Perlembagaan Tak Sebut Agong Boleh Ketepi Sabitan Kes Peguam



(Malaysiakini) – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan telah memberikan nasihat yang salah dalam pengampunan diraja kes liwat Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata demikian ketika prosiding mahkamah terbuka di hadapan Hakim Akhtar Tahir pagi ini.
Haniff bertindak sebagai peguam kepada Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Khairul Azam, yang juga pengamal undang-undang, pada 26 Februari memfailkan saman untuk mencabar nasihat Lembaga Pengampunan pada 16 Mei 2018 terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam kes itu.
Pada tarikh itu Anwar dibebaskan dari penjara selepas mendapat pengampunan penuh diraja dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya Mohd Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pendengaran Mahkamah Tinggi hari ini berkaitan dengan permohonan oleh Anwar dan defendan bersama Lembaga Pengampunan, untuk mengetepikan cabaran Khairul Azam.
Semasa prosiding, Haniff Khatri berkata mahkamah patut menolak usaha mengetepikan saman itu dan mendengar sepenuhnya saman utama, bagi membolehkan semua isu boleh bicara didengar.
Haniff berkata ini termasuk isu berkaitan pembentukan lembaga itu dan dakwaan nasihat salah berkaitan kuasa Agong memberikan pengampunan yang diperuntukkan dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan itu menyebut:
“Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.”
Haniff berkata, peruntukan itu jelas menyebut “memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum” bermaksud ia terhad kepada hukuman dan tidak boleh melebihi perkara itu.
“Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut Seri Paduka boleh mengetepikan sabitan kes,” kata Haniff.
Peguan Anwar:  Plaintif tiada locus standi
Sementara itu, Bernama melaporkan peguam J Leela yang mewakili Anwar berhujah bahawa pengampunan penuh Agong tidak boleh dicabar di mahkamah dan plaintif (Khairul Azam) juga tidak mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk meneruskan tindakan berkenaan.
“Tuntutan saman plaintif adalah remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.
Katanya, menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Agong boleh membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.
Peguam Kanan Persekutuan Natra Idris bersetuju dengan Leela.
Hakim menetapkan 21 Sept untuk keputusan permohonan itu dan mengarahkan kesemua pihak terlibat memfailkan hujahan lanjut, sekiranya ada sebelum atau pada 21 Ogos.
Pada 26 Feb lepas, Khairul Azam memfailkan saman itu menerusi Tetuan Raja Riza & Associates dengan menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan pertama dan kedua.
Mengikut penyataan tuntutan, Khairul Azam mendakwa pada 9 Mei 2018, selepas pilihan raya umum ke-14 dan kerajaan baru dibentuk, beberapa tindakan salah dan tidak berperlembagaan dilaksanakan bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan dan dibebaskan.
Dakwanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna selepas pembentukan kerajaan baru.
Justeru, katanya, dan mustahil bagi lembaga itu dapat bersidang memberikan nasihat kepada agong bagi memberikan pengampunan kepada Anwar.
Plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan ditubuhkan secara tidak sah bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati agong, mengakibatkan nasihat yang diberikan tidak sah dan terbatal.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/08/14/perlembagaan-tak-sebut-agong-boleh-ketepi-sabitan-kes-peguam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Sprm Boleh Buka Semula Kes Banglo Guan Eng

Menteri Sprm Boleh Buka Semula Kes Banglo Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 320 hits
Menteri SPRM boleh buka semula kes banglo Guan Eng jika ada bukti baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bebas untuk membuka semula siasatan berhubung pembelian banglo bekas menteri kewangan Lim Guan Eng jika ada bukti baru Dalam jawap...
Demo Di Kpk Dan Kejagung Mahasiswa Sebut Negara Tidak Boleh Kalah Dengan Koruptor

Demo Di Kpk Dan Kejagung Mahasiswa Sebut Negara Tidak Boleh Kalah Dengan Koruptor

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 214 hits
Mereka mendesak kedua lembaga tersebut mengusut dugaan korupsi pada proyek perkantoran Pemerintah Kota Pekanbaru di Tenayan Raya
Prosiding Perbicaraan Kes Rasuah Rosmah Ditangguhkan Kerana Peguam Tidak Sihat

Prosiding Perbicaraan Kes Rasuah Rosmah Ditangguhkan Kerana Peguam Tidak Sihat

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 246 hits
221 total views 221 views today KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan prosiding perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan dan pemasangan sistem solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak kera...
Shafee Dibenar Rayu Kes Saman Terhadap Majlis Peguam

Shafee Dibenar Rayu Kes Saman Terhadap Majlis Peguam

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 343 hits
PUTRAJAYA Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibenarkan merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman fitnah beliau terhadap Majlis Peguam dan tiga lagi berkaitan peranannya sebagai timbalan pend...
Soalan Cepu Mas Boleh Kah Keputusan Koroner Dikaji Semula Dan Cadangan Penyelesaian Kes Adib

Soalan Cepu Mas Boleh Kah Keputusan Koroner Dikaji Semula Dan Cadangan Penyelesaian Kes Adib

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 259 hits
Koroner telah buat keputusan bahawa kes Adib Mohamed Kassim adalah kes bunuh Koroner juga telah memberi arahan kepada IGP dan Polis untuk siasat dan mencari pembunuh Tetapi IGP pula telah membuat kenyataan media berikut My comments Tan Sri ...
Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Memohon Maaf Peguam Remaja Kes Bakar Tahfiz

Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Memohon Maaf Peguam Remaja Kes Bakar Tahfiz

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 1064 hits
Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada tahun 2017 tekah menjadi satu detik hitam buat seluruh rakyat Malaysia di mana 23 penghuninya telah dilaporkan meninggal dunia Rentetan daripada insiden itu seorang remaja berusia...
Kes Guna Telefon Semasa Memandu Perlu Diselesaikan Di Mahkamah Dikategorikan Sebagai Saman Tidak Boleh Dikompaun

Kes Guna Telefon Semasa Memandu Perlu Diselesaikan Di Mahkamah Dikategorikan Sebagai Saman Tidak Boleh Dikompaun

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 1781 hits
Pada hari ini boleh dikatakan masih terdapat pemandu kenderaan yang menggunakan telefon semasa memandu Perkara ini sangat membahayakn ramai pengguna dan antara penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya Dalam usaha untuk mengurangkan bahay...
Sprm Siasat Kes Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu

Sprm Siasat Kes Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 299 hits
Selain itu Raja Kamarul juga mengingatkan semula tentang sejauh mana siasatan dan proses keadilan kepada tiga projek besar di Terengganu yang melibatkan jumlah yang besar wang rakyat Terengganu Setelah siasatan runtuhan bumbung Stadium Gong...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Influencer Marketing For Businesses

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu

Aepul Roza I L U Chord

Jadilah Cucu Yang Disayang