Perlindungan Takaful Cuepacs Pa Cuepacs Care Untuk Penjawat Awam


KLANG: Hanya bayar RM6 sebulan, waris penjawat awam layak mendapat pampasan sehingga RM220,000 jika berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, dengan menyertai program takaful kemalangan diri Cuepacs PA.

Pengarah Urusan Medicare Assistance Sdn Bhd (Medicare), K Palanisamy, berkata program berkenaan adalah kerjasama syarikat itu dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi memastikan setiap penjawat awam memperoleh perlindungan takaful pada waktu kecemasan untuk diri dan keluarga.

“Cuepacs PA diperkenalkan sejak 2006 dan khusus untuk meringankan beban kewangan waris manakala Cuepacs Care (1999) pula memudahkan penjawat awam mendapatkan rawatan pakar di hospital swasta dengan kadar bayaran berpatutan.
“Penjawat awam mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan tetapi untuk mendapatkan pakar mereka terpaksa menunggu lama kerana jumlah pesakit yang terlalu ramai. Justeru, Cuepacs Care adalah alternatif untuk penjawat awam mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di Program Keusahawanan MyCuepacs Care, di sini, hari ini.

Palanisamy berkata, menerusi Cuepacs PA, penjawat awam yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dengan pengangkutan sendiri, hilang upaya kekal, lemas secara kemalangan, pembunuhan dan rusuhan layak mendapat pampasan berjumlah RM110,000.

Sementara bagi kemalangan jalan raya ketika menaiki pengangkutan awam berlesen serta kelumpuhan menyeluruh atau tidak waras akibat kemalangan, akan mendapat RM220,000.

Katanya, bagi Cuepacs Care, penjawat awam boleh mencarum serendah RM32 untuk perlindungan individu membabitkan kos rawatan sehingga RM40,000 setahun dan RM85 untuk caruman keluarga termasuk isteri dan anak-anak (RM60,000 setahun).

“Sejak diperkenalkan, lebih 200,000 penjawat awam mencarum dan terkini kami mempunyai kira-kira 60,000 pencarum (300,000 jika termasuk keluarga) untuk Cuepacs Care serta 30,000 caruman untuk Cuepacs PA,” katanya.

Palanisamy berkata, kesedaran untuk memiliki takaful insurans bukan tiada sebaliknya lebih kepada sikap sesetengah individu suka menangguhkan proses penyertaan seterusnya lupa.

Pada masa sama, katanya, hanya sejumlah kecil berhenti mencarum kerana sudah pencen atau berhenti kerja, sebaliknya ramai menghentikan caruman kerana mahu meminimumkan potongan gaji untuk membuat pinjaman lain.

“Apabila menghadapi masalah kewangan, perkara pertama yang akan mereka hentikan adalah caruman takaful sedangkan ia penting,” katanya.

Sementara itu, seramai 100 peserta menyertai program yang bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai, terutama graduan yang belum bekerja untuk mempromosikan produk perlindungan takaful penjawat awam iaitu Cuepacs Care dan Cuepacs PA.

Sumber: BH Online

loading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/12/perlindungan-takaful-cuepacs-pa-cuepacs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Bayaran Khas Rm500 Penjawat Awam Di Buat Esok

Guan Eng Bayaran Khas Rm500 Penjawat Awam Di Buat Esok

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 264 hits
PUTRAJAYA Bayaran khas RM500 kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana RM250 kepada pesara akan dibuat esok Kerajaan memutuskan untuk membayar sebelum hujung tahun bagi m...
Bayaran Penjawat Awam Rm500 Dibayar Esok Lim Guan Eng

Bayaran Penjawat Awam Rm500 Dibayar Esok Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 356 hits
Bayaran Penjawat Awam RM500 Dibayar Esok Lim Guan Eng Bayaran khas sebanyak RM500 yang dibayar esok akan memanfaatkan 1 4 juta penjawat awam kerajaan persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak kata Menteri Kewangan ...
Apa Maksud Potongan Angkasa Dalam Slip Gaji Penjawat Awam

Apa Maksud Potongan Angkasa Dalam Slip Gaji Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 4616 hits
Seringkali penjawat awam tertanya tanya dengan pernyataan di dalam slip gaji masing masing di bahagian potongan yang tercatat Potongan Angkasa Apakah yang dimaksudkan dengan Angkasa itu Merujuk kepada Arahan Operasi yang boleh diperoleh dar...
Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Kini Amat Rendah Kata Pm

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Kini Amat Rendah Kata Pm

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 214 hits
Rasuah dalam kalangan penjawat awam kini amat rendah kata PM Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 10 Dec
Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 2141 hits
Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2019 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri Di Malaysia Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2019 yang disertakan ini adalah ras...
Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam

Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 2314 hits
Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam Jadual Gaji 2019 dah keluar Inilah masa yang ditunggu tunggu oleh penjawat awam Bolehlah lepas ini rancang perbelanjaan harian Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 9 2018 Tarikh dan Peraturan Pembayar...
Penjawat Awam Yang Tiada Komitmen Terhadap Kerajaan Baru Harus Letak Jawatan Ksn

Penjawat Awam Yang Tiada Komitmen Terhadap Kerajaan Baru Harus Letak Jawatan Ksn

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 332 hits
Penjawat awam yang tiada komitmen terhadap kerajaan baru harus letak jawatan KSNKetua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar mengingatkan 1 6 juta penjawat awam seluruh negara negara supaya meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutam...
Tatacara Mengisi Permohonan Sebagai Penjawat Awam Di Laman Web Spa

Tatacara Mengisi Permohonan Sebagai Penjawat Awam Di Laman Web Spa

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 467 hits
Contoh surat terima lantikan dari SPA Haritu ramai juga bertanya mengenai SPA Malam ini baru sempat nak update maaf semua Sebelum itu untuk mereka yang first time dengar SPA maksudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Permohonan SPA boleh diisi...
Perpustakaan Awam Di Dalam Pusat Beli Belah Petaling Jaya Ini Mempunyai 5 000 Buku Dan Boleh Dimasuk Secara Percuma

Perpustakaan Awam Di Dalam Pusat Beli Belah Petaling Jaya Ini Mempunyai 5 000 Buku Dan Boleh Dimasuk Secara Percuma

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 320 hits
Kadangkala kita berharap kita boleh melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang selain daripada bermain telefon Hal ini demikian kerana jika terlalu banyak menghabiskan masa melayari internet di telefon juga tiada gunanya Ja...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti