu

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 224 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Fokus Minggu Depan Menjayakan Sidang Parlimen Hibrid

Fokus Minggu Depan Menjayakan Sidang Parlimen Hibrid

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 344 hits
Pelaksanaan sidang Parlimen secara hibrid merupakan peluang terbaik untuk set semula prosiding Itu pandangan Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang menyifatkan ia memudahkan speaker mengawal perjalanan dewan SU...
03 Julai 2021 Fokus Minggu Depan

03 Julai 2021 Fokus Minggu Depan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 242 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Proses Ibu Hamil Terima Vaksin Mula Hujung Minggu Di Kl Perlis

Proses Ibu Hamil Terima Vaksin Mula Hujung Minggu Di Kl Perlis

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 176 hits
Janji temu dikeluarkan secara peringkat ikut jangkaan tarikh bersalin PUTRAJAYA Proses pemberian vaksin COVID 19 kepada ibu hamil akan dimulakan hujung minggu ini di Kuala Lumpur dan Perlis kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches

Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya